Sejak aku terserempak dengan Haikal, aku banyak ke destinasi yang agak jauh. Diakan ada pengangkutan sendiri jadi memudahkan.Nasib baik ada Haikal yang arif jalan kat sini. Sekali sekala dia membawa aku jalan ke tempat yang menarik. Tidaklah bosan, ada juga orang temankan.
Sudah tiga hari aku kat sini, banyak tempat aku sudah pergi dan barang pun semakin banyak dibeli.
Pada sebelah malam, aku kembali sekali lagi ke Eiffel Tower dan mengambil tempat duduk yang menghadapnya. Dengan secawan kopi, aku melihat menara itu. Ia cantik dengan lampu-lampu dan karenah manusia yang ada di situ.
Mungkin hari terakhir baru aku akan masuk ke Eiffel Tower untuk melihat pemandangan dari atas.
Aku pantas menoleh ke tepi kerana bangku yang agak panjang itu turut diduduki oleh seorang lelaki. Jarak kami tidak jauh dan tidak dekat.
"You dont mind right if I sitting here?"
Aku terpaku. Fuad?
"Yeah sure"
"Are you malaysian?"
"Yes I am"
"Betullah jangkaan saya, saya pun orang Malaysia"
"Owh"
Memang dia tidak kenal aku, sebab masa aku jaga dia tidak pernah dia nampak mukaku.
"Boleh saya tanya nama awak?"
"Panggil Nur je"
Saja ambil nama belakang, aku tak nak Fuad tahu aku ialah Sara yang pernah jaga dia. Aku ingin lupakan dia.
"Nice name, nama saya Fuad"
Aku mengangguk tanda owh.
Memang betul dia kacak. Dulu aku hanya dapat tengok dia sedang tidur , tapi sekarang dah nampak dia celik bertambah kacak. Alhamdulillah awak dah sedar.
"Datang seorang je ke?"
Aku mengangguk.
"Cantikkan?"
Kami melihat Eiffel Tower di hadapan mata
"Cantik", jawabku.
Lima minit duduk di situ dengan Fuad menyebabkan aku hendak beredar.
"Okaylah saya balik dulu. Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"
Aku berjalan menuju ke hotel penginapanku.
Kenapalah Fuad ada kat sini? Kalau ya pun dia ada kat sini janganlah terserempak dengan aku. Aku tak nak ingat dia lagi.
Sampai saja di bilik hotel aku membersihkan diri dan baring terlentang. Tiba-tiba kehadiran Fuad tadi menerja mindaku.
"Allah.. Kenapa pula aku tiba-tiba ingatkan Fuad ni?"
Aku pantas menggelengkan kepala untuk membuang Fuad dari mindaku.
*****
Selepas makan tengah hari, aku ingin menjelajah lagi. Kali ni seorang diri sebab Haikal sibuk kerja.
Aku menuju ke sebuah tempat di mana perbagai bangunan moden pencakar langit, La Defense.
Sambil berjalan aku menangkap beberapa keping gambar bangunan-bangunan yang menarik itu.
Sebelum balik, aku singgah minum disebuah restoran Istanbul.
Di Paris ni banyak restoran tapi agak sukar untuk kita pastikan dia betul-betul Halal. Mujur restoran Istanbul ini ada logo Halal dipintu masuknya.
Aku memesan set minuman petang Istanbul, walaupun aku tidak pernah merasainya.
Telefonku di atas meja berdering.
"Hello assalammualaikum Haikal"
"Waalaaikumsalam, awak kat mana Sara?"
"Saya tengah minum kat restoran Istanbul ni"
"Owh ye ke?"
"Yes. Kenapa Haikal?"
"Tak saya saja nak pastikan awak dalam keadaan selamat"
Aku ketawa kecil.
"Saya okaylah, apalah awak ni"
Haikal ketawa.
"Maaf saya tak dapat temankan awak hari ni sebab saya ada meeting penting"
"Owh its okay. Saya okay jalan sendiri"
"Sorry ganggu awak tengah minum. Okaylah saya nak kena balik office ni"
"Owh okay. Bye"
"Bye Sara and take care"
"Alright!"
🌼🌼🌼
Sorry part ni pendek je sbb takda idea sgt hehehe
![](https://img.wattpad.com/cover/186594351-288-k921839.jpg)
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomanceNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...