Aku meninjau beberapa rekaan beg tangan dalam sebuah kedai jenama LV. Niat nak belikan untuk mama sekali sebagai buah tangan dari Paris.
Aku mencapai sebuah beg tangan tapi ada tangan lain turut memegang beg tangan tersebut.
Aku pantas menoleh ke tepi.
"Eh Nur"
"Eh Fuad. Sorry, ambilllah saya tengok yang lain"
"Its okay, kalau awak berminat just take it. Saya nak tengok-tengok je tadi"
"Takpa saya tengok beg tangan lain"
"Okay"
Aku ke barisan beg tangan lain.
"Awak sorang je ke?"
Aku menoleh ke sisi melihat gerangan yang bertanya.
"Ya sorang je"
"Haikal tak ikut sekali?"
"Tak, dia kerja"
"Kerja kat sini ke?"
Aku mengangguk.
"Balik Malaysia mesti awak rindu dia kan?"
Aku angkat kening sebelah.
"Rindu? Maybe sebagai kawan lama je"
"Bukan dia boyfreind awak ke?"
Aku menggeleng sambil mencapai sebuah beg tangan yang agak sesuai untuk mama.
"Dia kawan lama saya masa kat sekolah menengah dan baru berjumpa kat sini. Tu pun saya terserempak dengan dia, dah lama tak dengar khabar dia since habis SPM"
"Owh... Hmm cantik"
"Handbag ni?"
Fuad mengangguk.
"Saya pun rasa yang sama. Saya nak beli untuk mama saya"
"Mesti mama awak suka"
"I hope so"
Aku memilih untuk diriku pula.
"Saya rasa ini sesuai untuk awak"
Aku melihat beg tangan tersebut. Hmmm cita rasa Fuad not bad dan aku pun suka beg tangan tu.
"Okay ke?"
"Yes dan saya rasa sesuai kalau awak pakai"
"Okay thanks. I'll take it"
Aku menuju ke kaunter pembayaran dan diekori oleh Fuad.
"Let me pay it for you"
"Eh Fuad its okay. Ni barang saya biar saya yang bayar lagipun tak selesalah saya kalau awak yang bayarkan"
"Betul ni?"
"Yes sure"
"Okay"
Kami keluar dari kedai tersebut.
"Awak nak pergi mana-mana ke lepas ni?", soal Fuad.
Aku melihat jam tanganku.
"Tak, saya ingat nak balik bilik"
"Boleh tak temankan saya minum?"
"Er..."
"Sorry maybe next time"
"Okaylah kalau awak dah cakap macam tu"
"Really sorry, saya kena balik. Bye"
Aku cepat-cepat meninggalkan Fuad.
*****
Hari ni aku hanya duduk berehat di dalam bilik. Kaki pun agak lenguh asyik berjalan 4 hari berturut-turut.
Aku luangkan masa saja dalam bilik, makan sambil bermain telefon. Instagram aku log in dan kau memuatnaik beberapa gambarku di Paris.
Aku agak hot juga dalam instagram ni, follower pun mencecah ribuan setakat ini. Hahahah bukan nak riak.
Aku membaca beberapa komen daripada followersku.
Zack2002 : wow a pretty lady
HawaZaki : cntiknya u sis, gojes gitu. Kat paris ya? Nice view also❤
FarhanSky : hi c manis, mnta nmber boleh?
QiqiFieqa : pakai skincare apa sis? Glowing sangat!
VivianBaby : gdis cute selfie kt background cntik mmg meletop!
WawaNikey : paris?? Mygad sis, nak ikut! Ambil gmbar kat eiffel towe please...
Aku hanya tersenyum melihat komen tersebut dan ada beberapa komen yang aku balas.
Aku keluar dari aplikasi instagram lalu bangkit mencapai sekotak jus oren, televisyen yang ada disediakan aku tonton walaupun rancangannya tidak menarik.
🌼🌼🌼
Sorry klu ada ksilapan and really sorry this part too short😅
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomanceNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...