BAB 37

4K 151 0
                                    

"Abang?"

"Ya nak ke mana ni?"

"Nak shopping sikit. Abang siapa bagi Sara kereta ni? Papa ke belikan?"

"Betul ni tak ingat?"

"Tak. Tapi mama kata kereta ni Sara punya tapi siapa yang bagi?"

"Fuad bagi sempena birthday Sara tahun ni"

"What? Dia bagi? Dan Sara terima?"

Abang Khai mengangguk.

"Abang please bagitahu siapa Fuad tu sebenarnya. Sara yakin dia ada kaitan dengan Sara tapi Sara tak ingat"

"Lain kali okay? Sara kat nak shopping pergilah"

"Pinjam kereta abang please"

"Kereta Sara kan ada tu, pakailah"

"Tak naklah! Pinjam kereta abang dulu"

"Yelah, nah kunci"

"Thanks. Bye!"

Aku memandu ke mall nak membeli belah sedikit.

Sampai saja aku terus masuk ke bahagian butik muslimah. Aku sekarang sudah berhijab seeloknya beli baju yang sesuai. Aku ternampak banner. TIKET PERCUTIAN KE PARIS UNTUK PEMENANG YANG BERTUAH.

"Paris. Aku nak sangat ke Paris tapi abang kata aku pernah pergi. Ya aku pernah pergi sebab banyak barang yang aku beli sememangnya dari Pari"

Teringat pasal Paris aku rasa sesuatu yang aku sendiri tak tahu.

"Whatever!"

Aku masuk ke dalam butik muslimah.

"Sara kan?"

"Doktor Qayyum?"

"Yes saya. Awak dah sihat ya?"

"Ya tapi ingatan saya masih lemah. Doc buat apa kat sini?"

"Nak beli present untuk birthday ibu saya. Awak?"

"Nak beli baju untuk diri sendiri sikit, dah lama rasanya saya tak shopping"

"Boleh saya temankan?"

"Eh takpa doc"

"Its okay saya pun free sekarang ni. Takkan awak takut dengan saya"

"Bukan macam tu"

"Kalau macam tu saya temankan awak. Jom"

Aku memilih beberapa baju dan meminta pendapat daripada doktor Qayyum. Hmm boleh tahan juga citarasanya soal pakaian wanita ni.

"Saya hauslah. Boleh temankan saya minum?"

"Boleh"

Aku pun haus juga lepas masuk ke dalam beberapa buah kedai tadi.

Kami terserempak dengan Fuad dan dia bersama seorang perempuan yang aku tak kenal. Perempuan berambut perang memandang aku dengan sinis. Entah kenapa minah ni.

"Eh Sara"

"Hai", sapaku kepada Fuad.

Dia memandang aku lalu memandang doktor Qayyum.

"Jalan pergi mana ni?"

"Saya shopping"

"Owh"

"You I laparlah, makan jom", rengek perempuan disebelah Fuad.

"Hmmm okaylah saya pun nak minum dengan doktor Qayyum", kataku.

Fuad seakan ingin berkata sesuatu tapi aku terlebih dahulu memintas.

"Jom doc"

"Okay"

Rasa lain macam pula aku melihat kemesraan Fuad dengan perempuan rambut karat tu.

"Girlfreind Fuad ke tu?"

"Entah saya pun tak tahu. Lagipun saya tak kenal dia sangat"

"Owh"

Selepas memesan minuman, doktor Qayyum meminta diri hendak ke tandas sebentar.

Aku duduk menunggu minuman sampai.

"Sara"

"Fuad? Awak buat apa kat sini lagi?"

"Awak memang jalan ke dengan doktor tu?"

"Kenapa awak nak tahu? Owh ya girlfreind awak yang kelaparan tadi mana?"

"Dia bukan girlfreind saya, dia just sepupu"

"Okay. So awak nak apa ni?"

"Awak dating dengan doktor tu ke?"

"Yang awak nak tahu ni kenapa? Bukan urusan awaklah"

"Just answer me"

"Whats wrong with you? Okay kalau awak nak sangat tahu saya tak date pun dengan doktor Qayyum tu, kami terserempak kat butik tadi. Puas?"

Fuad terdiam.

"Awak pergilah dari sini. Nanti sepupu awak tu cari awak, dah lah pandang saya macam tak puas hati je"

"Nampaknya awak masih tak ingat. Okaylah saya pergi dulu, jaga diri awak"

Aku mendiamkan diri sampailah Fuad meninggalkan aku sendirian.

"Sara are you okay?"

"Okay. Minuman pun dah sampai, minumlah doc"

"Jangan panggil saya doc just Qayyum okay. Awak bukannya patient saya lagi"

"Baiklah"

Qayyum hanya mengukirkan senyuman.

"Alamak! Saya dah lambat ni, abang saya nak pakai kereta. Sorry, saya balik dulu"

"Okay, take care"

"Bye assalammualaikum"

"Waalaikumsalam Sara"

Aku bergegas keluar dari mall. Perjanjian aku hanya jalan dalam dua jam ni dah lebih dua jam. Habislah aku kena bebel oleh abang Khai tadi.

"Sara wait"

"Ya Allah awak nak apa lagi ni Fuad? Saya nak kena balik sekarang ni"

"Saya nak bagitahu awak something. Important thing"

"Okay but not now. I have to go abang saya nak pakai kereta ni. Owh ya betul ke awak belikan saya kereta?"

"Yes sempena birthday awak. Awak dah ingat?"

"No abang Khai bagitahu saya. Okaylah saya nak balik"

Aku masuk ke dalam kereta dan terus memandu balik ke rumah

🌼🌼🌼
Please vote
Please vote
⭐⭐⭐⭐⭐

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now