Hari ni kami luangkan masa di taman. Fuad ajak aku berekreasi di taman petang-petang.
"Kita nak buat aktiviti apa kat sini?"
"Naik basikal jom?"
"Saya takut nak naik basikal, dulu saya pernah jatuh sejak dari tu saya tak berani naik basikal lagi"
"Don't worry, hero awak ada. Awak duduk belakang, biar saya kayuh. Okay?"
"Okay"
Kami mengelilingi kawasan taman rekreasi itu dengan menaiki basikal. Aku yang duduk di belakang memegang hujung bajunya.
"Suka tak?", soal Fuad.
"Suka! Dah lama saya tak naik basikal, thank God awak mampu bawa saya naik basikal ni"
"Saya selalu ada untuk awak dan untuk melengkapi kelemahan awak"
Aku tersenyum.
"Kita berhenti kat situ dulu"
Kami berhenti di hadapan sebuah tasik. Kami duduk di atas bangku sambil melihat pemandangan tasik itu.
"Kenapa awak ajak saya datang sini?"
"Saja sebab nak bawa awak naik basikal"
"Awak memang tahulah saya tak berani naik basikal?"
Fuad mengangguk.
"Awak ni! Sajakan"
"Takdalah, saya nak kembalikan perasaan seronok naik basikal tu kat diri awak"
"Ya dah lama saya dah tak naik basikal sejak umur 14 tahun lagi"
"Saya ada, boleh kayuhkan untuk awak"
"Terima kasih"
"Sara, saya cinta kamu"
Aku mengerutkan dahi.
"Kenapa macam pelik je?"
"Saya nak kelainan sikit antara kita, bukan I love you dan bukan saya cintakan awak but saya cinta kamu. Itu untuk kita je dan special untuk awak"
Aku tersenyum.
"Awak ni sweet sangatlah. Saya cinta kamu juga"
Fuad tersenyum lebar mendengar balasanku.
*****
Sudah seminggu aku menjadi tenaga pengajar di sekolah ini.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Guru-guru lain melayan aku dengan baik dan pelajar-pelajarnya juga mampu menerima aku sebagai cikgu mereka.
Aku melangkah masuk ke salah satu kelas yang aku ajar, kelas darjah 4 Permata.
Aku mengajar subjek Sains untuk darjah 4 dan darjah 6 pula aku mengajar subjek Matematik.
Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kelas, seperti biasa pelajar-pelajar akan berdiri dan mengucapkan salam.
"Waalaikumsalam", jawabku lalu sama-sama membaca doa belajar.
"Kamu semua boleh duduk"
Mereka duduk lalu mengeluarkan buku dan peralatan menulis.
"Hari ni cikgu nak buat kuiz untuk bab yang kita belajar semalam"
"Yahoo!", mereka bersorak.
"Masih ingat lagi tak kita belajar apa semalam?"
"Masih cikgu!"
"Okay bagus. Tutup buku, cikgu tak nak awak semua rujuk buku. Siapa tahu jawapannya terus angkat tangan. Boleh?"
"Boleh!"
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomanceNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...