"Assalamualaikum."
Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan bagasi baju. Macam nak balik sebulan. Padahal tiga hari je.
"Waalaikumussalam."
Aku menyalam tangan ibu yang baru siap memotong sayur. Ibu kalau tahu anak dia nak balik, segala makanan kegemaran dia masak. Suka sangat anak dia balik.
"Adik mana?" Aku mencari kelibat adik bongsuku.
"Pergi solat jumaat dengan Abah. Ni hang gerak pukul berapa? Awal sampai."
Aku melabuhkan punggung di sisi ibu setelah usai membuka tudung. Lengan baju disingsing.
"Lepas subuh tadi. Nak balik malam tak berani. Gerak pagi la." Aku mencapai pisau dan papan memotong.
"Pi la mandi rehat dulu." Arah ibu.
"Biarlah. Ni nak masak apa?" Bantahku.
"Masak ikan keli berlada."
"Wah! Sedapnya. Ni nak tolong apa ni?"
"Potong la cili tu."
Sambil memasak, sambil berborak. Lama tak jumpa, banyak la cerita. Dari cerita kerja sampai la cerita peribadi. Dengan ibu aku senang nak bercerita. Abah? Payah orangnya.
"Abah niaga tak?"
"Niaga la. Cari duit. Adik, abang, kakno sekolah lagi."
"La... Acik dah kata kan tak payah niaga. Duit kalau tak cukup, minta dekat acik. Angah pun ada. Alang ada. Setakat adik, acik boleh tanggung la. Abah tu dah tak larat dah. Duduk rumah la. Biar kitaorang yang kerja." Pesanku.
"Abah hang bukan tak kenai. Ketegaq. Minat meniaga lagu tu la. Biaq pi la." Bidas ibu.
"Ya la. Siapa teman?"
"Adik. Kalau ibu larat, ibu pi. Kalau dak, depa berdua je la. Adik pun selalu ada kelas."
Aku pantas mencapai telefon pintar di dalam tas tangan. Nombor Fatihah didail.
"Hello.."
"Petang ni tak jadi la. Kita pergi esok. Harini aku nak tolong ayah aku meniaga."
"Ha. Okay."
"Ye janji."
Panggilan dimatikan.
"Petang nak pi mana?"
"Nak pergi rumah kawan lama. Lama tak jumpa. Tapi pergi esok je la." Tenang bicaraku.
Ayah aku kerja pasar malam je. Dengan duit tu la sekarang aku berjaya jadi seorang jurutera. Aku tahu, apa aku buat tak mampu balas jasa diaorang. At least, aku tolong apa yang patut.
"Larat ka nak pi niaga?"
"Larat. Dah lama tak meniaga." Senyum.
"Ikut hang la."
Tiba-tiba terdengar bunyi enjin motosikal.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Hey buntat! Segaknya!" Pujiku buat si adik yang sudah mengukir senyum.
"Orang kurus la. Tak nampak ada six pack ni? Bila sampai? Tak ada bawa balik apa-apa ke?" Selamba.
"Kemain kau meminta. Baru sampai. Barang kau ada dalam bagasi. Nanti acik buka. Kau tolong ambil buah dengan kotak putih dekat belakang kereta. Kunci atas almari." Arahku.
Adik memang pemalas dulu. Sekarang dia sorang je tinggal dengan ibu abah. Tak ada makna malasnya.
"Harini adik ada kelas ke?" Soalku sebaik adik meletakkan barang di atas lantai.
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
Ficción GeneralBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...