Macam biasa hari cuti jugak la nak buat latihan silatnya. Selamat la Afiq ada. Bersemangatlah juga aku nak pergi.
"Awal crush kau datang?" Aina menyigung lenganku.
"Biasalah. Crush ai." Aku mengibaskan tudung.
Afiq berlari ke arahku dari kelasnya. Aku hanya tertunduk menahan malu. Senyum jangan cakap la. Tak nak turun.
"Lewatnya kau datang." Afiq berjalan beriringan di sisiku.
"Awal la ni. Tak ramai lagi kan?" Aku menjeling tetapi masih mengukir senyum.
"Kenapa adik kau datang awal?"
"Mana la aku tahu."
Setibanya di belakang dewan, aku melabuhkan punggung serentak dengan Aina dan Afiq. Suasana memang bising. Aina dah join budak junior perempuan. Biasalah, orang pakai Iphone selalu jadi perhatian.
"Wey... Nanti kalau kita kahwin kan. Kau jangan tanya kenapa aku masuk tandas lama tau?"
Mataku terus terarah ke arah Afiq. Biar betul mamat ni.
"Bodoh!" Tawaku meletus jua.
"Betul la."
*****
"Terima kasih. Kemas mat!"Harini rasa rajin pulak. So, aku dengan Aina pun tolong la kemas mat. Saat aku menolak mat menuju ke stor, Afiq turut melakukan perkara yang sama.
Usai sahaja set mat yang pertama, round two pulak. Afiq menunggu di papan.
"Wey! Tolong la aku angkat ni." Pekik Afiq tak puas hati.
"Angkat la dengan orang lain. Kenapa mesti dengan aku."
Sambil menolak mat, Afiq beriringan di sisiku.
"Pergi la angkat papan."
"Tolong la aku." Pintanya manja.
"Kenapa kau suka kacau aku? Pergi la kacau orang lain. Kacau la Aina ke orang lain ke?" Aku cuba merungkai isi hati Afiq.
"Aku tak nak kacau Aina. Dia suka marah kalau aku kacau. Aku suka kacau kau. Kau tak marah. Kau layan je aku." Sengih.
Aku tertawa. Alah! Berbunga la apa lagi.
Afiq mendahuluiku masuk ke dalam stor.
"Bak sini!" Pintanya.
Belum sempat aku menghulur...
"Letak la sendiri."
Selamba Afiq berlari keluar dengan tawa. Aku bercekak pinggang. Selamat la crush, kalau orang lain tadi kena maki saja.
"Bodoh!"
Tatkala aku keluar dari stor, aku nampak Afiq angkat papan dengan Aisyah. Mesra je. Rasa menyesal pun ada. Tapi aku tak cemburu sangat. Aku pun tak tahu kenapa.
*****
"Assalamualaikum. Morning!!" Pekikku sebaik melangkah masuk ke mahligai bahagiaku.Meski rumahku tidak.semewah orang lain, aku tetap bersyukur. Meski tidur hanya di atas lantai, dinding rumah tidak bertutup habis, bumbung yang bocor, aku dah biasa. Dah lali. Asalkan aku bahagia.
"Kaknor mana?" Soal ibu ke arahku yang sedang menyangkut tudung.
"Tak balik lagi ke? Balik dah lama dah. Acik nampak dia naik dengan kawan dia. Acik balik kenduri pun dia tak balik lagi? Melepak la kot." Desisku.
"Melepak mana?" Tiba-tiba abah bersuara.
Abah kalau bab anak keluar lepastu sesat jalan nak balik rumah, dia paling pantang dengar. Bukan kampung ni besar pun. Lagi-lagi adik aku tu. Kalau melepak lupa dunia. Biasalah, tak matang lagi. Aku pun tak matang, tetapi lebih matang okay!
"Rumah Athirah kot. Tak pun rumah Fatin. Nanti balik la tu. Kalau tak balik, nak kena gi beli topup pulak la nak whatsapp location rumah. Sesat dah kot." selamba.
"Ibu masak apa?" Aku membelek periuk di dapur.
"Tu gulai ikan ada. Sayur ada. Ikan goreng ada. Tengok la atas tu. Makan la."
"Kenyang lagi. Pergi kenduri tadi. Tapi tak sedap sangat." Pulak!
"Rumah siapa?"
"Entah! Tapi jalan keembong. Rumah sebelah Haji Lazim. Kahwin dengan tentera."
"Haji Lazim mana hang ni." Tertawa ibu.
Dah aku tertengok nama pemilik rumah sebelah tu. Sebut ajelah Haji Lazim. Biarpun dah enam belas tahun hidup dekat Padang Piol ni, aku masih tak kenal nama pakcik makcik dekat sini. Yang terdekat tu tau la. Yang terjauh tu. Hampeh!
Tiba-tiba terdengar bunyi motosikal seseorang di luar rumah.
"La.. baru nak hantar location tadi. Ingat dah sesat." Selamba aku menyindir Syahirah.
"Kau pasal? Suka sangat cari pasal dengan orang." Tengking Syahirah.
Aku hanya tertawa. Aku tak tahu kenapa kalau Syahirah membuliku, aku hanya mengilaikan tawa. Bukan membalas balik. Walaupun menarik rambut atau memukul, aku tetap ketawa.
"Pi mana?" Soal abah sebaik Syahirah melangkah ke dapur rumah.
"Alah! Orang pergi rumah kawan kaknor la. Orang buat kerja." Jelasnya.
"Kerja apa?"
"Kerja sekolah la. Kalau acik balik lewat tak marah pulak." Jelingnya tak puas hati.
"Eh! Aku balik lewat buat kerja rumah. Kau balik lewat buat kerja belajar buat video jiwang tu." Bidasku.
Sesuka hati membidas sebegitu. Pantang aku dipersalahkan sebegitu.
"Hey si boroi!" Aku memeluk adik bongsuku dari arah belakang. Rontaannya aku abaiakn.
"Bodoh! Sakitlah." Tangisnya berderai.
"Mengada! Mengada!" Aku mencuit pipinya berkali-kali.
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...