"Saya ada masalah apa doktor?" Soalku sebaik melabuhkan punggung.
"Tekanan darah cik tinggi. Saya syorkan, cik jangan terlalu banyak berfikir. Saya tak nafi, kerja memang stress. Saya pun stress. Tapi, kena pandai kawal. Kalau tak, macam ni jadinya. Kalau cik lambat jumpa doktor, boleh pengsan. Memudaratkan diri cik sendiri." Ujar Doktor itu penuh perasaan.
"Maaf doktor. Itu je kan masalah saya?" Risau juga kalau ada sakit lain. Dalam tak sedar mana kita tak tahu.
"Itu sahaja. So, saya bagi ubat darah tinggi la. Saya nasihatkan lagi sekali, jangan terlalu stress. Jaga sel saraf otak kita. Awak nak ke buat appoiment dengan doktor psikiatri?"
Pantas aku menggeleng dengan senyum sumbing. Kasar doktor ni nasihat.
"Kalau macam tu, always relax. Take deep breath and blow it slowly. It will help you. Okay?"
"InsyaAllah doktor. Terima kasih." Aku keluar dari kamar itu selepas mengambil helaian kertas yang diberi doktor itu sebentar tadi.
*****
Aku cuba mencari ketenangan. And! Satu-satunya tempat yang boleh buat fikiran aku tenang adalah di Vouge Cafe. Tempat yang agak tidak berpenghuni di waktu sebegini.Sibuk aku melayan permandangam bandar Kuala Lumpur yang penuh dengan lautan manusia. Direnangi kenderaan. Ditumbuhi bangunan yang tinggi gah mencakar langit.
Saat telefon pintarku berlagu, lamunanku terhenti. Nama Afiq tertera.
"Hello!"
"Jawab pun. Kenapa semalam aku call, kau tak angkat pun. Chat pun tak balas." Dengus Afiq geram di hujung talian.
"Nak jumpa ke? Datang la kafe haritu. Aku tunggu." Pantas aku mematikan panggilan.
Bukan aku membenci Afiq. Malah, makin hari aku makin rindu. Namun, akibat tekanan perasaan yang aku alami sebelum ini, membuatkan aku agak rimas apabila bersama dengan orang kecuali Fatihah. Aku lebih suka bersendirian. Lebih tenang.
Aku sempat baca sekilas, sepintas lalu mesej dari Afiq. Ansyik bertanyakan keadaanku. Aku faham dia sayang aku, tapi mampu ke aku bahagiakan dia? Mampu ke aku setia di sisi dia susah senang? Kau permudahkanlah segalanya Ya Allah.
"Termenung pasal aku ke?" Sapa Afiq sebaik melabuhkan punggung berhadapan denganku.
"Choi! Tak ada masa la nak termenungkan kau." Aku mencebikkan bibir.
"Tak apalah. Siapalah aku kau nak menungkan." Afiq mengeluh.
"Eee... Sakai la. Ya, aku menungkan kau. Menungkan masa depan. Menungkan pasal kerja aku. Semua aku menungkan." Aku cuba memujuk Afiq.
"Kenapa dengan kerja kau?" Afiq mengerutkan wajah.
Aku menggelengkan kepala dan tersenyum sinis.
"Tak ada apalah. Biasalah kerja, ada orang dendam. Ada orang dengki. Kena tindas tu biasa." Aku masih tersenyum walaupun masih terasa saki baki amarah terhadap Encik Zahrin.
"Siapa tindas kau? Siapa dendam dengan kau? Aku kenal ke dia?"
"Afiq Aimanudin! Small matter la. Biarlah. Aku pun tengah tunggu keputusan bos aku. Nak pecat, atau nak teruskan ambil aku sebagai pekerja dia, aku terima je. Tapi, jangan harap la aku nak berlembut kalau dia main kasar. Dia bukan reti pun pasal projek tu. Kerja membuta je." Desisku. Geram tau!
"Kau tu perempuan. Jangan la nampak kasar sangat." Afiq menjelingku.
Aku tertawa melihat keletah Afiq. Dia dan Fatihah sahaja yang mampu buat aku tersenyum kala ini. Entah kenapa, bersama afiq aku mudah mengukir senyum.
"Asal? Kau dah tak suka aku ke kalau aku kasar? Dah hilang rasa ikhlas tu?" Aku tersenyum sinis. Sengaja menyindir Afiq.
"Kau ni! Mana ada. Aku still ikhlas dengan kau. Cakap pasal benda ni, aku dah bagi tahu mak dengan ayah aku. Diaorang okay je. Cuma, aku nak la minta gambar kau satu. Nak tunjuk dekat family aku. Jidah pun nak tengok kau. Boleh?" Sengih.
"Dekat ig aku ada. Ambil la mana kau nak. Kau jangan gatal nak simpan dalam galeri telefon kau sudah la. Aku tak nak nanti kau tersenyum sorang-sorang tengok gambar aku." Selamba.
"Perasan! Apa ig kau?" Afiq mengeluarkan telefon pintarnya.
"Nanti la aku whatsapp. Kau ni tak kerja ke? Relax je keluar."
"Harini sabtu kak. Saya tak ada buat extra class. Isnin baru kelas balik kak. Saya pun nak rehat juga kak. Bosan juga hari-hari mengadap kerja." Selamba sahaja bicaranya.
"Kak hotak kau! Dua tahun je beza. Kau jangan sampai aku panggil kau adik. Kau nak aku beradik akak dengan kau?" Lagakku sudah seperti seorang lelaki.
Ya dulu aku jenis kasar. Cara jalan aku pun orang tegur tak macam perempuan. Buat apa nak terkepit kalau boleh berjauh? Sekarang? Nak kasar pun jarang. Marah banyak la. Cepat la kedut muka aku nanti.
"Boleh juga. Nampak sweet kan?" Sengih.
"Ee... Sweet hangguk kau! Kita ni kawan je tau. Mak ayah aku tak tahu lagi pasal ni." Aku menjeling.
"Kau tak bagi tahu ke? Kau kata nak benda ni settle cepat." Afiq menundukkan wajahnya.
"Jangan la merajuk. Aku baru nak pulihkan tekanan hidup aku. Bagi la aku rehat sekejap. Aku janji, dalam masa terdekat ni aku call mak ayah aku bincang pasal ni. Kau boleh sabar kan?" Aku cuba memujuk Afiq.
"Ya. Aku sabar. Tapi jangan lambat sangat. Aku tak nak orang lain rampas kau."
Terus berderai tawaku. Sakit perut dibuatnya.
"Kenapa?" Kerut wajah Afiq, tidak puas hati.
"Kau nak takut orang rampas aku dari kau kenapa? Siapa nak aku ni? Orang muka ketat. Tak reti senyum. Susah bawa bincang. Tak ada siapa nak. Kau je. Sebab apa? Sebab kau kenal aku dari dulu. Kalau tak, kau pun belum tentu nak aku." Aku mengunyah kentang gorengku.
"Membongak la kau. Kau dah cantik sekarang. Tak akan seorang pun budak pejabat kau tak suka kau? Aku tahu la Mawar. Orang macam kau, siapa tak nak. Aku pun nak."
"Eleh! Aku susah nak percaya dengan lelaki zaman sekarang. Banyak janji palsu. Tapi! Kau aku yakin, kau tak akan buat aku macam tu. Aku kenal kau dah lama Afiq. Kau bukan macam tu. Kau lagi laku dari aku. Syafiqah dengan Su tak cari kau?" Berderai juga tawaku.
Syafiqah dan Suraya atau Su itu bekas kekasih Afiq di zaman sekolah menengah. Aku suka membangkitkan isu itu dahulu. Tapi, Afiq selalu marah.
"Bodoh la kau ni! Boleh tak kalau kau tak sebut nama diaorang? Aku tak suka. Kalau dah kahwin pun, kau tak nak kau cakap pasal benda ni." Sayu.
"Ala... Sorry la adikku tersayang. Akak bergurau je. Jangan ambil hati." aku merenung wajah Afiq sambil menongkat dagu.
"Panggil aku sayang dulu." Afiq memuncungkan bibirnya sedepa.
"Ya Allah! Afiq Aimanudin bin Muhammad Zaidi! Kita ni belum kahwin. Kawan! Faham tak kawan? Aku geli wey nak panggil kau macam tu. Rasa tersekat dekat tekak ni." Aku membuat gaya mahu termuntah.
"Habis! Nanti kahwin macam mana? Tak akan kau nak panggil aku kau juga?" Afiq mula beriak seperti kanak-kanak.
"Kalau yang tu selesa, aku kau pun tak apalah." Selamba.
"Kejam la kau." Rungut Afiq.
"Kalau aku kejam, aku dah lama tak layan kau. Aku tolak cinta kau bermati-matian. Ini! Kira bersyukur aku pun masih sukakan kau." Sinis!
"La.. sorry la akak. Adik tak sengaja. Jangan la begini. Ya la akak baik. Okay? Tak mau muncung macam tu. Sama macam kuda laut dah."
"Bengap!" Mahu sahaja aku menampar wajah Afiq dan membaling cawan ke arahnya. Sabar aje la.
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...