BAB 18

56 2 0
                                    

"So, macam mana?" Afiq merenungku tajam.

Setelah beberapa minggu tidak bertemu, kini berpeluang juga. Masing-masing sibuk mencari rezeki. Raya hampir tiba. Keputusan masih tak ketemu penghujung. Bukan tak mahu berbincang di telefon, tetapi tiada keyakinan.

"Abah ibu aku nak jumpa kau. So, bila kau nak datang?" Riakku hanya selamba. Bukan tak serius, tetapi, aku risau dengan keputusan ibu dan abah nanti.

"Alhamdulillah! Nanti aku bagi tahu bila." Afiq tersenyum lebar.

"Tapi diaorang tak setuju lagi tau."

"Alhamdulillah! At least diaorang ada keinginan nak jumpa aku. Aku nak minta pendapat kau ni.".

"Yes?"

"Tak ada apalah. Nanti kau tahu la." Sengih.

"Okay! Tapi, kalau merepek, aku cekik kau tau?"

"Kau tak nak kahwin dengan aku ke? Sampai hati bunuh aku. Bulan puasa macam ni pun sibuk nak membunuh." Dengus Afiq.

"Kacik!" Sinis.

*****
Fatihah melangkah masuk ke dalam sebuah klinik yang binaannya hampir siap.

"Termenung apa Doktor Talhar? Bunyi bising macam ni pun boleh termenung ke?"

Fatihah melabuhkan punggung berhadapan dengan Talhar. Hari ini, dia cuti. Jadi, dia membuat keputusan untuk berjumpa Talhar dan berbincang tentang cadangan Talhar untuk Fatihah bekerja di kliniknya.

"Mana ada saya termenung. Saja tengok diaorang buat kerja. Sorry la menyusahkan awak kena datang tempat bising macam ni. Nak lepak kafe tak boleh." Sengih.

"Tak apalah. Saya pun nak tengok juga perkembangan klinik awak ni. Macam mana? Okay?"

"Setakat ni semua okay. Tinggal lagi sepuluh peratus macam tu. Just nak hias dengan pasang kabinet, almari, dengan barang kerja la." Senyum diukir khas buat Fatihah.

Fatihah mengangguk sambil merenung segenap kawasan klinik itu. Entah dia mahu menolak atau menerima lamaran Talhar.

"So, awak dah fikir ke pasal lamaran saya haritu?" Talhar memandang dengan penuh harapan.

"Saya tak tahu la Har. Rasa serba salah pula nak berhenti kerja, sebab nak kerja dengan awak. Tapi, saya nak juga macam orang lain. Senang nak dapat cuti." Sayu nadanya.

"Har tak paksa. Terpulang pada awak sama ada nak terima atau tak. Saya bukan nak buat awak rasa macam tu, cuma, saya nak memudahkan kerja. Memandangkan kita berkawan dari uni lagi. Tak salah kan saya nak awak kerja sekali dengan saya?"

"Nanti la saya uruskan semuanya." Keluhnya.

"Dah! Forget about it! Saya sebenarnya nak ajak awak berbuka sekali. Kalau tak boleh, tak apalah."

"Eh! Saya okay je. Lagipun, kawan saya berbuka dengan office partner dia. Berbuka sorang pun bosan juga." Sengih.

Talhar tersenyum lebar. Tercapai juga hasratnya mahu berbuka bersama Fatihah. Memandangkan gadis itu sering sibuk, sukar baginya untuk bertemu dengan Fatihah.

*****
"Encik Zahrin! Hari ni jadi tak?" Tegur Hayati apabila Zahrin keluar dari kamar kerjanya.

"Of course la jadi. Awak dah book belum?" Zahrin memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

"Dah! Saya just nak minta kepastian. So, sekarang dah pukul enam. Dah habis waktu kerja. Encik Zahrin pergi sana terus ke, nak balik dulu?"

"Saya maybe balik dulu. Awak kenapa tak balik lagi. Office dah kosong. Nanti tak sempat pula."

"Saya settlekan kerja tadi. Dah siap dah. InsyaAllah sempat balik. Encik Zahrin balik la dulu. Saya nak kemas barang sekejap." Senyumannya tak pernah luntur.

Meskipun sudah bertahun bekerja di bawah Zahrin, meskipun berkali-kali dimarah, ditengking, dia masih tabah bekerja sebagai pembantu peribadi Zahrin. Demi mencari rezeki halal, dia sanggup!

"Awak balik dengan siapa ni?" Zahrin pula menjadi prihatin. Jarang soalan begini diajunya kepada pekerja lain.

"Saya naik grab je Encik. Nak beli kereta, bawa kereta pun tak tahu." Tertawa kecil Hayati dibuatnya.

"Saya je la hantar awak balik. Nanti lambat pula nak tunggu grab." Segan pula dibuatnya.

"Eh! Tak payah la. Buat susah je nanti. Saya dah banyak terhutang budi dengan encik. Itu pun saya tak tahu nak balas macam mana." Hayati sedaya upaya cuba mengelak.

"Lebih baik awak balik dengan saya. Sekarang ni dah banyak kes. Lagipun, saya tak minta awak balas jasa saya."

"Tapi..."

"Tak ada tapi. Saya tunggu dekat bawah. Cepat!" Pesan Zahrin sebelum berlalu pergi.

*****
Fatihah melangkah masuk ke dalam rumah. Senyum dia, lain macam.

"Hoi anak dara. Baru balik dating ke?" Geli pula hati dibuatnya.

"Hek kau! Aku pergi berbuka dengan kawan aku la." Fatihah merebahkan tubuh di sisiku.

"Siapa? Talhar?" Aku menahan tawa.

Lantas tubuh Fatihah seakan melantun ke atas. Membuntang matanya. Tajam renungannya kepadaku.

"Mana tahu ni? Kau semua benda kau tahu!" Dengus Fatihah.

"Dah pagi tadi kau tertinggal telefon masa kejut aku bangun tidur. Aku tengok la ada orang call. Namanya Talhar dengan love berpusing tak tentu arah. Aku bukan nak stalk kau la. Jangan marah." Aku cuba memujuk Fatihah.

"Tak marahlah. Lagipun aku nak ajak kau jumpa dia. Nak suruh kau tengok dia tu elok tak untuk aku."

"Ya Allah! Kalau elok kau nak. Kalau tak elok, aku caras!" Aku tertawa sendirian dengan jelingan tajam dari Fatihah.

"Relax la Teah. Aku nak kahwin dah Teah. Bodoh la kalau aku caras bakal suami kawan aku sendiri."

Fatihah tersenyum.

"Thanks Mawar.."

"Sama-sama."

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now