Aku menyiram pokok bunga yang ditanam elok di tepi pagar sambil menyanyi kecil.
Bunyi hon kereta mengejutkan aku, nasib badan aku ni tak basah.
Aku memandang gerangan kereta di luar pagar.
"Kereta siapa pula biadab sangat ni?"
Ponn! Ponn!
"Hish mengacau je lah!"
Aku mematikan paip air dan menuju ke pagar utama.
"Ya siapa?"
"Ni I lah!"
"Owh girlfriend encik Fuad"
"Yes cepat buka pagar. I nak kereta I masuk. Panas ni!"
"Okay sekejap ya cik, saya nak ambil remote pagar"
Aku menjeling tapi dia tak nampaklah.
Aku saja lambat-lambat berjalan, biar kau menunggu kat situ. Perempuan takdah adab langsung. Kau ingat aku maid kau boleh layan aku kurang ajar? Sorry salah orang!
"Kenapa mak Munah dengar macam kecoh kat luar tu?"
"Girlfriend encik Fuad tu, melalak. Suruh Sara buka pagar pun terjerit. Rasakan! Biar dia menunggu kat sana"
"Hmmm tak habis-habislah budak tu buat kecoh"
"Kan. Sara tak nak buka, tunggu dalam masa 5 minit lagi"
Aku memeluk tubuh sambil melihat kereta minah tu dari jauh.
Aku membuka pintu pagar dengan remote control dari dalam rumah dengan senyuman sinis.
"Hey kenapa you lambat sangat buka? Penat I tunggu tau!"
"Sorrylah cik, saya cari remote control tadi. Entah hilang kat mana"
"Jangan main-main dengan I erh?"
Aku hanya diamkan diri.
"Dah, I nak tengok buah hati I dulu"
"Okay cik"
Aku menjeling lalu masuk ke dapur.
"Hish!"
"Kenapa ni Sara?"
"Girlfriend encik Fuad tu lah!"
"Biarkan aje lah dia, sabar erh"
"Nasiblah Sara ni penyabar"
Aku menepuk perlahan dadaku.
"Sara nak tolong masak boleh?"
"Boleh, potong sayur tu"
"Okay!"
Aku berbual dengan mak Munah sambil masak makan tengah hari untuk kami berdua.
"Ehem..."
"Ya ada apa cik Hana?", soal mak Munah.
Aku malas nak tengok minah rambut karat ni.
"Siapa yang uruskan Fuad kalau mummy dia takdah?"
"Sara yang uruskan", jawab mak Munah.
"What? Dia kan perempuan"
"Memang saya perempuan cik tapi saya jujur menjaga encik Fuad tu" jawabku.
"You jangan nak buat benda tak baik erh kat boyfriend I?"
"Untuk pengetuan cik lah, sepanjang saya urus encik Fuad tu saya pastikan tangan saya ni memakai sarung tangan dan mata saya ni akan saya pejamkan untuk tidak melihat perkara sepatutnya"
"Hmm good! You jangan nak sentuh-sentuh dia"
"Baiklah cik, saya masih ada iman"
"Okaylah I nak balik dulu. Bye"
"Assalammualaikum"
Dia menjeling aku. Huh! Aku pun bolehlah jeling kau.
"Dah jangan ambil hati, buat masa je layan", pesan mak Munah.
Aku mengangguk saja lalu menyambung kerja memasak.
*****
Setelah mendapat keizinan daripada datin Fazrina, sebelah petang aku balik melawat mama. Malangnya aku tidak dibenarkan bermalam di sana oleh datin.
"Encik Fuad, saya dah siapkan encik lepas ni saya nak balik jenguk family saya. Selepas asar saya balik sini. Assalammualaikum", terangku.
Aku pamit lalu keluar dari biliknya.
"Mak Munah Sara pergi dulu"
"Okay hati-hati"
"Ya assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"
Aku pantas keluar dari rumah dan menuju ke pagar. Aku mendapatkan kereta abang Khairi.
"Okay abang cepatlah"
"Sabarlah. Kenapa nak tergesa-gesa ni, salam abang pun tak"
Gila tak nak cepat? Takut bodyguard datin stalk aku ke apa. Habis aku kalau datin tahu background family aku.
"Sorry, nak salam"
Tangannya dihulurkan dan aku tunduk menyalam tanganya.
"Macam tu lah! So jom balik"
"Okay jom cepat. Sara rindu mamalah!"
"Yelah, kita balik rumahlah ni"
*****
"Mama! Papa! Ya Allah rindunya Sara"
Aku memeluk mama dan papa.
"Sara sihat tak?"
Aku mengangguk laju.
"Awak ni kan Sara okay je ni, awak siang malam asyik risau", kata papa.
Aku ketawa.
"Mama jangan risau kat sana Sara okay je, semua layan Sara baik"
"Baguslah kalau macam tu"
"Sara laparlah", rengekku.
"Hmm mama, anak mama dah lapar tu. Dari pagi mama busy masakkan", celah abang Khairi.
Aku tersenyum.
"Yeke mama? Hmmm so sweet! Jom kita makan sama-sama"
Tidak sabar nak makan masakan mama ni. Inilah yang aku rindui sangat!
Sambil makan kami berbual sakan, mama pula asyik tanya pasal 'baby' yang aku jaga. Hmmm ini yang buat aku serba salah sangat, aku berdosa!
🌼🌼🌼
Maaf jika ada ksilapan utk part ni. Klu uols suka sila vote ya😊
![](https://img.wattpad.com/cover/186594351-288-k921839.jpg)
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomanceNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...