BAB 35

4.2K 141 0
                                    

"Abang jari Sara bergerak"

Mama bagitahu papa yang duduk di sofa.

"Abang panggilkan doktor", kata papa.

Doktor yang merawat aku datang lalu memeriksa aku.

"Puan dan encik boleh tunggu di luar", kata jururawat itu.

"Sara okaykan abang?"

"Ya Insyallah, dia okay dan dia akan sedar"

"Mama, papa kenapa ni?"

Abang Khai dan Fuad muncul.

"Khai. Doktor tengah periksa Sara", jawab mama.

"Kenapa dengan Sara?", soal Fuad pula.

"Tadi jari dia bergerak lepas tu doktor check. Kejap lagi dia akan bagitahu kita"

Tidak lama kemudian doktor tersebut keluar.

"Macam mana dengan Sara dok?"

"Alhamdulillah dia dah sedar"

Semua menghembus nafas lega dan bersyukur.

"Tapi..."

Semua mata tepat memandang doktor.

"Dia amnesia atau hilang ingatan. Dia hanya ingat keluarga dia saja yang lain belum tentu dia ingat. Saya akan buat pemeriksaan lanjut"

"Boleh kami lawat dia?"

"Boleh, silakan"

"Terima kasih dok"

Mereka semua masuk ke dalam wad.

"Mama"

"Sara"

Aku memeluk mama erat.

"Mama risaukan Sara"

"Sara okay ma. Papa"

Aku memeluk papa.

"Sara dah lama ke tak sedarkan diri?'

"Hampir sebulan"

"Tapi Sara rasa macam semalam je Sara tidur. Tapi kenapa Sara ada kat hospital ni?"

Aku memandang mereka.

"Sara kena langgar sampaikan Sara koma", jawab abang Khai.

"Owh. Alhamdulillah Allah masih berikan peluang untuk Sara hidup"

"Sara kenal kami kan?" , soal mama.

"Mestilah! Ni papa, ni mama, ni abang dan tu..."

Aku cuba untuk mengingati siapa lelaki yang berdiri sebelah abang Khai.

"Sara tak ingat dia?", soal abang Khai.

"Tak. Dia siapa? Kawan abang ke?"

Lelaki itu kelihatan kecewa.

"Betul Sara tak kenal?", soal mama pula.

Aku memejamkan mata cuba mengingati semuanya.

"Tak mama. Sara tak kenal dia pun. Siapa dia?"

"Takpalah. Sara rehat okay"

Lelaki dan abang Khai keluar.

"Dia tak ingat aku Khai"

"Kau sabar Fuad. Amnesia dia sementara je kau banyakkan bersabar. Ini ujian untuk kau"

"Aku rindukan Sara yang dulu. Lepas ni semua akan berubah, dia pasti tak suka aku"

"Insyallah dia akan ingat semuanya. Kau tenang, aku nak jumpa doktor tu dulu"

Fuad mengangguk lemah.

"Ya ada apa encik nak jumpa saya?"

"Saya abang kepada Sara"

"Owh ya kenapa?"

"Sara amnesia so berapa jangka masa yang dja boleh ingat sekarang ni?"

"Mengikut hasil pemeriksaan saya, hampir semua dia tidak ingat dan dia hanya ingat awak dan ibu bapa saja. Dan dia hanya mengingati masa setahun yang lalu dan dia meletakkan dirinya dalam masa tersebut"

"Dia hanya ingat perkara setahun yang lalu? Sebelum dan selepas sama sekali dia lupa?"

"Ya betul tu encik. Dalam pemikirannya sekarang dia masih hidup dalam tempoh setahun yang lalu"

"Terima kasih dok"

"Sama-sama"

"Kenapa dengan Sara?", soal Fuad.

"Dia hanya ingat perkara dalam tahun lepas je dan dia sangka sekarang ni baru je habis belajar"

Fuad kelihatan terkejut.

"Patutlah dia tidak ingat aku. Aku da dia baru je kenal dalam tahun ni"

"Banyakkan bersabar. Insyallah tempoh dia hilang ingatan ni takkan lama"

"Mama siapa lelaki tu?", soalku.

Lelaki sebelah abang Fuad tadi. Kacak juga tapi raut wajahnya tadi agak kecewa.

"Nanti Sara akan tahu juga. Cuma sekarang ni Sara jangan banyak sangat berfikir"

"Kenapa ma? Apa jadi lepas Sara koma?"

"Sara just rehat okay"

Aku hanya mengangguk.

"Sara laparlah mama"

"Mama ada bawa makanan ni"

"Hmm sedapnya bau"

Aku mengunyah makanan yang mama suap.

🌼🌼🌼
Okay inilah yang jadi dgn Sara. Sorry kalau pnulisan sya ni hambar😅

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now