BAB 39

3.8K 131 0
                                    

"Auch! Mama..."

Aku memegang bucu katil untuk membantu aku terus berdiri. Bahagian kepalaku terasa sangat sakit.

"Mama! Tolong Sara"

"Ya Allah Sara kenapa ni?"

"Kepala Sara sakit ma. Sara tak tahan"

Mama membantu aku baring.

"Sara dah minum ubat ke?"

"Dah ma lepas makan tadi"

"Sakit lagi tak?"

"Ya ma"

"Mama call papa, kita pergi klinik"

"Cepat ma"

Beberapa minit kemudian papa sampai.

"Abang, kepala Sara sakit tiba-tiba", kata mama.

"Jom kita pergi hospital"

Aku dibawa ke hospital.

"Mama, papa macam mana dengan Sara?", soal Fuad sebaik saja sampai.

"Doktor masih rawat dia kat dalam", jawab papa.

Beberapa minit kemudian muncul seorang doktor perempuan keluar dari wad.

"Macam mana dengan keadaan anak kami doc?", soal papa.

"Anak encik dan puan okay. Sakit yang dia alami tadi kesan daripada hentakan kemalangan, cuma buat masa sekarang ni jangan bagi dia tekanan dan memaksa untuk mengingati sesuatu perkara. Ingatan dia masih lemah, kita risau daya ingatan dia semakin teruk", terangnya.

"Baiklah doc, terima kasih"

"Sama-sama puan"

Mereka bertiga masuk ke dalam wad.

"Mama... Papa..."

"Sara. Risau mama tau"

"Sorry ma"

"Sara cuba ingat apa sampai kepala tu sakit?", soal papa.

"Nothing pa, Sara just nak ingat semuanya"

"Lain kali jangan paksa nanti semakin buruk daya ingatan tu"

"Okay pa"

"Sara rest okay, kejap lagi boleh discharge"

"Sara mengantuk, nanti kejutkan Sara ya"

Mama mengangguk. Aku baring semula lalu pejamkan mata.

Beberapa minit kemudian, mereka keluar daripada wad.

"Mama dan papa minta maaf sebab Sara masih tak ingat Fuad lagi"

"Takpa mama, bukan salah papa dan mama"

"Papa rasa bersalah tak bagitahu siapa Fuad sebenarnya kat Sara", kata papa pula.

"Saya faham, ini semua untuk kebaikan Sara. Saya okay hadapi semua ni yang penting Sara cepat sembuh"

Mama dan papa mengangguk.

"Saya nak tengok Sara kejap, boleh?"

"Pergilah"

Fuad melangkah masuk. Dia merenung wajah gadis yang begitu dia rindui.

"Saya akan tetap sabar dan setia menunggu awak sampailah awak sembuh. Get well soon sayang", katanya lalu keluar untuk pergi ke pejabat semula.

Banyak kerja yang tertangguh kerena memikirkan masalah yang dia hadapi sekarang ni.

*****

"Mama?"

"Yes?"

"Siapa bagi teddy bear besar kat dalam bilik Sara tu?"

"Owh tu! Sempena birthday Sara, mama pun lupa siapa yang bagi"

"Owh yeke? Cincin ni? Sejak bila Sara pakai cincin ni? Rasa nak tanggalkan je"

"Eh janganlah tanggalkan. Mama yang bagi Sara tau"

"Mama bagi? Cantik! Sara pakai, tak tanggalkan"

Mama menarik senyuman.

"Tapi kenapa Fuad bagi kereta tu? Kereta mahal pula tu"

"Mama pun tak tahu. Hah jangan nak paksa otak Sara tu ingat semua benda. Lama-lama Sara akan ingat juga semuanya"

"Ya ma jangan risau. Kepala Sara hari tu sakit sangat, Sara dah serik"

"Tahupun, slowly okay?"

"Okay ma"

"Jom temankan mama masak"

"Boleh! Dulu Sara pandai masak ke ma?"

"Pandai. Lepas graduated Sara dah tahu masak lepas tu Sara pun rajin masak untuk kita, untuk...", kata mama terhenti.

Aku mengerutkan dahi.

"Untuk siapa ma?"

"Untuk mamalah, kan kita dua je kalau papa dan abang Khai pergi kerja atau outstation"

"Owh... Setahu Sara dulu Sara tak reti masak. Macam mana pula Sara boleh pandai?"

"Sebab Sara nak belajar dengan mama. Lepas graduated Sara cakap yang Sara boring so mama ajaklah Sara belajar masak"

"Owh macam tu"

"Ya... Nanti bila daya ingatan Sara dah okay semuanya Sara akan tahu"

"Kenapa ma? Ada apa-apa ke?"

"Takda apalah. Kita start masak erh, hmmm Sara nak makan apa hari ni?"

"Ikut mamalah. Sara makan je apa yang mama masak"

"Okay"

🌼🌼🌼
Sorry klu uols rasa bab ni agak membosankn😅

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now