"Hello Sara?"
"Ya Qayyum ada apa?"
"Tolong saya Sara..."
"Why? Awak kenapa ni?"
"Saya sakit, tak tahan. Tolong saya..."
Nafasnya kedengaran tercungap-cungap.
"Okay awak kat mana sekarang ni?"
"Kat rumah, please datang"
"Okay send alamat rumah awak, cepat tau"
Panggilan dimatikan dan tidak lama kemudian Qayyum menghantar alamat rumahnya.
Aku bergegas ke sana.
Tanpa membuang masa aku keluar dan masuk ke unit kondominium itu. Aku mencari kondo Qayyum seperti yang dia hantar tadi.
Loceng aku tekan berkali-kali.
"Assalammualaikum. Qayyum?"
Aku melihat pagar tidak berkunci membuatkan aku dapat masuk.
"Qayyum? Awak kat dalam ke?"
Tombol pintu aku pulas dan tidak berkunci. Aku masuk ke dalam kondonya yang sunyi.
"Qayyum? Saya sampai ni. Mana awak?"
Aku mencari dia di ruang tamu.
Kedengaran pintu dikunci dan aku pantas menoleh ke belakang.
"Qayyum?"
Qayyum melepaskan tombol pintu, sah dia yang kunci tadi.
"Thanks sebab datang"
"Awak cakap awak sakit, jom saya bawa ke hospital"
Aku sudah tidak sedap hati.
"Sorry saya tipu awak sebab nak awak datang sini"
"Apa awak cuba nak buat ni?"
Aku melangkah ke belakang dan Qayyum cuba menghampiriku.
"Qayyum?"
"You know what, saya dah lama geram dengan awak ni. Setiap kali nak dekat dengan awak mesti ada halangan but this time saya akan dapatkan awak"
"Apa ni Qayyum? Please jangan dekat"
Aku mencapai telefonku dari kocek belakang seluar. Aku menjeling ke arah telefonku dan tekan nombor 1 lama. Aku harap sangat aku ada set nombor 1 untuk mendail nombor seseorang dengan pantas.
"Saya dah lama perhatikan awak sejak dari pertama kali kita jumpa sebab apa? Sebab saya nak rasa awak kali ni pula"
"Apa maksud awak?"
"Sebelum kita mulakan 'aktiviti' kita kejap lagi, saya nak bagitahu awak kebenarannya yang saya ni bukanlah sebaik yang awak sangka"
Aku menelan air liur. Teringat amaran Fuad dan abang Khai pasal Qayyum.
Tanganku ditarik untuk mendekatinya.
"Lepaskan saya Qayyum!"
"Kali ni tak. Aku dah lama tahan dan hari ni aku dapatkan kau"
"Kau siapa sebenarnya!"
Aku ditarik lalu ditolak ke atas sofa.
"Jangan apa-apakan aku"
Badanku ditindih dan tanganku dikunci. Aku merontah-rontah untuk melepaskan diri.
"Aku dah lama perhatikan kau, kau ingat pertemuan kita kat luar selama ni kebetulan ke? Kerap sangatkan kebetulan. Aku ikut kau tanpa kau sedar semuanya untuk dekat dengan kau supaya kau percayakan aku tapi lama sangat. Inilah caranya untuk aku dapatkan kau. Aku dah muak main dengan pelacur kat pub tu kali ni aku nak rasa perempuan macam kau"
![](https://img.wattpad.com/cover/186594351-288-k921839.jpg)
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomanceNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...