BAB 31

4.4K 151 1
                                    

"Assalammualaikum Fuad?"

"Waalaikumsalam. Awak dah sampai ke?"

"Ya saya kat lobi ni. Awak kat mana?"

"Kat dalam office. Boleh tak awak naik sendiri?"

"Lah..."

"Please saya tak boleh turun sekarang ni. Saya dalam meeting"

"Kalau macam tu takpa lah saya tunggu kat lobi je"

"Naik je lah tingkat 12 okay?"

"Seganlah saya"

"Apa nak disegankan sayang? Please?"

"Eh cikgu Sara?"

Aku menoleh ke sisi.

"Sayang siapa tu?", soal Fuad dalam talian.

"Nanti saya call awak balik okay?"

Aku mematikan panggilan.

"Akmal kan?"

"Ya saya. Cikgu buat apa kat sini?"

"Jumpa someone. Awak pula?"

"Saya ada urusan kat sini tadi"

"Kerja kat sini ke?"

"Taklah. Saya jadi wakil syarikat tempat saya kerja, ada urusan business dengan syarikat ni"

"Owh macam tu"

"Awak dah jumpa someone tu ke?"

"Belum lagi, kejap lagi dia sampai"

Fuad datang menghampiri kami. Ingatkan tak nak turun tadi.

"Eh encik Akmal, ada urusan lain lagi ke kat sini?", sapa Fuad.

"Tak, saya just tegur cikgu Sara ni"

"Owh. Hmm sayang kenapa tak naik tadi?"

"Saya baru je nak naik tadi", jawabku.

"Cikgu Sara kenal encik Fuad ke?", soal Akmal.

"Ya, dialah orang yang saya nak jumpa tadi"

"Owh. Saya pergi dulu", pamit Akmal.

Aku mengangguk.

Aku menoleh ke arah Fuad, dia mengangkat kening.

"Apa? Saya dengan Akmal tu takda apalah. Just kenal macam tu je"

"Saya jealous tau, awak matikan call tadi sebab dia"

"Saya takda niat pun nak buat awak terasa, yelah dia tegur saya baik so saya tegurlah dia balik. Dah lah, jom makan. Nanti makanan ni sejuk pula"

"Dia tak tahu ke saya ni boyfreind awak?"

"Tak kot. Kenapa?"

"Nanti bagitahu dia tak pun kalau saya meeting dengan dia lagi saya infom kat dia awak ni buah hati saya"

"Apa awak ni? Nanti apa pula dia cakap. Lagipun dia tu dah ada anak, mesti dah ada isteri. Lupakan je pasal dia erh?"

Fuad diamkan diri.

"Dah lah. Jom?"

Kami naik ke pejabatnya.

"Kenapa awak diam je ni?"

"Takda apa"

Dia meneruskan suapan makanan yang aku bawa.

"Janganlah macam ni. Mesti ada apa-apa ni, kalau tak awak takkan diam macam ni. Selalunya awaklah yang banyak celoteh"

"Takda apa. Just eat"

"Kalau awak tak nak cakap, saya nak balik dululah. Bosan asyik saya je syok bercakap kat sini"

Aku mencapai handbagku.

"Sayang janganlah macam ni"

Lenganku yang berlapik kain disentuh menyebabkan aku tidak jadi hendak berdiri.

"Dah awak diam je dari tadi, buat apa saya kat sini lagi kan?"

"Okay sorry. Saya fikirkan Akmal"

"Kenapa dengan dia pula? Janganlah fikir bukan-bukan, dia bukannya suka saya pun"

"No. Saya boleh nampak dia sukakan awak"

"Hish takkan lah! Dia dah ada family kot"

"Actually dia duda. Dia dah bercerai dan anak tu dalam jagaan dia"

"Betul ke?"

"Yes. Syarikat tempat dia bekerja tu kan rakan bussines syarikat ni so saya tahulah. Sebab tu saya risau kalau dia nak dekat dengan awak sebab dia bukan suami orang dah pun"

"Tak kisahlah dia duda ke sukakan saya ke asalkan dia tak kacau hubungan kita. Saya pula takkan sesekali biarkan dia rapat dengan saya. Jangan risau, saya akan berhati-hati bila terjumpa dia"

"Saya yakin dengan awak cuma saya risau Akmal tu buat benda yang boleh buat awak tinggalkan saya ke apa. Kita tak tahu kan?"

"Insyallah dia takkan buat macam tu. Don't worry okay?"

Fuad mengangguk.

*****

"Hai cikgu Sara"

"Hai Akmal. Datang ambil anak awak ke?"

"Ya dan kebetulan nampak awak tu yang saya tegur tu"

"Owh"

"Awak dah nak balik ke?"

"Ya sebab ada hal nak settlekan"

"Sebelum tu boleh saya tanya sesuatu? Hal peribadi"

"Hmm okay. Tanyalah"

"Awak girlfreind encik Fuad ke?"

"Yes, dia boyfreind saya dan tak lama lagi kami akan kahwin"

Akmal kelihatan kecewa.

"Kenapa awak tanya soalan tu?"

"Tak saja tanya sebab saya nampak awak selalu ada dengan dia"

"Owh betullah tu. Okaylah Akmal saya nak balik ni ada hal. Maaf"

Aku masuk ke dalam kereta tapi kasut tumit tinggiku tiba-tiba tumitnya terpatah menyebabkan aku jatuh ke kiri.

"Eh"

Akmal dengan pantas menyambut aku agar tidak terjatuh. Aku cepat-cepat menstabil diri.

"Awak okay? Kaki awak?"

"Err okay tak sakit pun. Kasut je mahal tapi baru pakai dah tercabut", omelku sambil melihat kasutku yang sudah tidak bertumit sebelah.

"Terima kasih tolong saya tadi kalau tak saya dah terjatuh atas tar ni tadi"

"Sama-sama, kaki awak okay ke? Terseliuh ke apa ke?", soalnya lagi.

"Kaki saya okay. Saya balik dulu ya"

"Owh okay take care  Saya pun nak balik. Bye"

Aku mengangguk lalu masuk ke dalam kereta.

Aku membuka kasutku lalu menyarungkan selipar. Buku lali kaki kiriku cuba aku tekan.

"Auch! Tadi tak sakit pun"

Aku membelek kakiku yang sedikit bengkak.

"Terseliuh ke?"

Aku mengeluh kesakitkan. Aku terus balik ke rumah nak sapukan minyak gamat.

🌼🌼🌼
Please vote klu readers suka part ni⭐⭐

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now