BAB 33

4.3K 153 2
                                    

Lima bulan kemudian.

Hari ni adalah hari pertunanganku dengan Fuad. Alhamdulillah akhirnya aku terbuka hati untuk pertunangan ini setelah mengenali Fuad dalam masa 4 bulan.

"Terima kasih menerima lamaran saya", ucap Fuad setelah majlis pertunangan sudah selesai dalam beberapa minit yang lalu.

Aku mengangguk saja.

"Cantik awak berhijab"

Aku memegang hujung shawl yang terlilit elok dikepalaku. Pemakaianku untuk pertunangan ini menyebabkan aku memakai tudung.

"Ye ke?"

"Yes more beautiful dan nampak ayu lebih"

Aku ketawa.

"Kebetulan saya lepas ni memang nak pakai tudung. Alhamdulillah hidayah Allah dah bagi untuk saya menutup aurat kepala pula"

"Alhamdulillah semoga istiqamah"

"Insyallah. Nanti temankan saya beli tudung?"

"Boleh sangat"

Aku mengukirkan senyuman.

"Kompang dipalu pengantin baru", abang Khai muncul mengusik.

"Takda siapa kahwin kat sini bang", kataku sambil buat muka menyampah.

"Tak, abang nak nyanyikan supaya korang cepat-cepat naik pelamin"

"Thanks abang", kata Fuad sambil memeluk abang Khai.

"Amboi baru sekarang erh kau panggil aku abang"

Fuad ketawa. Aku hanya tersenyum melihat teletah mereka.

"Korang dah bertunang so dugaan pun macam-macam. Kalau ada masalah selesaikan dengan matang", nasihat abang Khai.

Aku dan Fuad pula mengangguk faham.

*****

Aku dan Fuad jalan beriringan menyeberang jalan untuk melintas ke lot parkir kereta.

Kami baru saja selesai berjalan membeli belah.

Pin tudungku terjatuh menyebabkan aku berhenti untuk mengutipnya.

"Awak pergi dulu"

"Okay saya tunggu kat sana"

Aku mencari pin tudungku yang berharga bagi aku itu sebab Fuad yang belikan.

"Tu pun!"

Aku duduk mengutipnya lalu menoleh ke sisi, kereta berjalan menuju ke arah aku.

"Sara!"

Fuad berlari untuk mendapatkan aku.

Bum!

Aku terbaring, pandanganku ke langit agak pudar.

"Sara? Please sedar sayang"

Aku didukung oleh Fuad menuju ke kereta untuk dibawa ke hospital.

"Sara don't leave. Kita dah nak sampai hospital ni"

Terasa basah di bahagian kepalaku sehingga aku tidak nampak apa-apa lagi.

Aku dibawa ke dalam bilik rawatan.

"Hello mama"

"Ya Fuad kenapa macam panik je ni?"

"Sara ma. Dia kena langgar, dia dalam bilik rawatan sekarang ni"

"Ya Allah! Mama datang sekarang"

Fuad duduk di kerusi yang disediakan sambil meraup mukanya.

"Kalaulah aku tunggu Sara tadi", gumamnya.

"Fuad"

Fuad berdiri.

"Sara kenapa?", soal papa.

"Tadi masa nak melintas, pin Sara jatuh dia nak kutip dan suruh saya tunggu kat kereta. Tiba-tiba ada kereta langgar dia"

"Ya Allah. Anak kita abang", kata mama sambil memeluk papa.

"Sabar. Insyallah Sara okay. Duduk dulu"

Abang Khai menepuk bahu Fuad tanda kuatkan semangat.

"Kalaulah aku tunggu Sara ambil pin tudung dia tadi, aku boleh selamatkan dia daripada kena langgad"

"Kau tak boleh cakap macam tu, semua takdir Fuad"

"Aku risau Khai, dia macam lemah sangat tadi"

"Kita doakan semoga Sara okay. Kau jangan salahkan diri kau"

Mereka menunggu agak lama dalam dua jam. Kemudian doktor yang merawat aku itu keluar.

"Siapa keluarga cik Nur Khaisara?"

"Kami doktor", kata papa.

"Macam mana keadaan dia?", tanya Fuad.

"Dia mengalami hentakan kuat dibahagian kepala menyebabkan ada sedikit darah beku. Kami pun sudah berjaya mengeluarkanannya tapi sekarang ni dia masih dalam keadaan lemah"

"Anak saya okay ke doktor?"

"Kemungkinan besar dia koma"

Mereka semua tergamam.

"Apa-apapun kita tunggu saja. Cuma keadaannya sekarang ni tidak stabil lagi"

"Boleh kami tengok dia?"

"Ya selepas dia dipindahkan ke wad biasa"

Selepas doktor beredar, mama menangis lagi.

"Saya risau Sara koma abang. Anak kita abang"

"Ya saya pun risau. Tapi kita tunggu dulu keadaan Sara macam mana nanti", pujuk papa.

"Siapa langgar dia?", soal abang Khai.

"Aku tak tahu dan tak sempat tengok kereta tu sebab aku risaukan Sara je masa itu"

"Kita tunggu je mana tahu orang tu muncul kalau tak aku report polis sebab kes ni langgar lari"

Fuad ligat berfikir dan mula merancang sesuatu.

🌼🌼🌼
Macam mana dengan keadaan Sara? Klu nak tahu baca bab seterusnya. Owh ya jgn lupa vote tau

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now