BAB 28

66 3 0
                                    

"Argh! Tak guna!" Lantas aku mendekati tubuh Afiq. Rahangnya dicengkam.

"Afiq! Relax! Okay! Tarik nafas. Kenapa ni? Cuba cerita?" Perlahan nada suaraku.

Biasalah, ada cita-cita nak jadi pakar psikiatri. Ada juga aku buat carian. Boleh digunakan di waktu sebegini.

"Abang jumpa Syafiqah. Dia kata sayang jahat. Dia suruh abang tinggalkan sayang. Suruh kahwin dengan dia. Abang tak nak." Afiq menggeleng dengan linangan air mata.

Aku memeluk Afiq. Tubuh itu longlai dalam pelukanku.

"Dah la. Lupakan dia. Tak ada apalah. Abaikan aje. Tak cukup kasih sayang tu." Bidasku.

Sebenarnya, geram juga. Apa masalah dia nak kata macam tu. Tak sedar diri. Suka sangat jadi perampas. Memang label 'perampas' tu best sangat ke?

"Abang sayang Mawar. Jangan tinggalkan abang."

"Tak adalah. Sayang tak akan tinggalkan abang. Sayang janji. Okay?" Aku merenung mata Afiq yang berkaca.

"Promise me? No metter what happen, don't leave me. Promise!" Jari kelinkingnya diangkat.

"Ya. Janji." Jariku dan jari Afiq bersatu.

*****
"Syafiqah! Kau termenung apa? Dari tadi aku panggil tak dengar ke?" Azlina menjeling Safiqah yang baru sedar dari lamunannya.

Dari tadi Azlina memanggil Syafiqah untuk bertanyakan sesuatu. Namun, gadis itu hanya membisu dengan wajah yang bengis.

"Sorry! Aku.. aku.. pening sikit."

"Pening sangat. Kau fikir apa? Fikir nak lancar perang dunia ketiga ke?" Kasar guraunya.

"Tak ada masa nak fikir perang dunia. Kenapa kau panggil aku?" Ruang kerja dikemaskan.

"Nak pergi tengok kafe client haritu la. Kau ni muda lagi dah nyanyok tau. Kalau bos ada, lama dah kau kena maki hamun." Azlina menjeling.

"Kau tunggu la luar. Nanti aku keluar. Nak ambil barang sikit." Senyumannya diukir.

"Cepat sikit!"

Syafiqah mencapai beberapa file yang perlu dibawa.

"Kau akan jadi milik aku Afiq. Aku janji!"

*****
"Abang! Nak makan tak?" Aku menuruni anak tangga sambil mengikat rambut.

"Tak lapar la. Sayang nak makan ke? Dah gemuk dah. Nak makan malam lagi ke?" Selamba sahaja wajah Afiq saat membicarakan hal itu. Aku hanya mencebikkan bibir.

"Mulut memang tak ada insurans ae? Orang kurus la. Naik dua kilo aje. Nanti pergi la senaman. Gemuk pun, isteri awak juga. Yang ni la awak nak tatap sampai mati." Aku menjeling sebelum duduk di sisi Afiq.

"Ya la sayang oi! Awak besar macam KLCC pun saya masih sayang. Ish!" Afiq mencubit pipiku.

"Sakitlah." Aku memuncungkan bibir. Kesan cubitan diusap.

"Sorry la. Geram!"

"Tak payah geram sangat. Takut nanti menangis lagi."

"Eee.. perli! Orang nangis sebab sayang dia. Sedih la macam ni. Kasih sayang tak dihargai." Afiq mengacah tangisnya.

"Saya hargai la. Alolo... Sorry!"

"I love you.."

"I love you too.." mataku dan mata Afiq bertentangan.

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now