Aku mendengar dengan tekun arahan datin Fazrina dan apa yan kena aku lalukan sepanjang aku menjaga anaknya.
"Awak faham?"
"Faham datin"
"Kalau nak minta tolong, panggil mak Munah"
"Baiklah datin"
"Bilik awak sebelah bilik mak Munah tingkat dua. Pastikan awak ke tingkat 3 untuk asuh anak saya saja"
"Baik datin, jangan risau saya takkan usik apa-apa"
"Bagus. Awak kemas dulu barang awak dalam bilik dan rehat. Esok awak start kerja"
"Baik datin. Terima kasih"
Aku mengangkat luggageku dan naik ke tingkat dua.
Anak datin Fazrina namanya Fuad Hakimi, berumur 27 tahun. Sebab apa dia koma itu aku tidak tahu sebab datin pun tidak bagitahu detail pasal anaknya.
Aku melihat sekeliling bilik, okaylah daripada tiada. Ada katil dan tilam saiz sederhana, ada almari dan meja solek. Bilik air? Terpaksalah turun ke bawah, menggunakan bilik air di bahagian dapur.
Aku memasukan pakaian ku ke dalam almari, dan barang wanitaku aku susun rapi di atas meja solek dan barang wanita yang privasi di dalam laci.
Al-Quran dan buku surah Yasin aku letak di atas meja sebelah katil.
Semogalah aku dapat handle encik Fuad yang dalam keadaan koma itu.
*****
Awal pagi lagi aku sudah bangun dan membantuk mak Munah di dapur.
"Sara"
"Ya datin?"
"Mari ikut saya"
Aku mengekorinya menuju ke tingkat tiga dan masuk ke dalam sebuah bilik yang besar.
"Ini anak datin ke? Encik Fuad?"
"Ya ini anak saya, yang awak akan jaga"
Aku mengangguk. Hmm kacak!
"Dia dah lama koma hampir dekat setahun di hospital tapi masih tiada berubahan. Saya ambil keputusan untuk jaga dia saja di rumah dan setiap bulan doktor akan datang rawat dia"
"Boleh saya tahu kenapa encik Fuad koma?"
"Fuad koma sebab kemalangan tahun lalu, saya ingatkan dia koma sampai beberapa bulan saja tapi sudah setahun"
"Owh, Insyallah datin saya akan jaga dia dengan baik"
"Terima kasih Sara, kalau nak harapkan mak Munah dia sudah tua dan saya pula kena keluar dari Malaysia ni ada urusan selama lima bulan"
Aku mengangguk faham.
"Awak tahukan apa awak kena buat?"
"Tahu datin"
"Saya tahu awak perempuan so agak mencabar jaga seorang lelaki yang bukan saudara awak. Memandangkan awak bersungguh-sungguh saya percayakan awak"
"Terima kasih datin"
"Lepas awak sarapan, awak boleh jalankan tugas awak"
"Baik datin"
Selesai sarapan, aku bawa sebesen air bersih dan tuala kecil.
Aku melangkah masuk mendekati katil yang menempatkan encik Fuad.
Aku memang sedia dengan sarung tangan yang tersarung dikedua-dua tanganku.
"Assalammualaikum encik Fuad, saya Sara akan jaga encik mulai hari ni untuk gantikan datin. Maaf ya kalau saya tersakiti encik Fuad"
Aku memeras tuala lalu mengelap mukanya yang bersih dan pucat itu. Dahi yang kecil, hidung yang mancung dan bibir merahnya. Lehernya aku lap, lengan dan beralih ke tubuh badannya.
Aku menarik dan menghembus nafas.
"Bismillah"
Aku membuka dan menanggalkan bajunya, mujur baju berbutang di hadapan membuatkan kerjaku mudah. Bahagian tubuh badannya yang terdedah itu aku lap perlahan.
Aku melihat kain pelikatnya.
"Macam mana ni?"
Baru kau rasa susahkan Sara? Dia lelaki!
"Maaf ya encik Fuad, saya nak buka kain encik ni"
Dengan mata tertutup aku memasukkan tanganku untuk menanggalkan boxernya dan menyarungkan boxer baru.
Pekerjaan yang dilakukan dengan menutup mata sangatlah susah.
Aku mengelap peluh didahi dengan lengan.
"Okay encik selesai!"
Aku memakaikan baju bersih dan mengemaskan kain pelikat yang tersarung. Bahagian betis dan kakinya aku lap.
"Okay encik semua sudah selesai. Encik tunggu sini tau saya nak keluar hantar besen ni"
Aku masuk semula untuk merapikan keadaannya. Rambut yang lembab itu aku keringkan dan sapukan sedikit gel rambut.
"Jambang encik ni dah tebal, saya cukur sikit erh? Baru nampak kemas"
Aku tekun mencukur jambangnya dan sejemput janggut didagunya.
"Saya nak bedakkan encik ni, barulah wangi"
Macam main patung-patung je aku ni.
"Okay encik dah siap mandi, dah wangi dan kacak. Sekarang ni saya nak ambil wuduk sekejap"
Aku ambil air wuduk dan menyarungkan tudung. Aku mengalunkan bacaan yasin supaya dengan izin dan pertolongan Allah encik Fuad ni sembuh.
"Lepas ni saya nak bawa encik bercerita pasal diri saya. Nak tak? Encik dengar ya, saya ni dah lama menganggur, dah setahun saya menganggur. Abang sayalah punca saya terima kerja pengasuh ni walaupun bukan bidang saya tapi saya tak nak abang saya perli saya lagi"
Aku memandang encik Fuad. Dia dengar ke tak?
"Saya ada rahsia ni, encik jangan marah ya. Saya tipu datin sebenarnya sebab nak datin ambil saya bekerja. Saya cakap saya sebatang kara, dari kampung dan perlukan duit untuk sara family saya. Sebenarnya saya tipu datin, maafkan saya. Saya perlukan pekerjaan ni saya tak nak jadi penganggur terkemuka lagi dan saya tak nak dengar abang saya perli saya"
Aku menghembus nafas.
"Encik halalkan ya gaji yang saya terima untuk jaga encik ni. Family saya pun kena tipu, saya cakap saya jadi babysitter sebab saya nak berdikari macam abang saya nak. Dorang tak tahu saya jaga encik, seorang lelaki dewasa. Abang saya dah minta maaf dan lepas ni saya tak gaduh lagi dengan dia. Ini rahsia kita tau encik? Kalau encik dah bangun nanti jangan bagitahu datin tau?"
Aku ketawa kecil.
"Saya ni bukanlah hidup sebatang kara, kehidupan saya okay je. Papa saya ada syarikat dan saya tak nak kerja dengan papa sebab tak minat. Saya rela jadi pengasuh encik"
Aku tersenyum.
"Saya harap encik terima saya jadi pengasuh encik. Saya takkan buat apa-apa dengan encik. Janji"
Aku diam berfikir nak cakap apa lagi.
"Owh ya! Encik dah lama tau koma so saya doakan encik cepat sedar. Semua dah berusaha tinggal kita berdoa je dengan Allah. Encik pun berdoalah supaya Allah berikan kesembuhan"
Selepas 'berbual' dengan encik Fuad aku keluar dari biliknya untuk makan tengah hari.
🌼🌼🌼
Sya hrap uols suka dgn crita ni n please vote. Maaf jika ada kesilapan 😊
![](https://img.wattpad.com/cover/186594351-288-k921839.jpg)
YOU ARE READING
SAYA CINTA KAMU✔
RomanceNur Khaisara seorang penganggur yang sentiasa menjadi bahan usikan abangnya. Dengan itu dia nekad hendak mencari kerja apa pun asalkan halal. Tiada satupun pekerjaan yang dia dapat setelah sebulan berusaha. Antara alasannya ialah dia tiada pengalama...