BAB 25

84 2 0
                                    

"Morning pengantin baru. Tahniah!" Ucap Syakira sebelum diikuti pekerja lain.

"Thanks!" Aku mengukir senyum lebar.

"Wah! Cik Mawar! You punya muka ada banyak senyum. You sakit ke?" Soal Chong yang berada di hadapanku.

"Haah la Mawar. Selalu kau masuk kerja ketat je muka. Sekarang senyum bukan main lagi lebarnya." Tegur Syakira.

"Well! People change! Impian aku tercapai untuk kahwin dengan crush aku zaman sekolah menengah." Aku terus belalu pergi.

"Wey! Untungnya! Crush aku tak pernah nampak kewujudan aku."

"Itulah kuasa Allah!"

Aku melangkah masuk ke kamar kerjaku. Meskipun banyak kerja yang tertangguh, aku tetap bahagia. Walaupun baru seminggu bergelar isteri kepada Afiq Aimanudin, aku sudah dapat merasakan keserasian aku dan dia. Aku syukur Ya Allah.

"Amboi! Senyum lebar semacam awak ni. Angau dah ke?" Encik Zahrin menyapa di muka pintu.

"Tak adalah Encik. By the way, sorry tau pasal dulu saya..."

"It's okay. Cara saya pun salah. Tak ada jodoh." Encik Zahrin mengukir senyum.

Syukur Encik Zahrin tidak terasa dengan keputusannya. Memilih dirinya mungkin satu penyesalan bagiku suatu hari nanti. Aku perasan riak wajahnya semasa mengetahui aku sudah dimiliki orang lain dan melihat aku bersanding di sisi yang lain. Pasrah? Tak mungkin! Untuk apa dia pasrah untuk aku sedangkan dia boleh dapat yang lebih bagus dari aku.

"Ough! By the way, saya nak tahu perkembangan dekat site. Saya ada suruh Yan dengan Mal bagi tahu. Tapi, still tak dapt information."

"Saya pun tak dapat apa-apa information. Kalau Encik Zahrin nak tahu, saya lagi nak tahu. Kalau macam tu, Encik Zahrin pergi la site. Saya pun nak pergi sana lepas lunch nanti. Nak tengok perkembangan. Saya ajak Yan dengan Mal sekali." Cadangku.

"Boleh juga. Kalau macam tu, kita lunch berempat la. Senang sikit saya nak ajar budak berdua tu. Suka tangguh kerja." Encik Zahrin menggeleng kepala.

Rayyan dan Akmal memang sejenis begitu. Menangguhkan kerja dijadikan suatu sikap rutin. Seronok mungkin.

"Saya boleh aje. Nnati saya bagi tahu diorang. Ada apa-apa lagi ke Encik Zahrin?"

"Ough! Tak ada dah rasanya. Maaf ganggu masa awak. Sambung kerja." Pesan Encik Zahrin sebelum berlalu pergi.

Kini Encik Zahrin lebih leramah dan sopan denganku. Mungkin insaf dengan sikapnya dahulu yang lebih suka memaksa. Keras kepala. Hanya mahu ikut kata hati sendiri.

Ting!

Mata hati💕:

Nak abang masak untuk dinner tak? Ke nak makan luar je?

Me:

Kalau larat, masak la. Kalau tak, biar sayang masak. Tak payah bazir duit makan luar. Barang dekat dapur tu pun banyak.

Mata hati💕:

Okay! Western or dessert?

Me:

Western please!

Mata hati💕:

Okay! Take care. Bye. Love you.

Me:

Love you too.💕💕💕💕

Aku mengukir senyum girang. Panggilan juga sudah bertukar manja. Bicara juga semakin lembut. Terkadang kasar bila bergurau. Biasalah, pernah menjadi kawan, ia normal. Afiq pun tak rasa janggal.

*****
Aku menghabiskan suapan terakhir nasi berlaukku. Bercadang makan dahulu baru melihat keadaan projek, namun, terbalik pula apabila Encik Zahrin ada hal selepas waktu makan tengah hari. Aku tak mahu membantah. Lagipun, panas juga kalau tengah hari di tapak pembinaan. Rosak kulit!

"So, sekarang ni saya nak tanya kamu berdua. Saya suruh bagi info pasal projek masa saya outstation. Kenapa salah sorang pun tak bagi tahu? Suka menagguh? Nak saya ketuk baru nak jalan?" Tegas bicara Encik Zahrin kepada Rayyan dan Akmal yang sudah menundukkan wajah.

"Bukan Encik Zahrin. Saya nak bagi tahu. Tapi bila saya buat kerja, saya lupa. Bila saya ingat, saya lupa balik. Tu sampai hari ni tak diberitahu. Maaf." Sayu penjelasan Rayyan.

"Betul tu Encik Zahrin. Saya sibuk. Maaf!"

"Kalau awak sibuk, saya lagi sibuk. Mawar boleh aje sampaikan maklumat dekat saya even dia busy. Kenapa awak berdua tak boleh? Apa whatsapp tu dicipta untuk dilihat sahaja ke? Apa note dalam telefon awak tu hanya untuk dikosongkan sahaja ke?" Sinis.

"Maafkan kami Encik. Janji! Lepas ni tak buat lagi."

"Ya la. Lain kali jangan buat macam tu. Menyusahkan kerja. Awak susah. Saya susah."

"Maaf Encik!"

Dring! Dring!

"Hello?"

"Berapa?"

"Nanti la. Kalau sempat. Tapi nak buat apa?"

"Hmm.. waalaikumussalam."

Aku mematikan panggilan.

"Siapa?" Encik Zahrin mula bertindak prihatin.

"Adik saya. Suruh masukkan duit. Nak guna beli barang sikit katanya."

"Kenapa dia minta dekat awak? Kenapa bukan dekat mak ayah awak?"

"Cukuplah saya empat beradik ni susahkan mak ayah saya tanggung kmai berempat. Biarlah yang tiga terakhir ni kami tanggung. Saya tak nak susahkan mak ayah saya. Kesian diaorang dah tua. Tak larat dah." Terangku.

"Saya respect awak ni. Seorang yang memahami. Kalau macam orang lain, dah tua bangka pun nak minta duit mak ayah lagi. Sedangkan dah bekerja." Bidas Encik Zahrin.

Berbunga juga bila dipuji. Tapi, tak akan nak tunjuk wajah riak? Nak membangga diri? Bukan aku. Prinsip aku, Setinggi mana pun kedudukan kau, ingat kau pernah juga duduk di bawah.

*****
"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aku menyalam tangan Afiq yang sibuk menonton televisyen. Kalau kartun kegemaran dia keluar, anak mata tu macam kena gam.

"Dah makan?" Aku menyidaikan tubuh di kepala sofa. Mataku merenung mata Afiq.

"Tunggu sayang la. Pergi mandi dulu. Lepastu, baru makan."

"Kenapa? Busuk sangat ke?" Aku menghidu bau bajuku.

"Haah! Dah bau macam apa dah ni. Tercemar habis." Afiq menutup hidungnya.

Lantas aku mencebirkan bibir. Bahunya ditolak.

"Jahatnya!"

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now