BAB 17

60 5 0
                                    

Aku keluar dari kedai serbaneka selepas mengisi minyak. Bukan beli makanan. Beli topup aje.

Dring! Dring!

"Hello?"

"Kau ada mana?" Suara di hujung talian itu membuatkan rasa debar di dada kian kencang.

"Aku on the way balik Pahang. Asal?" Langkahku maju diatur masuk ke dalam perut kereta.

"Tak ajak aku pun."

"Kau kan mengajar. Ajak buat apa? Dah la. Aku nak gerak dulu ni. Nanti lambat pula."

"Waalaikumussalam."

"Satu benda yang aku suka dekat kau sekarang adalah annoying kau dekat aku. Yang aku tak suka, sebab kau tak lembut dah. Aku ni kasar. Nak juga kau lembut. Matching tu kan." Bebelku sambil memakai tali pinggang kaledar.

*****
"Assalamualaikum!"

Aku terus berlari ke arah dapur, medapatkan tubuh ibu dan abah. Rindu wey! Lama tak balik.

"Waalaikumussalam. Tak bagi tahu pun nak balik? Boleh pula cuti?" Aku menyalam tangan ibu dan abah.

"Saja buat suprise. Semalam bodek boss minta cuti tiga hari. Dia bagi, balik la." Sengih.

"Balik dengan siapa? Teah?" Abah pula bersuara.

"Tak la. Teah tak dapat cuti. Balik sorang la. Nak bincang benda ni je pun." Selamba. Hal kahwin ku anggap remeh sahaja.

Usai menyangkut tudung, aku kembali duduk di dapur bersama ibu abah. Bukan makan, tapi rehat. Dapur sejuk sedikit.

"Kata nak balik bincang kahwin? Lagu mana?"

"Macam cakap haritu la. Acik dah kenal dia lama dah. Dari sekolah menengah lagi. Dulu sekarang macam tu la dia. Cuma, tak la lembut macam dulu dah."

"Anak siapa? Abah tak kenal pun dia. Kahwin bukan macam main masak-masak." Bidas abah.

Kalau bab anak perempuan nak kahwin, memang susah. Masa kakakku pun begitu. Terketar lutut abang ipar aku nak luahkan hajat.

Aku pantas membuka galeri telefon. Foto Afiq ditayangkan kepada ibu abah.

"Abah kenal. Ibu tak kenal sebab ibu tak pernah nampak. Abang dengan kaknor pun kenal. Sama- sama silat dulu." Aku hanya beriak serius.

"Dia ni rupanya. Orang macam ni pun hang nak?" Tawa ibu abah berderai.

"Dia dah lain la abah." Bidasku.

"Dia kerja apa? Boleh tampung hang?"

"Dia kerja cikgu sekolah menengah dekat KL. Jadi, guru disiplin. InsyaAllah boleh tampung. Memang la dia muda dua tahun dari acik. Tapi, okay la." Sengih.

"Muda dari hang ka?" Sekali lagi tawa ibu abah berderai.

"Ye la. Sama dengan kaknor. Kenapa? Ibu abah tak suka ke?"

"Nanti dia berdiri tegak lagi hang dah bongkok. Hang betoi ka nak kahwin dengan dia?"

"Memang la betul nak kahwin. Kalau tak, tak adalah minta cuti balik ni. Keluarga dia pun dah okay. Cuma, ibu abah je belum tahu setuju ke tak. Kalau tak, tak apalah." Sayu pula aku bernada. Sengaja.

"Bila dia nak datang mai?"

Pantas aku mendongak kepala memandang wajah ibu abah. Macam tak sangka ibu abah boleh terima. Senang!

"Tak tahu lagi sebab ibu abah tak tahu setuju ke tak. Kalau okay, acik bincang balik dengan dia."

"Bawa dia jumpa ibu abah dulu. Kalau elok, abah ibu setuju. Hang tu perempuan. Lelaki sekarang lain." Abah beriak serius.

"Ya la."

*****
"Hai Awang! Bawa pekerja baru ka?" Soal salah seorang pelanggan yang merenungku yang sibuk membungkus air.

Ayah aku ni peniaga. Bulan puasa, jual air balang sahaja. Empat belas jenis pelbagai warna, pelbagai perisa.

"Anak saya ni!" Abah tersenyum.

"Anak hang? Lain dah! Yang mana ni?"

"Ada dulu hat badan besaq tu. Dah kerja, diet la apa la."

Aku menyalam tangan makcik itu.

"Besaq dah. Kerja apa?"

"Saya kerja jurutera dekat KL. Balik cuti sekejap." Sengih.

"Baguih dah kerja. Tak kahwin lagi la ni?"

Aku tak rasa pun soalan ni menyemakkan atau cliche. Soalan ni macam orang ambil berat pasal kita. Kena berfikiran positif. Jadi, jawab ajelah. Tak perlu nak mendengus bagai. Kalau boleh perli, perli je. Haha!

"InsyaAllah. Kalau ada jodoh."

"Ye la. Makcik balik dulu la. Nak berbuka dah ni. Balik dulu Awang!"

"Ha.."

*****
"Nah!"

Adikku menghulurkan semangkuk maggi goreng. Huluran diterima disebabkan aku pun lapar.

"Thanks. Rajin pulak masak untuk acik?"

"Sekali sekala." Mata adikku tertumpu ke arah kaca televisyen. Kalau bab drama, nombor satu.

Lama suasana sunyi sepi. Abah dan ibu di rumah sebelah. Aku dan adik di rumah arwah tok dan wan. Sini, banyak juga cerita boleh tengok. Ada penyaman udara lagi.

"Cik..."

"Hm.."

"Ibu kata kau nak kahwin. Orang sini ke?"

Mata kami masih tidak beralih arah. Hanya suara yang dilantunkan.

"Yup! Asal? Tak setuju?"

"Kau yang nak kahwin, bukan aku. Kalau aku tak setuju pun, kau kahwin juga. Tapi, aku nak la juga tengok muka dia. Siapa dia."

"Ala... Dulu kan acik selalu cakap nak lalu depan rumah crush. Yang nama dia..."

"Afiq? Kau series la cik?" Adik memandangku tajam.

"Serious la ni. Kalau tak, tak adalah aku balik bincang dengan ibu abah. Asal ramai macam tak percaya ha yang aku nak kahwin dengan dia? Pelik sangat ke?" Aku mula menyoal.

Aneh juga bila ada yang macam terkejut dan tak percaya. Afiq tu dah berubah. Tak akan selamanya nak macam dulu.

"Bukan pelik, cuma tak percaya. Kau dah la kasar. Lepastu jarang aku tengok kau senyum sekarang. Macam mana dia nak kau? Lagipun dia muda dari kau. Nanti orang kata adik jalan dengan kakak." Sindir Adik.

"Kau! Mulut bukan main ae? Dia memang suka aku dari dulu. Nak buat macam mana? Tak ada maknanya kakak jalan dengan adik. Muka aku baby face okay. Dia tu nampak matang. Kau tak tengok lagi muka dia yang sekarang."

"Handsome sangat ke?"

"Kau tunggu je la."

Adik tertawa sinis.

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now