BAB 7

7.6K 285 1
                                    

"Hey you buat apa kat Fuad ni?"

Aku kaget.

"Buat apa cik? Saya bersihkan encik Fuad je ni"

"You jangan nak goda dia erh"

Aku ketawa.

"Apalah cik ni? Takkan saya nak goda dia lagipun encik Fuad ni koma takda makna saya nak menggoda dia"

"You jangan main-main erh Sara. You tu maid je"

"Memang saya maid, saya pengasuh encik Fuad. Datin Fazrina dah amanahkan saya buat kerja ni. Saya tak buat benda tak baik pun kat encik Fuad ni"

"Boleh percaya ke?"

"Suka hati cik lah. Tepi boleh tak? Saya nak uruskan encik Fuad ni"

"Biar I yang buat"

Aku senyum sinis.

"Hati-hati je lah cik, kadang-kadang encik Fuad keluarkan air kecil, kadang-kadang juga air besar", tipuku.

"Betul ke?"

Nampak sangat dia jijik.

"Yes, saya kan maid kenalah buang benda tu dengan mata terpejam. Cik buatlah tutup mata tau. Saya nak keluar dulu"

"Hey wait. Hmmm you buat je lah, I tengok"

Tadi berlagak nak sangatkan? Padan muka kau! Hahahahah!

"Okay, tepi sikit"

"Okay you dah siap uruskan dia kan?"

Aku mengangguk.

"You boleh keluar, I nak sendirian dengan Fuad"

"Baiklah"

Aku mengangkat besen dan keluar dari bilik itu.

"Hmmm berlagak punya perempuan", bebelku sambil menuruni anak tangga.

"Cakap boyfriend tapi benda tu pun tak nak buat ke? Kesian encik Fuad dapat girlfriend berlagak macam tu"

*****

Aku memandang encik Fuad lama. Sudah hampir sebulan aku menjaganya. Terasa hati tenang bila dengan dia. Sejujurnya aku sudah ada rasa suka dengan dia.

"Hai encik. Apa khabar? Dah sebulan saya kerja jaga encik so encik rasa okay tak bila saya yang uruskan?"

Aku tersenyum.

"Bilalah agak encik sedarkan? Saya nak juga dengar suara encik, nak encik bercerita tu pun kalau encik sudilah. Andai kata encik tak suka saya jaga encik, saya minta maaf"

Aku melihat tangannya.

"Kuku encik berkilatlah, cantik. Tangan saya pula hmm bolelah, dah kasar sikit"

Aku ketawa kecil.

"Mungkin lepas saya dah kerja ni bolehlah saya pergi saloon, rawat kuku saya ni", kataku sambil melihat jemariku yang masih elok.

"Encik nak tahu tak, mama saya teringin nak jumpa encik. Keluarga sayakan sangka encik ni baby"

Aku tersenyum hambar.

"Kalaulah mereka tahu bahawa saya bukan jaga seorang baby, mesti family saya marah sangat. Salah saya juga sebab menipu, saya akan cuba hadapi family saya. Lepas saya jaga encik ni saya akan bagitahu semuanya kepada family saya hal yang sebenar"

Aku mengangguk nekad.

"Saya ada bawa keropok ni, saya boring kalau bercakap sambil tak kunyah apa-apa"

Aku ketawa.

"Kalau encik nak tahu saya ni kuat makan tau, asyik nak mengunyah aje. Mujur berat badan tak naik-naik"

Aku mengunyah keropok super rings.

"Encik nak? Kalau encik nak kenalah cepat sedar. Boleh kita makan sama-sama", dah macam tak betul aku cakap macam tu. Hahahaha!

Bersabarlah encik Fuad dengar celoteh saya yang tak berapa cerdik ni.

"Encik Fuad nak tahu cerita tak? Cerita yang pernah terjadi dalam diri saya"

Aku menghabiskan kunyahan keropok yang terakhir.

"Tapi janji ini rahsia kita. Saya mula suka kat seseorang ni tapi saya tak tahu nak confess kat dia macam mana. Saya risau dia tak suka saya tapi saya dah mula sukakan dia"

Aku mengeluh.

"Kenapalah saya jatuh suka kat dia? Mungkin dia tak suka saya sebab dah ada girlfriend. Bukan mungkit tapi sudah pasti dia akan tolak cinta saya. Girlfriend dia lebih bergaya berbanding saya ni. Apa saya nak buat ni? Saya sukakan lelaki yang dah ada girlfriend... Macam mana saya nak lupakan dia?"

Aku diam.

"Kalaulah encik Fuad dapat bercakap, mesti dah bagi nasihatkan dekat saya kan? Its okay saya akan cuba lupakan perasaan saya tu sebab saya tak nak jadi penyebab perpisahan dia dengan girlfriend dia tu"

Aku mengeluh. Ya Sara kau kena lupakan.

"Hmm dah jam 10 ni encik Fuad, saya pun dah mengantuk. Saya masuk tidur dulu ya, semoga encik Fuad cepat sembuh. Selamat malam, assalammualaikum", kataku sambil membetulkan selimut dibadannya.

Aku melangkah keluar.

🌼🌼🌼
Hahahaha secara jujurnya idea kering sgt ni😂😭 takpalah kita ke chapter kemuncak cerita ya

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now