Aku menaiki teksi untuk mencari hotel di sekitar kota Paris itu. Lagi best kalau tempah hotel yang dekat-dekat kat bandar tu boleh jalan-jalan.
"Thank you", ucapku kepada pemandu teksi yang menbantu aku mengeluarkan luggageku dari bonet kereta.
Beberapa helai duit tambang teksi aku berikan dalam nilai mata wang Paris, Euro.
"You're welcome", jawabnya.
Mujurlah pemandu teksi itu faham dan tahu berbahasa Inggeris.
Aku menarik luggageku lalu masuk untuk check-in ke dalam hotel yang gah dan eksklusif itu.
Aku menghempaskan badanku ditilam empuk itu. Aku selesa sekali!
"Alamak belum solat maghrib lagi"
Aku bingkas bangun dari baring lalu menyelongkar luggage mengeluarkan baju.
"Hmmm segarnya"
Aku mengeringkan rambut paras bahuku setelah selesai saja menunaikan solat fardhu.
Aku mengemas pakaianku ke dalam almari yang disediakan di dalam bilik hotel. Mujur seterika sudah disediakan jadi tak perlulah aku susah-susah menelefon pihak servis hotel ni.
Aku meniarap di atas tilam lalu membuat panggilan video dengan mama.
"Mama! Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam, dah sampai ke tu?"
"Dah, Sara tengah rehat kat dalam bilik hotel ni"
"Jaga diri kat situ, apa-apa call abang Khairi. Insyallah dia boleh handle"
"Okay mama jangan risau okay"
"Enjoylah kat tempat idaman Sara tu tapi jangan buat hal ya"
"Okay mama, Sara just jalan-jalan tengok pemandangan aje tak buat benda lain pun"
"Mama percaya Sara"
"Thank you mama. Papa mana?"
"Macam biasalah, kat dalam bilik kerja dia. Ada kerja katanya"
"Owh... Abang Khairi?"
"Tengah tidur kut"
"Abang tu asyik buat tahi mata je"
"Macam tak biasa dengan abang tu. Sara kuat makan, abang pula kuat tidur. Dua kali lima je"
Aku ketawa. Benar sangat!
*****
Aku mengunyah roti sandwich dengan secawan kopi sebagai sarapan pagi hari pertama aku di sini.
Aku rasa nak pusing-pusing dululah nak tengok-tengok tempat yang dekat dan menarik di sekitar Paris.
Aku memakai jaket tebal dan selendang dililit di bahagian leher sebab sekarang cuaca agak dingin. Aku yang cepat sensetif ni lebih baik pakai tebal-tebal kalau tak memang akan dapat selsema nanti.
Lokasi pertama yang akan aku pergi di Paris ni ialah Le Jardin des Serres d'Auteuil. Ia adalah sebuah taman yang mempunyai pemandangan yang menarik.
Masuk saja dalam taman itu, aku melihat rumah kaca yang unik dan menarik.
Sambil menghayati keunikannya tanganku juga lincah mengambil gambar melalui kamera Canon yang tergantung di leherku.
Selepas itu aku menuju ke sebuah air pancut di taman ini. Hari ni tidak berapa ramai sangat pengunjung datang ke taman ini.
Yang paling menarik ialah pemandangan bunga anggerik dalam taman ini.
Di sini aku sempat meminta pertolongan seorang pengunjung untuk mengambil gambarku. Gambarku yang berlatar belakangkan bunga anggerik ini begitu cantik!
Selepas bersiar-siar di taman ini, aku mengambil teksi menuju ke sebuah tempat yang menjual barangan antik.
Porte de Clignancourt merupakan sebuah pasar yang menjual barangan antik.
Aku menyusuri pasar tersebut sambil melihat barangan antik yang dijual oleh peniaga di kiri dan kanan.
Barangan di sini begitu murah dan hari ni keadaan pasar begitu sesak oleh pengunjung menyebabkan aku tidak ada mood hendak membeli barangan tersebut.
Keadaan yang agak sesak dengan pengunjung itu menyukarkan aku hendak meninjau barangan antik tersebut.
Setelah itu aku mengambil keputusan untuk balik semula ke hotel penginapanku.
"Arghh penatnya!"
Aku membuka jaketku lalu baring di atas tilam untuk merehatkan diri.
Penatnya! Bayangkan baru dua destinasi aku sudah kepenatan sedangkan dalam rancanganku banyak lagi destinasi yang aku kunjungi.
Aku melelapkan mata cuba untuk tidur sebentar.
🌼🌼🌼
Sorry jika ada ksilapan dlm part ni. Kalau ada silap please comment💬
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomanceNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...