BAB 29

4.4K 161 0
                                    

Lima bulan kemudian.

Aku termenung. Tiada siapa yang nak ucapkan sempena hari jadi aku hari ni. Mama, papa dan abang pun senyap je pagi tadi.

Fuad pula mungkin dia tidak tahu hari ni hari apa.

"Hmmmm", aku mengeluh sambil duduk di atas tilam.

Aku bangkit dari duduk lalu menuju ke bawah, petang-petang macam ni nak minum sesuatu yang sejuk.

"Happy birthday!"

Bunyi sorakan mama, papa dan abang Khai.

Ruang tamu sudah dihias siap dengan banner HAPPY BIRTHDAY OUR SWEETY NUR KHAISARA. Kek pun ada serta makanan lain.

Aku tergamam lalu tersenyum.

Aku memeluk papa dan mama.

"Thank you mama, papa"

"Abang pula?", celah abang Khai.

"Thank you abang! Sara ingat mama, papa dan abang lupa birthday Sara"

"Kami tak pernah lupa", jawab mama.

"Patutlah monyok pagi tadi erh?", soal papa.

Aku mengangguk.

"Kita orang saja je buat lupa sebab nak buat suprise untuk Sara"

"Okay dah jom potong kek"

Abang Khai memakaikan aku topi tiga segi hari jadi lalu lagu happy birthday meriuhkan suasana.

Aku meniup lilin lalu memotok kek hari jadiku. Aku menyuap sedikit kek ke dalam mulut papa dan mama.

"Abang suap sendiri"

Abang Khai menjeling.

Aku mengambil gambar bersama keluargaku di saat yang penuh bahagia ini. Kami menjamu selera.

"Ni hadiah untuk Sara"

"Thank you mama"

"Ni pula dari papa"

"Thank you papa. Abang pula bagi apa?"

"Hadiah untuk Sara kek tu lah. Abang beli kek tu tau, mahal harganya tu"

"Abang ni tak sporting langsunglah"

"Nah"

Aku tersenyum lalu menyambut huluran hadiah daripada abang Khai.

"Terima kasih tau suprised kan Sara walaupun Sara ni dah tua", ucapku.

"Sara hargai sangat-sangat"

"Tua-tua pun tetap kami sayang", jawab mama.

Aku tersenyum.

"Fuad ada call Sara?", tanya abang Khai yang sibuk memotong kek.

"Ada lepas lunch tadi"

"Dia ada ucap untuk birthday Sara tak?"

Aku menggeleng.

"Mungkin Fuad tak tahu hari ni birthday Sara", aku bersangka positif.

"Ye ke? Takkan dia tak tahu? Mustahillah"

"Takpalah! Asalkan family Sara ingat. Sara nak celebrate dan makan puas-puas hari ni"

Aku menceriakan suasana dan cuba memujuk hatiku.

*****

"Assalammualaikum Sara?"

"Waalaikumsalam. Ada apa Fuad?"

Aku mengerling jam dinding, jam 8 malam.

"Cuba tengok kat luar tingkap bilik awak"

"Ada apa?"

"Cepatlah"

"Yelah"

Aku melangkah lalu menarik langsir tingkap balkoni bilikku. Dari bawah, aku nampak Fuad.

Aku menekup mulutku agak terkejut.

"Happy birthday sayang", ucapnya dalam telefon.

Aku melihat dia sedang memeluk teddy bear besar dan sebiji kek yang sudah dinyalakan lilin.

"Takkan nak biarkan saya berdiri kat sini kot?"

"Okay saya turun sekarang"

Aku mematikan panggilan lalu turun ke bawah.

"Kenapa tu Sara?"

"Fuad ada kat bawah ma. Dia suprise birthday Sara", beritahuku gembira.

Mama tersenyum.

"Yelah"

Aku keluar lalu mendapatkan Fuad di halaman rumah.

"Happy birthday to you... Happy birthday to you, happy birthday to my sayang Sara. Happy birthday to you", Fuad bernyanyi perlahan.

"Happy birthday Nur Khaisara", ucapnya lagi.

Aku tersenyum lalu meniup api lilin kek yang dia pegang.

"Thank you! Saya ingat awak tak tahu hari ni birthday saya"

"Mestilah saya tahu. Sorry lambat tadi saya baru je sampai dari Johor"

"Awak dari Johor?"

"Tak nak bagitahu awak, awal pagi saya dah ke Johor nak lawat site kat sana. Saya terus bergegas kat sini"

"Thank you Fuad"

"You're welcome"

Dia meletakkan kek di atas meja.

"Ini untuk awak"

"Thanks. Comelnya"

Aku memeluk teddy bear tersebut.

"And this is for you too"

"Apa ni?"

"Bukalah"

Aku membuka kotak baldu warna biru. Aku terkejut dapat hadiah semahal itu.

"Kunci kereta?"

"Yes! Tu"

Aku menoleh. Sebuah kereta, Mini Cooper warna merah.

"Mahal sangat ni", aku tidak selesa dapat hadiah semahal itu dari dia.

"Tak kisahlah mahal ke apa, yang penting saya ikhlas nak berikan kat awak"

"Tapi..."

"Saya ikhlas, awak terima okay?"

"Hmmm terima kasih tapi susah-susah je lah. Saya tak kisah pun dapat hadiah murah"

"Hal kecil je. Awak pakai nanti erh?"

Aku mengangguk.

"Saya tak pernah rasa romantik macam ni"

"Saya tahu. Ini kali pertama awak celebrate birthday dengan someone special kan. Sebab tu saya nak pastikan awak bahagia untuk kali pertama ni"

Aku tersenyum. Terharunya!

"I really love it! Saya hargai sangat"

"Thanks sayang. Saya just nak buat awak happy. Kalau awak happy saya pun senang hati"

Aku mengukirkan senyuman.

"Saya cinta kamu"

"Saya cinta kamu juga"

Fuad tersenyum.

"Awak dah makan malam ke belum ni?", soalku.

Dia masih lagi berpakaian kerja.

"Belum lagi, saya kan baru sampai dari Johor dan terus ke sini"

"Kita makan kat halaman ni tak?"

"Boleh juga lagi sweet"

"Awak tunggu sini saya ambil makanan. Saya pun belum makan sebenarnya"

"Okay"

Aku masuk ke dalam rumah.

🌼🌼🌼
Annyeong! Apa khabar the readers? Smoga sihat okay😉

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now