Bab 26

55 2 0
                                        

.
"Sah?"
"Sah!"

Begitu sahaja cerita nikah antara Rizal dan Nissa. Abah dan mak yang hadir tidak terkecuali dari mengalirkan air mata. Kata mereka, mereka bersyukur Nissa setuju menikahi Rizal, bersyukur Nissa masih ahli keluarga. Rafi yang berada di riba tidak mengerti, sebentar dia duduk diriba mommy, sebentar kemudian berjalan ke arah Rizal dan memeluknya erat, persis memeluk arwah Razif.

Kak Chik sekeluarga, abah dan mak terus bertolak balik ke Johor kerana mak ada temujanji doktor pakar keesokan hari. Peluk cium berserta lelehan air mata mengakhiri majlis. Malam itu juga diadakan tahlil buat Razif, membuatkan majlis tambah suram.

Rizal yang hanya mempunyai dua bagasi berisi pakaian, menggunakan bilik di sebelah bilik Nissa. Dia faham, Nissa masih belum bersedia. Setelah majlis tamat, dia cuma duduk bersama Rafi dan Sara di ruang tamu, sepertimana yang selalunya apabila di rumah mak dan abah.

"Sara, bila Sara nak kenalkan Uncle dengan bestfriend Sara tu? Sara asyik cerita je, tak kenalkan pun,"

"Ala uncle ni, bila pulak Sara nak kenalkan, you have never been to my school. Nanti kalau Uncle balik kerja awal, boleh ambik Sara dekat sekolah,"

"KLCC jauh, tapi Uncle naik motor kejap je sampai."

"Afi nyak nyaik motow"

Rizal berpaling ke arah Rafi dan menariknya ke pangkuan, "ok, nanti Uncle belikan mini Ducati untuk Rafi ya," dan mencium pipi Rafi.

Mereka menyambung membina bangunan dari blok kayu berwarna warni sambil diperhati Nissa dari tingkat atas. Nissa baru sahaja selesai mengemaskan bilik untuk diduduki Rizal. Terasa seperti ada housemate saja, bukan suami.

"Sara, Rafi, its bedtime. Pegi toilet, brush your teeth, mommy dah letak ubat gigi"

"ok mommy," kedua mereka serentak menjawab dan berlalu. Rafi sempat menghadiahkan ciuman buat Rizal, tanda sayang, sepertimana dia selalu mencium arwah Razif.

"What? No bedtime story?" soal Rizal nakal.

"And take another half an hour to sleep? ha tak payah la," Nissa menegah. Panjang pula cerita nak tidur nanti.

"Rizal, saya dah kemaskan bilik awak. Baju kotor awak just letak dalam bakul, and letak tepi bilik laundry. Nanti saya cucikan,"

"Eh! Buat apa susah-susah. I'll do my own laundry ok, Nissa jangan risau. Dinner time je saya nak susahkan Nissa. Saya nak makan dengan Nissa dengan anak-anak. Boleh kan?

"Ok, boleh aje. Once in a while nak keluar makan pun ok jugak. Not everyday Nissa sempat balik masak."

"Kalau Nissa nak saya pick up anak-anak lepas balik sekolah pun boleh. Saya dah anggap budak-budak tu macam anak sendiri,"

"more like adik sendiri," celah Nissa tiba-tiba.

"really?" Rizal merasa geli hati.

"yup, awak buat diorang macam adik. Jangan manjakan sangat, nanti tak terlayan."

"Saya nak tolong yang mana saya boleh tolong, tak salahkan?"

"Salah tu tak..Eh! awak ada kereta ke nak ambik diorang?"

"Ada, esok dapat."

"What do you mean esok dapat?"

"Esok dapat kereta lah,"

"Yela, apa maknanya, saya tak faham,"

"Saya book kereta tu last two weeks. Esok lah dapat nya,"

Rizal bangun untuk ke bilik, tetapi berhenti seketika di depan Nissa, dan mencubit perlahan pipi Nissa.

"Eeei, dah lama geram nak cubit pipi gebu awak ni, dah halal bolehla cubit sikit hihi,"

dan terus laju melangkah ke tangga sambil bersiul.

"ish, macam budak-budak la dia ni!" getus Nissa geram sambil menggosok pipinya yang dicubit.

Book kereta last two weeks?? Beli kereta semata-mata nak jadi pak supir ke apa ni? Baru minggu lepas aku setuju nak kahwin kan? Garu Nissa di kepalanya yang tidak gatal.

*****"*****

"daddy.." suara Rafi mencari daddy nya di dalam samar kegelapan malam. Mujurlah Nissa tidak menutup rapat pintu biliknya. Sejak Razif tiada, selalu Rafi mencari daddy tetapi sebelum ini atuknya lah yang akan memujuk mendukung di awal pagi.

"mommy, afi nyak daddy." Alamak nak buat macamana. Nissa tidak pernah menangani sendiri kerana sejak pulang ke Setia Alam semula, Rafi sudah tidak terjaga malam-malam begini. Malam ini buat hal pula, keluh Nissa.

"Rafi tidur dengan mommy ya, mommy ada ni,"

Tidak semena-mena Rafi teresak-esak. "nyak daddy, Afi nyak daddy..!!" semakin kuat Rafi menangis.

"Rafi, daddy ada ni," tiba-tiba sepasang tangan gagah menarik Rafi dari pelukan Nissa.

Serta-merta Rafi diam, lengan kecilnya memeluk leher Rizal sambil sendu yang masih bersisa berbunyi perlahan.."daddy.."

Nissa terdiam...ini rupanya hikmah pernikahannya dengan Rizal.

Eh! baru dia perasan, Rizal cuma memakai boxer! Razif tidak pernah berpakaian begini, tidur malam pun, berpijama lengkap. Rizal pula hanya memakai boxer?!! Nissa berpaling ke arah lain, dan berbisik,
"Rizal bawak Rafi tidur dengan Rizal boleh?" Hatinya berdebar memikirkan bagaimana serupanya badan lelaki di hadapannya dengan badan arwah suaminya.

Rizal yang baru perasan dia cuma berseluar pendek nipis akhirnya sedar yang Nissa cuba tidak memandangnya. Lagi lah dia mahu mengusik.

"Kalau mommy sekali nak tidur dengan daddy pun bolehhh," dan cepat-cepat berlalu mendukung Rafi pergi. Dia juga tidak sengaja tidak menutup rapat pintu bilik sebelum tidur. Kerana itulah panggilan dan tangisan Rafi didengari. Rafi sudah lena semula di lengannya.

Sambil mengelus pipi mulus Rafi, Rizal berfikir mengenangkan arwah adiknya. Sepatutnya sekarang ini Raziflah yang memujuk Rafi, memeluk dan menidurkan dia semula di sebelahnya.

Apalah yang si kenit ni faham agaknya..

Tak Henti GeloraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang