BAB 8

7.6K 270 2
                                    

Empat bulan kemudian.

"Assalammualaikum datin"

"Waalaikumsalam"

Aku menyambut Datin Fazrina yang baru saja balik dari luar negara.

"Mak Munah mana?"

"Mak Munah siapkan air untuk datin"

"Okay so macam mana awak jaga Fuad?"

"Alhamdulillah datin saya jaga encik Fuad baik, tiada kecederaan dan saya pun jujur semasa uruskan dia"

"Terima kasih Sara jaga anak saya dengan baik"

"Sama-sama datin lagipun itukan tugas saya"

Datin Fazrina meneguk jus oren lalu naik ke tingkat tiga untuk melihat anaknya.

Ibu mana yang tak rindukan anaknya yang terlantar koma yang ditinggalkan selama lima bulan.

"Sara marilah temankan mak Munah"

Aku mengangguk lalu mengekori langkah mak Munah ke dapur.

"Sara pasti rindukan mak Munah, tak lama lagi Sara akan berhenti kerja"

"Mak Munah pun rindukan Sara, bosanlah mak Munah nanti tiada kawan nak borak dah"

Aku tersenyum.

"Insyallah kalau ada masa, Sara akan datang jenguk mak Munah erh?"

"Yelah. Bila Sara berhenti kerja?"

"Mungkin lusa"

"Kalau macam tu biar mak Munah masak yang special sikit untuk Sara"

"Yeke? Tak sabarnya. Nyum! Nyum!"

Mak Munah ketawa.

"Sara?"

"Ya ada apa datin?"

"Bila awak nak berhenti kerja?"

"Perjanjian kita lepas datin balik dari luar negara, boleh tak kalau saya berhenti kerja lusa?"

"Yelah, rasa sunyi pula bila awak takdah nanti kan mak Munah?"

Mak Munah mengangguk.

"Kalau awak nak awak boleh kerja sini terus"

"Eh takpa datin, saya dah dapat tawaran kerja yang saya dah apply"

"Owh yeke? Takpalah kalau macam tu"

Aku membalas dengan senyuman.

*****

Aku masuk ke bilik encik Fuad setelah meminta kebenaran dengan datin Fazrina. Aku masuk ke biliknya untuk kali terakhir.

"Assalammualaikum encik Fuad"

Aku menatap wajahnya lama.

"Hari ni hari terakhir saya kat sini, kejap lagi saya nak balik dah. Saya dah berhenti kerja, kan datin dah balik sini. Untuk kali terakhir ni saya minta maaf jika saya ada salah sepanjang saya dengan encik. Dan please rahsia yang saya ceritakan tu simpan baik-baik tau"

Aku ketawa kecil.

"Saya doakan semoga encik cepat sembuh dan cepat sedar. Sebagai tanda perkenalan walaupun saya tak kenal encik sangat, saya ada buatkan keychain atas nama encik. Saya simpan dalam laci ni tau, harap encik sudi terima. Saya gembira dapat kenal encik dan berborak dengan encik selama ini. Cepat sihat tau! Saya pergi dulu encik Fuad. Bye. Assalammualaikum"

Aku menahan sebak.

Mungkin ini kali terakhir aku jumpa dia dan mungkin jika kami terserempak dia tidak akan kenal aku. Semoga encik diberikan kesihatan.

Aku melangkah keluar dari biliknya.

Aku menyalam tangan datin Fazrina dan Mak Munah.

"Terima kasih datin terima saya bekerja dan mak Munah jaga diri tau", pesanku.

Mak Munah mengangguk.

"Sara jaga diri, kalau nak bantuan datang je sini. Insyallah saya akan bantu"

"Terima kasih datin, halalkan ya semua yang saya terima sepanjang saya tinggal kat sini"

Datin Fazrina mengangguk dengan senyuman.

"Teksi dah sampai, saya pergi dulu. Assalammualaikum"

Aku menarik luggageku untuk keluar dari rumah banglo yang pernah memberikanku rezeki dan kenangan indah yang tercipta di rumah ini.

Selamat tinggal encik Fuad! Semoga cepat sedar.

Pemandu teksi memasukkan luggage ku ke dalam bonet kereta. Aku masukkan ke dalam kereta, tempat duduk belakang lalu melihat rumah ini untuk kali terakhir. Will miss you.

"Mama? Sara dah balik!"

"Anak mama! Akhirnya balik juga"

Mama memeluk tubuhku.

"Mama ni, macam je lah Sara stay sana terus"

"So mama baby tu dah balik?"

"Dah sebab tu Sara dah boleh balik ni, dah berhenti kerja"

"Rindunya mama"

"Miss you too, so papa dan abang kat office ke?"

"Yelah kat mana lagi. Sara dah makan?"

"Dah tapi makan malam nanti kita makan kat luar ya? Sara dah habis kerja so boleh sponsor mama, papa dan abang pergi makan besar"

"Hmm tak sabarlah mama. Rasa happy pula Sara nak belanja makan"

"Of courselah mama, selama ni asyik mama, papa dan abang je sponsor Sara"

"Berapa duit yang Sara dah kumpul untuk kerja pertama Sara ni?"

Aku berfikir sejenak. Rm2000 sebulan so lima bulan dah rm10000, tolak perbelanjaanku lebih kurang adalah lagi dalam rm8000 lebih.

Masa aku kerja kat rumah datin Fazrina aku jarang beli barang keperluan lain. Aku risau dorang syak wasangka dengan aku yang memakai barangan mahal.

"Takdah lah banyak ma tapi adalah dan Sara bersyukur. Harap-haraplah halal"

"Mestilah halal, takkan lah majikan Sara nak bayar gaji Sara dengan duit tak halal kan?"

Aku ketawa nak tutup debaran didada ni.

Mama, Sara dapat kerja ni pun dengan menipu mama, papa dan abang supaya Sara diizinkan. Datin Fazrina pun sama, Sara pun tipu dia. Halal ke?

Itu semua aku hanya mampu luahkan dalam hati, nanti bila dah sedia aku akan terangkan semuanya.

"Sara pergilah naik, rehat ya"

"Okay mama"

🌼🌼🌼
Thank u so much kpd yg sudi membaca cerita keempat sya ni❤

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now