BAB 23

5.3K 177 1
                                    

"Assalammualaikum mummy"

Aku tunduk menyalam tangannya.

"Waalaikumsalam Sara", jawab Datin Fazrina lalu memberikan senyuman.

Hari ni hari sabtu, aku datang menjenguk dia dan Mak Munah.

"Mummy sihat?"

"Sihat alhamdulillah. Sara duduk dulu, mummy nak minta mak Munah siapkan air"

"Eh tak pa mummy"

"Betul ni?"

Aku mengangguk yakin.

"Fuad ada kat atas tu"

"Owh, Sara tak bagitahu dia Sara datang hari ni"

"Patutlah tak turun-turun. Mama dan papa Sara sihat?"

"Sihat, mereka kirim salam"

Datin Fazrina menjawab salam mama dan papa.

"Mama pesan, kalau ada masa mummy datanglah rumah"

"Yelah nanti mummy datang"

Aku mengangguk.

Mummy tidak pernah lagi datang ke rumah jumpa mama dan papa sejak aku dan Fuad bercinta.

"Macam mana kerja Sara?"

"Semuanya okay mummy"

"Baguslah kalau macam tu"

"Mummy borak dengan siapa tu?", kedengaran suara Fuad.

"Dengan bakal menantu mummy lah"

"Who? Sara?"

Aku berdiri lalu tersengih.

Fuad memandang aku tajam.

"Korang boraklah dulu. Mummy nak naik atas kejap lagi mummy turun balik"

"Okay mummy"

Fuad duduk di hadapanku.

"Kenapa tak bagitahu saya awak datang sini hari ni? Semalam on call tak cakap apapun"

"Saja tak nak bagitahu"

"Nasib baik saya dah pakai baju turun tadi", usiknya.

"Awak ni tak senonohlah!"

Fuad ketawa suka kenakan aku.

"I miss you Sara"

"Miss me? Bukan ke dalam seminggu kita jumpa 3 hingga 4 kali? Call pun everyday"

"Entahlah, bila saya sendiri saya mula rindukan awak. Saya nak awak ada je depan mata saya"

"Awak ni mengadah erh?"

Fuad tersenyum nipis.

"Awak datang sini naik apa?"

"Saya pinjam kereta papa"

"Owh, Khai ada kat rumah ke sekarang ni?"

"Ya, kawan awak tu suka duduk kat rumah time cuti macam ni"

"Same with me"

"Yeke?"

"Yes! Saya suka duduk kat rumah berbanding keluar enjoy ke lepak"

"Good boy"

"Sebab saya nak latih diri stay kat rumah supaya boleh temankan awak bila kita dah kahwin nanti"

Aku tersenyum.

"Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam"

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now