Aku menyanyi kecil sambil menuruni anak tangga menuju ke dapur.
"Selamat pagi semua!"
"Selamat pagi", jawab mama, papa dan abang.
"Amboi dah tahu bangun awal anak papa ni"
"Perli ke pa? Sara dah biasakan bangun awal pagi masa kerja dulu"
"Baguslah, sekurang-kurangnya pekerjaan Sara tu dapat mendidik Sara"
Aku mengangguk lalu membaca doa makan.
"Sedapnya! Mama kalau masak mesti best", pujiku.
Mama tersenyum.
"Ehem abang diam je?"
"Malas nak cakap pagi-pagi buat hilang mood"
"Yeke?"
Abang Khairi mengangguk.
"Sara nak tagih tiket penerbangan yang abang dah janjikan 5 months ago tu"
"Ada ke abang janji?"
"Adalah! Abang jangan nak tipu Sara erh?"
Abang Khairi ketawa.
"Abang ingatlah! So nak fly ke mana?"
"Paris", jawabku dengan riangnya.
"Seriously? Paris? Why?"
"Sara nak pergi tempat yang Sara idamkan selama ni, lagipun abang belanjakan so why not"
"Yelah nanti abang bookingkan tiket"
"Thank you abang"
Kami makan dengan senyap.
"Ehem..."
Tiga pasang anak mata melihat aku.
"Sebenarnya Sara nak bagitahu sesuatu ni"
Aku berdebar. Its okay Sara kau jujur je.
"Apa dia?", tanya mama.
"Sebelum tu Sara minta maaf sangat-sangat, Sara takda niat jahat lain dan Sara tak pernah pegang atau tengok benda bukan-bukan"
"Apa ni Sara? Tak fahamlah", kata abang Khairi.
"Okay hari ni Sara nak jujur dengan papa, mama dan abang. Sebenarnya selama Sara kerja lima bulan yang lalu tu bukannya jadi babysitter pun"
Aku tunduk.
"Habis tu Sara kerja apa?", tanya mama risau.
"Sara memang kerja kat rumah datin tu tapi bukan jaga baby. Sara uruskan anak dia yang koma, umur anak dia sebaya dengan abang"
"What?", abang Khairi terkejut beruk.
Papa dan mama turut kaget.
"Please jangan marah Sara, Sara just nak kerja je. Selama Sara uruskan anak datin tu Sara tak buat benda jahat pun kat dia. Sara pakai glove masa uruskan dia, bab sensetif tu sumpah Sara tak pernah pegang dan tak pernah tengok pun", terangku.
Mereka bertiga diam. Seolah-olah tidak percaya aku menjaga lelaki dewasa yang koma itu.
"Please... Sara tak pernah pun buat benda tak baik. Niat Sara nak kerja je"
"Hmmm tak palah, semua dah berlalu asalkan Sara jujur dan selamat", kata papa.
Aku menunggu reaksi mama.
"Kenapa sampai nak menipu?", soal mama.
"Sorry mama, Sara just nak buktikan yang Sara mampu dapat kerja sendiri. Tapi tak sangka pula Sara kena menipu sebab Sara tahu mama takkan bagi punya kalau Sara bagitahu hal yang sebenar. Sara minta maaf sangat"
Mama mengukirkan senyuman.
"Betul ni tak pernah buat benda tak baik kat lelaki yang koma tu?"
Aku mengangguk laju.
"Betul! Sara tak tengok dan sentuh pun ehem dia"
Abang Khairi ketawa.
"Apa abang ni? Buat malu je lah"
"Mama maafkan tapi lain kali jangan buat lagi, mujur Sara tak apa-apa. Mama risau Sara tak selamat je jaga lelaki dewasa macam tu"
"Terima kasih mama"
"Betul ni Sara tak sentuh?", usik abang Khairi.
"Abang stop it! Sara dah sumpahkan tadi maksudnya betullah Sara tak buat. Abang jangan usik Sarah erh, abang dah janji nak berdamai"
"Okay sorry. Bukan apa just rindu nak usik adik abang sorang ni"
"Jangan nak mengada ya"
Aku lega semua sudah aku terangkan rahsia yang aku simpan selama lima bulan.
Aku berharap sangat agar aku dapat berjumpa dengan datin Fazrina untuk mengaku lagi penipuanku.
*****
"Mama, Sara nak tolong masak boleh?"
"Boleh. Tolong potong bawang dan hiris lobak tu"
"Okay"
"Masa kerja kat rumah datin tu Sara masak ke?"
"Tak, Sara just bantu maid kat sana. Nama makcik tu mak Munah, dia baik sangat dengan Sara"
"Ya? Dia ada tak ajar masak?"
"Adalah sikit tapi Sara kesian dengan Mak Munah tu, usia dah nak masuk 50-an tapi tetap bekerja"
"Biasalah Sara, orang nak cari duit untuk meneruskan hidup kenalah bekerja. Kita yang senang ni jangan riak pula, jangan tak nak berusaha"
"Ya mama betul tu"
"Family dia takda ke?"
"Takda ma, takda anak dan takda suami. Dia dah lama kerja kat rumah datin tu"
"Kenapalah datin tu tak cari maid lain, boleh bantu mak Munah tu"
"Mak Munah yang tak nak mama, lagipun kalau datin tu ada kat rumah dia pun buat kerja rumah tau"
"Baiknya datin tu"
"Ya ma, dia memang baik"
"Anak dia yang pernah Sara uruskan tu pula macam mana? Apa ceritanya?"
"Owh nama dia Fuad. Dah setahun koma mama sebab excident, lama juga dia kat hospital sampai datin bawa dia balik rumah. Fuad kena rawat kat rumah lepas tu"
"Owh lama juga. Kesian pula"
"Tu lah mama"
"Kacak tak?"
"Kacak! Putih, ada jambang sikit dan dah ada girlfriend"
"Owh, selalulah girlfriend dia datang jenguk?"
"Tak juga selalu selama Sara kerja kat sana adalah dalam beberapa kali. Tapi girlfriend Fuad tu macam tak suka Sara, ada je tak kena. Macamlah Sara nak buat benda tak baik kat buah hati dia yang koma tu"
"Dia ada apa-apa kan Sara tak?"
"Takda pulak cuma selalu marah Saralah, Sara apa lagi kenakan dia lah balik"
Aku ketawa sinis.
"Macam tu lah anak mama, lawan balik kalau ada perempuan kacau Sara"
"Mestilah mama, takkan Sara nak biarkan dah lah Sara tak buat apa-apa salah pun kat dia"
"Thats my girl!"
"Well"
Aku dan mama ketawa.
🌼🌼🌼
Hi! Klu uols suka sila vote n klu ada apa2 salah just comment okay😊
![](https://img.wattpad.com/cover/186594351-288-k921839.jpg)
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomanceNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...