Aku mengeliat panjang lalu bangun mengemas katil saiz queenku.
Aku melihat jam loceng di atas meja, jam 9 pagi. Itu adalah jam untuk aku bangun sekiranya cuti untuk menunaikan solat, solat subuh.
Tuala dalam almari aku capai lalu masuk ke dalam bilik air, untuk bersihkan diri.
"Hmmm awalnya bangun", perli mama ketika aku turun hendak ke dapur.
Aku tersengih seperti kerang busuk.
"Awallah ni ma, jam 9. Mama dah breakfast?"
"Sudah, breakfast jam 7 tadi"
"Owh, abang mana?"
"Kerjalah"
"Papa?"
"Outstation kat Singapura"
Aku mengangguk.
"Sara nak breakfast dulu"
Aku duduk lalu menjamu selera.
"Mama tak keluar ke hari ni?"
"Tak kot, mama nak duduk je kat rumah, nak rehat"
Aku mengangguk.
Remote tv aku capai untuk menukar siaran.
Mari aku cerita pasal keluargaku.
Aku ada seorang papa, Abdul Zainal seorang ahli perniagaan yang ada syarikat sendiri. Papa seorang yang bertanggungjawab, baik, memahami.
Mama pula bernama Raznah, seorang suri rumah dan aktif juga dalam persatuan wanita. Mama baik, penyayang dan tegas.
Aku ada seorang abang yang selalu usik aku sampaikan aku panas nak dengar butir bicaranya. Mohd Khairi, dia kerja di syarikat papa juga. Dia selalu buat aku sakit hati, tidak habis-habis suruh aku cari kerja
Dan aku, Nur Khaisara baru saja graduated setahun yang lalu dalam bidang pendidikan. Aku sudah lama menanam anggur di rumah ini.
*****
"Hmm bila nak dapat kerja ni?"
Aku menjeling abang Khairi, sengajalah tu perli aku.
"Sara tak dapat kerja lagi ke?", tanya papa.
Aku mengangguk lemah.
"Macam mana nak dapat papa, cari pun tak", tambah abang Khairi.
"Sara carilah tapi ditolak, abang apa tahu?", aku menjawab geram.
Abang Khairi senyum mengejek.
"Kalau macam tu kerja dengan papa je lah", cadang papa.
"Eh tak apa pa, Sara tak minat bussines ni"
"Hmm memilih sangat dia ni pa, saja tak nak kerja kat papa sebab nak enjoy duduk senang lenang kat rumah ni", celah abang Khairi selamba.
"Abang ni kenapa? Sara carilah cuma Sara tak dapat. Pasal nak kerja dengan papa Sara tak minat so macam mana nak kerja? Degree Sara pun bukannya bussines", aku menjeling tajam.
"Apa bising-bising ni?", celah mama.
"Sara ni ma, liat sangat nak cari kerja"
"Abang diamlah. Tak faham bahasa ke?"
Aku bangkit lalu menuju ke atas.
"Sara?", tegur papa.
"Bercakap dengan abang ni buat sakit hati je. Sara duduk rumah ni ganggu abang ke? Ada rezeki Sara dapatlah kerja"
Aku mendaki anak tangga menuju ke bilikku.
"Kamu ni Khai janganlah usik Sara macam tu", tegur mama.
"Khai bukan apa ma, nak usik dia macam tu supaya dia usaha lebih dapatkan kerja"
"Takpalah kalau dia tak nak kerja, ada temankan mama"
"Sampai bila ma? Dia dah setahun tau habis belajar, Khai nak dia berdikari aje"
"Hmmm takpalah, nanti mama cakap dengan dia"
Aku menutup daun pintu lalu menghempaskan diri ditilam empukku dengan hati yang panas.
Aku bangkit untuk mencapai laptop, misi mencari kerja bermula lagi walaupun berpuluh resume sudah aku hantar.
🌼🌼🌼
Assalam hi! Meet me again. Untuk bab pertama ni bg pendek je . See you untuk next chapter.
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomanceNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...