Aku bersiap-siap untuk menghadiri majlis annual dinner. Sebentar lagi Fuad akan datang ambil aku.
Aku sudah siap, rambut aku sanggul dan agak kusut sedikit style zaman sekarang. Aku make up nipis je. Handbeg aku capai. Pasti Fuad sudah ada kat bawah.
"Lamanya princess ni bersiap", usik mama.
Aku hanya tersengih.
"Maaf lambat", bisikku kepada Fuad.
Dia hanya senyum lalu kami meminta diri untuk pergi.
"Awak cantik sangat malam ni"
"Yeke? Biasa je lah"
"Mana ada biasa! More beautiful with your nice dress and make up tak tebal. I like it sayang"
"Thank you. You pun nampak handsome bersut dan jambang pun dah nipis"
"Well ni kan boyfreind awak, mestilah mestilah nampak bergaya"
"Annual dinner buat kat mana?"
"Kat hotel sayang"
"Hotel Sayang? Kat mana tu?"
"Jangan nak usik saya erh? Kat hotel, sayang..."
"Tahu. Saja je"
Kami sampai di hadapan pintu hotel, penyambut hotel membukakan pintu kereta untuk aku.
"Terima kasih"
"Sama-sama puan"
Aku dan Fuad masuk ke dalam pintu lift menuju ballroom hotel di tingkat
4."Boleh tak pegang lengan saya?"
"Mengadalah awak ni"
"Yelah, baru nampak sweet"
Aku menjeling manja lalu memaut lengannya.
Pintu ballroom dibuka untuk kami dan kami masuk. Banyak mata memerhatikan sepanjang kami melangkah ke meja khas untuk VVIP.
Fuad pula membalas sapaan staf-stafnya, nampak sangat yang dia seorang bos yang baik.
"Selamat datang bos", sapa orang kanan Fuad.
"Tak sia-sia saya lantik awak untuk urus majlis kali ni Afiq"
"Terima kasih bos"
Sebaik saja kami sampai, majlis bermula dan semua duduk di tempat duduk masing-masing.
Pengacara majlis memulakan tugas mereka, aku yang duduk di sebelah Fuad diam dan mendengar. Kami duduk semeja dengan orang penting dalam syarikatnya.
"Hadirin dah hadirat sekalian bagi memulakan majlis, saya menjemput ustaz jemputan kita untuk membaca doa"
Semua staf beragama Islam menadah tangan termasuk aku dan mengaminkan bacaan doa tersebut.
"Amin amin Ya Rabbal alamin. Seterusnya tanpa membuang masa saya akan menjemput orang terpenting dalam syarikat kita. Tak lain dan tak bukan encik Fuad untuk memberikan ucapan pada malam ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan"
Ballroom riuh dengan tepukan gemuruh, Fuad bangun sambil membutangkan sutnya lalu naik ke atas pentas untuk memberikan ucapan.
"Bos siapa yang bos bawa malam ni?"
Kedengaran soalan daripada staf seorang lelaki apabila Fuad mengakhiri ucapannya.
Aku memandang Fuad dan pandangan kami bertaut.
"Pasti kamu semua tertanya-tanyakan, pada malam ini buat pertama kalinya saya membawa partner. Perkenalkan dia kekasih saya, Sara. Insyallah tak lama lagi kami akan bernikah, doakan ya"
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomantizmNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...