"Selamat tengah hari Encik Zahrin. Jom la makan sekali." Pelawaku dengan senyuman saat Encik Zahrin melangkah masuk ke dalam pantri. Sejak peristiwa tu, bila nampak muka aku je, dia tunduk. Sakai la Encik Zahrin ni.
Ramai pekerja yang bawa bekal harini. Yang bawa nasi putih sahaja pun ada. Nak merasa lauk orang katanya. Ada yang tapau di luar sahaja. Mahu merasa juga hari terakhir makan di pejabat sebelum mula berpuasa esok. Encik Zahrin? Aku pun tak tahu la. Makanan pun tara!
Sepatutnya, hari ini semua cuti. Memandangkan, ramai yang mahu selesaikan kerja mereka yang bertimbun lebih awal daripada terpaksa menghadap di bulan ramadhan yang sudah tentu memenatkan, kami semua memohon untuk bekerja di hari ini. Tapi, aku ada idea macam mana nak cuti. Haha!
"Tak apalah. Saya diet. Awak semua makan la." Encik Zahrin melabuhkan punggung berhadapan denganku.
Bergema tawa satu pantri. Diet? Buang tabiat Encik Zahrin ni.
"Alah Encik Zahrin. Nak puasa dah esok. Mai la makan sekali. Kitaorang tak pernah merasa makan dengan Encik Zahrin." Sengaja aku cuba menyakat Encik Zahrin. Hahaha!
"Betul tu Encik Zahrin. Kalau nak diet, esok lusa je la. Harini, kita horay la sikit." Sokong Syakira.
"Makan la. Saya tak bawa bekal. Lagipun, saya malas nak tapau luar." Alasan!
"Kalau macam tu, Encik Zahrin ambil la sikit nasi putih saya bawa ni. Saja bawa lebih. Lauk pauk, minta sahaja nak yang mana. Tapi, kalau nak sedap, saya punya la." Aku menjongketkan kening.
"Eee... Perasan!" Serentak mereka menampar tubuhku.
"Nanti awak nak makan apa?"
"Kan saya kata. Saya bawa lebih. Kalau tak cukup, ramai lagi Encik Zahrin boleh minta. Jemput la. Jangan sengan silu. Takut nanti perut berbunyi sendu." Sengih.
Berderai tawa kecil Encik Zahrin. Pinggan di rak dicapai.
"Pandai awak menyakat saya. Ye la. Saya makan la." Encik Zahrin seakan akur.
Kecoh satu pantri tu dengan suara kami walaupun ahlinya tidak sampai sepuluh orang. Tak tahu pula Encik Zahrin ni pandai bergurau. Perli lagi pandai. Sakit hati!
"Shh!! Diam jap!" Aku menjerit.
Suasana sunyi seketika. Encik Zahrin pun terkejut.
"Encik Zahrin..." Meleret panggilanku.
"Ya saya." Senafas.
"Esok kan puasa pertama. Kami ni, nak juga merasa berbuka puasa bersama keluarga tercinta di ramadhan pertama pada hari esok iaitu hari isnin. Sebelum ni, balik pun nak dekat hujung dah." Sayu permintaanku.
"Betul tu Encik Zahrin. Kesian mak saya berbuka sorang-sorang. Ayah saya dah meninggal. Saya ni pula, anak tunggal. Boleh la Encik Zahrin." Rayu Dilaila. Sejak bila entah dia jadi anak tunggal.
"So, awak semua ni nak balik berbuka bersama keluarga tercinta di ramadhan pertama pada hari esok iaitu hari isnin la ni?" Encik Zahrin mengajuk ayatku. Sabar aje la.
"Ehemm.." serentak dengan anggukan dan wajah yang comel sangat!
"Kalau boleh dua tiga hari pun tak apa." Selamba.
"Amboi! Ye la. Saya bagi la awak semua cuti tiga hari. Tak boleh lama sangat. Tapi, kerja kena lebih la." Sengih.
"Ala Encik Zahrin. Nanti nak berbuka. Mana boleh balik lewat. Terawih lagi." Rungut Hayati.
"Saya gurau je. Cuti la tiga hari. Enjoy tiga hari. Tapi, masuk kerja saya tak nak semua enjoy. Puasa atau tak bukan alasan. Deal?"
"Deal!" Serentak.
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...