"Kan betul cakap aku. Kau yang kahwin dulu." Aliya tertawa.
"Sorry sikit! Syiqin dulu baru aku. Kau bila?" Aku menjeling.
Boleh pula dibalas tawa. Dia ni buat aku berfikiran negatif. Gila ke apa minah ni?
"Mereng ae? Student kau hantar assigment tak betul ae?" Aku mencebikkan bibir.
"Bukan la. Aku InsyaAllah... Kalau ada jodoh. Nanti aku jemput la."
"Tak jemput, aku tonyoh muka dekat buah kelapa sawit yang dah rosak tu. Dah la.. gerak lu. Thanks tau!" Senyum.
Tak tahu pula Aliya sanggup masak untukku. Sengaja kelmarin hari aku bergurau, meminta Aliya memasakkan aku makanan barat. Tahu-tahu, hari ini sudah siap. Untung!
"Okay! Nanti masak untuk aku pula."
"Okay! Bye!" Aku menyalam tangan Aliya. Sengaja bergurau dengannya.
"Ambil barang ke buat barang?" Afiq tersengih memandangku.
"Pos barang! Dah la. Jom!"
*****
Afiq melencongkan tayar kereta memasuki stesen minyak. Enjin dimatikan di tempat parkir. Matanya terpejam."Kenapa? Bukan tadi dah isi minyak? Kenapa parkir sini?" Aku mula keliru.
Sudah la tadi lama aku menunggu Afiq usai melepaskan hajat. Kini tak akan mahu tidur pula?
Belum sempat aku menyoal untuk kali kedua, Afiq sudah berlari keluar kereta menuju ke tempat berumput. Dia muntah!
"Fiq!" Aku mendekati Afiq.
*****
"Nah! Makan dua biji. Lepastu tidur la. Nanti dah sampai, aku gerak. Esok kita pergi klinik kalau tak sihat lagi." Pesanku sebelum menghidupkan enjin kereta."Nanti sayang sorang. Boleh?"
"Radio ada la. Dah la. Get your rest." Aku mengusap rambut Afiq.
*****
"Sayang..." Meleret panggilannya."Kenapa pulak? Sakit lagi ke?" Aku memandang Afiq simpati. Dari tadi dia duduk depan meja solek. Entah apa dia buat.
"Tak larat jalan ni. Tolong la. Dah tak terdaya sangat dah ni. Tengok ni! Lutut dah ketar dah." Afiq menunjukkan kakinya yang terketar-ketar. Aku menderaikan tawa.
Benarlah orang kata, lelaki kalau sakit, mengalahkan budak. Manja minta kaki ni.
"Kau ni mengada la. Aku yang tua, kau dah terketar. Betul umur tak ni?" Aku memapah Afiq menuju ke katil.
Dalam bebelku, aku masih prihatin. Walaupun, orang tu benci aku, InsyaAllah aku tolong.
"Mawar..."
"Ya..."
"Dodoikan. Cepat la." Rayu Afiq dengan suara lemahnya. Kalau kau bukan suami aku, aku lanyak dah. Menja celah mana merasuk dia ni?
Aku akur sahaja. Afiq meletakkan kepalanya di atas pehaku. Tangan kananku menepuk dadanya. Tangan kiriku memegang telefon pintar. Alunan selawat dan zikir didendangkan khas buat si suami. Ada gaya nak jadi ibu tak? Hehehe....
Aku terjaga dari lena saat terdengar seseorang berlari. Jam di telefon dikerling. Tiga suku pagi. Mataku mengecil saat melihay kamar mandi yang bercahaya.
"Afiq?"
Saat jejaka itu keluar, aku terus mendapatkan tubuhnya.
"Badan kau panas ni. Kau ni kenapa ni? Lain macam aje aku tengok." Aku mula risau. Tak tentu arah dah ni. Sedangkan Fatihah sakit pun aku dah gelabah. Inikan suami aku.
"Demam rindu sayang kot." Senyum pucatnya terukir.
"Boleh pula gurau. Serius ni. Aku risau tau." Aku mengusap kepala Afiq.
"Ah! Tak ada apalah. Biasa la. Kejutan budaya." Sengih.
"Kejutan budaya apa ke jadah? Tunggu sini. Aku ambil kain dengan air."
*****
Aku meletakkan sehelai kain lembap yang dilipat ke atas dahi Afiq. Sempat aku menjelum tubuhnya tadi."Esok aku nak kita pergi klinik. No metter what happen, we have. No excuse!" Aku menjeling.
"Ya..."
"Kalau nak muntah bagi tahu. Kalau sakit sangat bagi tahu. Jadi apa-apa bagi tahu. Faham?" Aku merenung tajam wajah Afiq.
"Ya sayang!"
"Kalau..."
"Mawar Datul Akila! Abang okay la. Small metter. Go to sleep right now!" Arah Afiq.
"Tak nak. Kau kena tidur dulu. Nanti aku tertidur nyenyak, tak perasan kau terjaga. Tidur la. Aku dodoi."
*****
Afiq tersenyum.Ya Allah! Aku bersyukur kau kurniakan aku isteri sebaik dia. Meski banyak bebelnya. Meski kasar, namun ada manjanya. Ada romantiknya. Ada kasihannya. Terima Kasih Ya Allah.
"Thanks!"
Kau kekalkanlah saat ini Ya Allah. Aku tak mahu rasa kehilangan. Biarlah aku dan isteriku sentiasa dalam lindunganmu.
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...