BAB 30

174 3 0
                                    

"Assalamualaikum!"

"Mak Anjang!" Afif terus memelukku erat.

Lama juga anak buahku itu tak ketemu. Mungkin kerap ke sini, hanya aku yang lalai. Dari dia bayi, aku yang menjaganya. Walaupun aku sering mengusiknya, namun, aku juga yang dia rapat. Lagipun, dia anak buah lelaki yang pertama. Sayang gila la.

"Afif sampai bila? Tak sekolah ke?" Aku mengusap kepalanya.

"Ibu kata sekolah tutup. Afif tak pergi la. Ibu kata nak jumpa nenek dengan Tok." Polos bicaranya.

"Ha acik! Sampai bila?" Abah menegurku yang masih duduk mencangkung di muka pintu. Abang baru pulang masjid agaknya.

"Maghrib tadi. Acik tidur rumah mak." Aku menyalam tangan abah. Afiq juga.

Aku tak perasan pula yang Afiq sudah duduk berborak dengan abang iparku. Laju bukan main.

"Duduk depan ni buat apa? Masuk la. Ni, cucu tok ni buat apa? Hancuq dah mainan tok beli. Sama dengan Pak Su hang!" Abah menggomol cucu lelaki sulungnya.

"Jane tak datang jumpa Afif ke?" Alu mencuit hidung Afif.

"Panjang umuq. Di keluar dulu." Tegur abah sebelum masuk ke rumah. Melayan cerita cina la tu.

"Afif!" Pekik Jannah kegirangan.

Ya! Namanya Jannah. Anak buah sulung. Dari dia bayi aku memanggilnya Jane. Kataku, biar glamour sikit nama. Terkadang, aku memanggil Afif itu Ed. Atas sebab namanya Afif Adwa, tak salah kan?

"Afif aje? Mak Anjang tak tegur pula. Tak nak kawan la macam ni!" Aku memuncungkan bibir.

"Mak Anjang ni mengada la. Tak nak kawan sudah. Bukan ada mainan pun." Selamba.

Berderai tawaku. Tidak sah kalau tak bawa mainan untuknya. Ada sahaja. Kalau Afif, sudah lama jahanam mainan tu. Semua yang aku bagi, yang elok pun beg sekolah sahaja mungkin.

"Ada la. Pergi minta dekat Pak Anjang. Mak Anjang beli kedai terus untuk Jane. Afif punya, Mak Anjang tak tahu dah nak bagi kau apa. Semua jahanam. Bankrup mak anjang macam ni." Aku menepuk dahi.

"Pak anjang! Mainan Jane ade tak?" Macam pelesit. Cakap pasal mainan, laju aje.

"Afif duduk dengan ayah. Mak anjang nak pergi dapur."

Aku mengatur langkah menuju ke dapur. Ibu dan angah aku salam. Tepat pada masanya aku tiba. Boleh tolong masak.

"Balik tak bagi tahu pun?" Ibu masih sibuk menggaul bahan tumisan mi goreng.

"Tak rancang pun. Tapi balik sekejap aje. Lusa Afiq masuk kerja dah. Esok dia ambil cuti." Jelasku sambil memotong sawi.

"Kau tak kerja luar dah ke sekarang?" Angah pula bersuara. Ini la ibu si Afif yang suka menjahanamkan mainan tu.

"Ada. Bulan lepas pegi China. Mak kata, Afiq ada balik sini. Dia junguk ibu ke?" Aku cuba mengupas rahsia. Kot la, dia tak menjejak kaki di sini sekiranya aku tiada. Apa nak disegankan?

"Ada dia mai. Kerap! Balik mai, balik mai. Bosan duduk rumah katanya. Duduk sini ada abah dengan adik. Boleh berborak. Kaknor pun balik haritu." Terang ibu.

Aku hanya mengangguk. Syukur! Aku sangat syukur. Allah kurniakan suami yang baik untukku. Tak pernah lupakan keluarga. Malah, keluarga mertuanya juga. Sentiasa dia ingat sahaja. Selalunya, nak balik kampung, dia akan singgah beli barang atau hadiah untuk keluarga kami. Apa yang memadai sahaja. Tak sangka pula aku yang Afiq pulang sendirian. Aku memang lalai.

Perbualan berlangsung sehinggalah aku dan Afiq pulang ke rumah mak dan ayah. Esok tidur di sini pula. Perlulah adil. Ibu tak kisah sangat. Ikut kemahuan. Dia pun, bukan jenis memaksa.

*****
Aku merebahkan tubuh di sisi Afiq. Mataku dan matanya bertentang.

"Sorry!"

Lagi dan lagi aku mengucapkan kalimah itu. Rasa bersalah tak henti menerpa diri. Tak tenang dibuatnya. Aku merasakan, maafku tak seharusnya diterima. Sebaliknya, hanya patut diabaikan. Namun, semua berhak dimaafkan. Ikut juga asbabnya.

"Sudah la. Banyak kali dah cakap maaf. Abang maafkan. Semua maafkan. Tak pernah abang simpan rasa dendam. Forget about it and don't do that again." Afiq mencuit hidungku.

"Tapi, sayang rasa bersalah sangat. Buat abang macam tu. Berdosa sayang abaikan tanggungjawab macam tu. Tak silap hari bulan, abang boleh kena tekanan perasaan sebab sayang. Tak nak la macam tu." Aku memuncungkan bibir sedepa.

"Muncung sangat bibir tu. Dah la! Abang okay la. By the way, nak tak kita pergi honeymoon? Abang tak pernah rasa pergi honeymoon. Sehari pun jadi la." Rayu Afiq.

"Abang boleh mohon cuti ke?"

"Boleh aje. Sayang rasa, nak honeymoon dekat mana? Dekat pun boleh. Abang tak kisah." Afiq mengukir senyum lebarnya. Rindu senyum itu!

"Rasanya.... Sebelum puasa, sayang outstation. Kena pergi Istanbul sebab nak jumpa client dekat sana. Rasanya, kita boleh kot honeymoon sekali. Abang okay?" Cadangku.

"Nice! Wohho!" Afiq menjerit kegirangan.

"Hey! Jangan jerit la. Dah! Tidur. Kesian penat. Sweet dream. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Afiq mengucup ubunku.

Itulah rutinnya sebelum melelapkan mata. Aku mampu tersenyum lebar selepas ciuman itu. Aku dapat rasakan curahan kasih sayang dari Afiq. Aku masih merasakan yang aku paling beruntung di dunia ini kerana punyai dia. Terima kasih Ya Allah! Terima kasih!

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now