BAB 24

5K 161 0
                                    

"Hanna ada jumpa awak lagi?"

Aku menggelengkan kepala.

"Saya dah cakap dengan dia, pasal apa yang dia cakap kat awak hari tu"

"Mesti dia bertambah marah kat saya"

"Saya just nak warning dia. Dia takda hak cakap macam tu kat awak. Soal cinta tak boleh nak dipaksa, dia kena faham tu"

Aku diam.

"Kalau dia jumpa awak lagi, call saya terus"

Aku mengangguk.

"Awak janganlah fikirkan sangat erh?"

"Entahlah saya rasa macam dia nak buat sesuatu kat kita"

"Sayang, janganlah fikir sampai macam tu sekali. Dia takkan berani nak buat apa pun. Okay"

"Dia sanggup buat apa saja nak dapat kan awak. Itu yang pernah dia cakap kat saya"

"Dia just nak takut-takutkan awak. Janganlah fikirkan sangat, semuanya okay"

"Yelah"

"Kita makan okay, makanan dah sejuk ni"

Aku mengukirkan senyuman lalu menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Saya nak discuss something ni dengan awak. Pasal kita"

"Apa dia?"

Aku memandang dia fokus.

"Janganlah pandang saya macam tu"

"Why?", aku angkat kening sebelah.

"Mata awak tu comel sangat, I can't"

Aku ketawa kecil.

"Okay-okay. Cakaplah"

"Saya nak ajak awak bertunang dulu, awak okay ke?"

Aku terkeduh dan lidahku keluh.

"Saya tahu awak rasa cepat sangat tapi its okay kalau awak tak ready lagi"

"Berikan saya masa untuk fikir dulu"

"Okay"

"I'm so sorry"

"Its okay sayang, saya faham. Saya just nak tanya awak yes or not. If not its okay juga saya boleh tunggu"

Aku mengukirkan senyuman.

Aku betul-betul tidak sedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam hubungan kami.

Perkenalan aku dan Fuad baru cukup sebulan, untuk bertunang itu terlalu awal untuk aku.

"Hey! Apasal mengelamun ni? Makanlah"

Aku senyum lalu tunduk makan.

*****

"Boleh tak saya minta sesuatu dengan awak?"

"Apa dia? Cakap je lah"

Aku memandang Fuad yang segak memakai kemeja yang berlengan panjang dilipat hingga ke siku. Dia baru saja habis bekerja dan terus jumpa aku.

"Saya nak invite awak ke majlis annual dinner syarikat. Sekali tu awak boleh jadi partner saya"

"Owh"

"Owh je? Please? Dah bertahun saya handle syarikat tu dan setiap majlis saya tak pernah bawa partner. Kali ni saya tak nak pergi sendiri lagi"

"Boleh kalau awak dah ajak saya"

"Betul ni?"

Aku mengangguk.

"Thank you sayang. Hujung minggu ni tau"

"Okay. Annual dinner untuk apa tu?"

"Setiap tahun syarikat adakan annual dinner untuk semua staf cuma tarikh berbeza. Annual dinner tu untuk meraihkan kejayaan staf yang masih bekerja kat situ"

"Owh. Tapi saya seganlah, ye lah saya ni girlfreind awak je pun"

"Apa nak segankan? Saya CEO so suka hati saya je lah nak bawa siapa, awak kan girlfreind saya dan Insyallah akan jadi wife saya"

"Okay encik Fuad"

"Tak sabar pula"

Aku mengelengkan kepala. Macam budak-budaklah Fuad ni.

"Nanti saya ambil awak"

"Baiklah"

Fuad ni umur je tua dari aku tapi kadang kala telatahnya ni macam adik daripada aku. Patutlah muka nampak muda dan berseri sebab sentiasa happy.

"Jambang awak dah mula lebat"

"Ya, saya baru je perasan. Saya lupa lepas tu takda masa"

"Saya lebih suka kalau jambang awak tu nipis"

"Owh patutlah dulu masa saya koma awak selalu jaga jambang saya ni"

Aku tersenyum.

"Balik nanti terus cukur, nampak semaklah. Macam bangla dah saya tengok"

"Okay nanti saya cukur elok-elok khas untuk awak je"

"Hish awak ni!"

Aku memandang sekeliling mana tahu ada yang dengar. Kami sekarang minum di sebuah kafe.

"What? Jambang je pun"

"Yelah, kalau orang dengar dorang akan fikit benda lain tau sebab dorang tak tahu pangkal cerita"

Fuad tersengih.

Balik saja, aku terus mencari baju yang sesuai untuk annual dinner nanti.

"Nak pakai baju apa?"

Aku membelek dres-dres yang ada dalam almariku. Ada yang pernah aku pakai ada juga belum.

Aku mencapai dres yang belum pernah aku pakai sebab agak over. Mungkin untuk annual dinner ia dres yang sesuai.

Dres labuh sampai ke kaki dan berlengan panjang. Dres yang separuh kain lace dibahagian dada dan ada kain ciffon dari dalam. Bahagian dada ada kain membalut mengelilingi bahuku. Mujur bahagian leher tidak seksi. Aku memilih dres bewarna pink pastel itu untuk annual dinner syarikat Fuad nanti.

🌼🌼🌼
Pasal dres tu pandai2lah imagine sya pun susah nak explain😅😅

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now