Tuk tuk!
"Siapa?"
"Abang ni"
Aku menghembus nafas panjang.
"Nak apa?"
"Bagilah abang masuk"
"Cakap je lah kat luar, Sara busy ni"
Aku duduk di meja belajar, sambil menghadap laptop mencari kerja kosong di dalam internet.
"Abang ganggu ke?"
Aku menoleh ke belakang.
"Sara tak suruh masukkan? Abang nak apa ni?"
"Abang saja je nak tengok Sara"
"No need. Cepatlah cakap. Sara busy cari kerja ni, Sara tak nak dengar lagi perlihan-perlihan orang kat rumah ni. Nak sangatkan Sara kerja", perliku.
"Sorry abang tahu abang salah selama ni"
Aku diam.
Sejak malam pergaduhan kami, aku pasif dengan abang Khai. Setiap kali kami bertembung aku elakkan diri.
Biar dia rasa! Selama ni aku pendamkan aje. Bukan nak berdendam tapi aku rasa sakit hati jadi nak balas sikit.
"Janganlah macam ni Sara, abang bosan dan tak selesa pula Sara tak cakap dengan abang"
"Baguslah tu, lepas ni jangan susah-susah perli Sara lagi. Kita pun takkan gaduh lagi"
"Sorry, abang takkan perli Sara lagi. Niat abang just nak Sara berdikari, kerja sendiri"
"Selama ni Sara cari kerja jugalah, cuma rezeki tu tiada. Abang cakap dan perli Sara selama ini macamlah Sara ni tak berusaha cari kerja dan jadi mem besar pulak kat rumah ni"
"Ya abang tahu abang salah. Maafkan abang"
Aku diam.
Aku terbaca sesuatu.
'JAWATAN KOSONG! PENGASUH KEPADA ANAK DATIN DIPERLUKAN SEGERA. TEMPOH BEKERJA SELAMA LIMA BULAN SHJ DAN GAJI SEBULAN DITAWARKAN SEBANYAK RM2000.00. JIKA BERMINAT SILA TELEFON NOMBOR DI BAWAH DAN PERGI KE ALAMAT TERSEBUT'
"Yes! Sara akan dapatkan kerja ni"
"Hah?"
"Abang keluar dulu, Sara nak bersiap ni"
Aku menolak abang Khai keluar dan kunci pintu.
"Sara?"
Aku bersiap lalu menuju ke rumah datin yang tertera dalam iklan tersebut.
"Abang cutikan?"
"Ya kenapa?"
"Pinjam kereta abang kejap ya. Sara nak pergi cari kerja ni"
"Tak payahlah. Abang okay dah kalau Sara tak nak kerja"
"Jangan nak mengada, ada harapan ni. Doakan Sara!"
Aku mencapai kunci kereta abang Khai. Lalu berlari ke luar rumah.
"Hati-hati Sara!"
Aku menuju ke sebuah perumahan elit.
"Lorong 3, nombor 1003", kataku sambil melihat satu persatu nombor rumah dengan kenderaan dipandu lambat.
"Owh ya ini!"
Aku memarkir kereta di hadapan rumah tersebut dan mengemaskan baju, rambut diikat satu dan sedikit pelembab dicalit sedikit ke bibir. Lalu keluar bersama fail.
Loceng aku tekan berkali-kali.
Pagar gah itu terbuka dari dalam dan aku melangkah masuk.
"Assalammualaikum"
![](https://img.wattpad.com/cover/186594351-288-k921839.jpg)
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomanceNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...