BAB 12

7.6K 261 0
                                    

Sedang aku leka berjalan menyusuri di lorong pejalan kaki dan tiba-tiba...

Debukk!

Aku dilanggar oleh seseorang sehingga aku jatuh terduduk.

Adui punggung aku! Sakitnya, retak tak tulang ni?

Siapa pula langgar aku ni? Aku punyalah besar ni takkan tak nampak kot?

"Oh my God, I'm so sorry miss"

Dia membantu aku untuk berdiri semula.

"Its okay, I'm okay", jawabku.

"Malaysian? Sara right?"

"Yes... Why?"

"Hey tak kenal saya ke?"

"Who are you?"

"Mesti awak dah lupa, its me your freind masa sekolah menengah. Haikal"

"Haikal?", aku bertanya sambil berfikir.

"Mesti awak dah tak ingat, Haikal yang selalu kena buli sebab lurus bendul, skema and chubby"

"Sorry saya tak ingat"

"Awak pernah tolong saya sekali masa tu ada orang nak buli dan pukul saya. Kat belakang sekolah. Remember it?"

"Owh awak ke?! Ya Allah maaf saya dah tak ingat. Awak pun dah berubah sekarang"

"Well sebab selalu kena bulilah saya nekad nak berubah lepas SPM"

"Good... And now awak dah tak boleh kena buli lagi"

"Yes"

Haikal sekarang sudah banyak berubah, lebih kacak dah matang berbanding dulu. Badan yang sedikit gempal kini agak sado. Kaca matanya sudah hilang yang dulu sentiasa tersangkut dibatang hidungnya. 99% changed!

"So awak buat apa kat sini Sara?"

"Tak sangka awak masih ingat sayakan? Saya saja je kat sini, holiday"

"Mestilah saya ingat awak, awak the one and only perempuan yang pernah tolong saya"

Aku membalas dengan senyuman.

"Awak pula buat apa kat Paris?"

"Saja stay sini, kerja"

"Owhh nice... Kerja apa?"

"Kerja kat syarikat biasa aje"

"Owh ye ke?"

"Boleh saya ajak awak pergi minum?"

"Boleh saya pun nak pergi cari kedai untuk minum juga ni"

"Okay good, saya bawa awak ke tempat yang selalu saya pergi"

Aku mengangkat kening.

"Buang fikirkan yamg bukan-bukan tu Sara, its not pub atau seangkatan dengannya. Kedai kopi"

Aku ketawa kecil.

"Saya gurau je lah. Jom!"

"Silakan"

Kami menuju ke sebuah kedai kopi yang agak klasik.

"Have a sit", pelawa Haikal.

"Nice place", komenku

"Sebab tu saya suka datang sini, klasik sangat. Dan saya memang jenis yang sukakan benda klasik macam ni"

Kami melayan kopi masing-masing.

"Awak tak banyak berubahkan Sara?"

"Well... Saya jenis yang tak suka ubah diri but kalau ada attitude yang tak berapa baik tu sudah semestinya kena ubah jadi baikkan"

"Ya... Tapi diri awak, penampilan awak still same cuma nampak agak matang sikit"

"Finally! Awak orang pertama cakap saya matang walaupun sikit"

"Why?"

"Ramai cakap saya tak matang, still like a kid. Saya pun tak tahu tang mana macam budak-budak tu"

"Maybe sifat awak"

"Ya mungkin... So awak tak kerja ke hari ni?"

"Kerja cuma saya ambil half day sebab ada urusan peribadi tadi"

"Nak kahwin ke?"

Haikal ketawa. Alahai mamat ni!

"Takdah maknanya nak kahwin. Girlfreind pun takdah lagi"

"Yelah tu takda"

"Ya betul single and available sebab saya tunggu someone sebenarnya"

"Wow! Dah confes ke belum?"

"Not yet, takut tak diterima"

"Awak kenalah jujur dengan dia, terima or not itu belakang cerita. Perasaan tu kena luah baru awak rasa lega"

"Thank you Sara, nanti saya fikirkan ya"

"Okay, jangan sampai terlambat"

"Insyallah, I will get her"

Kami berbual dan perbualan lebih kepada zaman persekolahan. Aku dan Haikal mengimbas kenangan lama itu.

🌼🌼🌼
Hi readers❤❤ klu suka dgn cerita ni please vote ya

SAYA CINTA KAMU✔Where stories live. Discover now