BAB 22

63 5 0
                                    

Aku keluar dari kamar mandi sambil mengeringkan rambut. Rambut aku pendek sahaja, so, tak suka bungkus. Pandanganku dibawa keliling dapur.Ada yang membawang. Ada yang memasak. Ada yang berlari. Boleh juling kalau ansyik tenung je.

"Eh! Sini la masak. Selamba jalan!" Pak Tih menegurku.

"La.. ingat jadi raja sehari tak payah masak." Selamba aku mendaki anak tangga ke ruang kamar.

"Banyak cantik muka!"

"Cantik la. Nanti orang keluar la." Aku mencebikkan bibir sebelum masuk ke kamar.

"Hey! Hebatnya kamu! Yakinnya kamu! Tepi! Itu tempat beta. Kamu di sini. Beta kena tidur di tepi dinding. Kalau tidak, beta jatuh ke bawah." Aku menarik baju Afiq.

Boleh pula berbaring sambil main game. Padahal dah mandi. Tapi, makin kacak dia bila rambut dia basah macam tu. Aku pula yang tergoda. Sabar Mawar!  Penat kan? Kan? Kan?

"Berbeta ni kenapa sayang oi?" Lembut nadanya.

Aku mencebirkan bibir.

"Kita raja sehari. Beta la." Aku tersengih.

Suasana kamar sunyi seketika. Angin pun bertiup sayup. Burung... Dah!

"Mawar..."

"Ya beta! Ada apa?" Aku masih sibuk bersolek.

Betapa selambanya riak aku di hadapan Afiq. Rasa malu tu memang ada. Nak pakai deadorant (tak tahu eja sebenarnya) pun aku malu sebenarnya. Sanggup heret bawa masuk bilik mandi.

"Panggil la aku abang!" Afiq menarik rambutku.

"Ya la aku panggil kau abang. Buat chill je. Aku takut, kalau aku panggil kau abang awal sangat, nanti kau cair." Aku mengenyitkan mata.

"Mawar.."

"Apo lagi abang Afiq oi?"

"Nanti nak tinggal rumah siapa kalau balik KL?" Pahal sayu nada ni?

"Nak cakap sayang abang ke apa ni?"

Afiq mengangguk dengan senyuman.

"Rumah abang la. Rumah sa... Gelinya Ya Allah! Relax! Rumah saya ada Teah. Tapi tak tahu la kalau dia tak nak tinggal sorang. Kita boleh je duduk rumah saya. Kalau nak duduk rumah abang pun boleh. Kenapa tanya?" Aku memandang wajah Afiq.

"Rumah abang, ada kawan abang tiga orang! So, sayang kena bincang dengan Teah. Kalau dia tak nak duduk situ, kita duduk situ. Kalau dia nak duduk situ, kita try cari rumah la." Cadang Afiq.

"Actually saya dah bincang dengan Teah lama dah. Dia kata, dia nak tinggal dekat rumah kawan dia. Lagipun, dia nak tunang dah kot tahun depan." Aku kembali menghadap cermin.

"Kerja apa pula?" Dahi Afiq berkerut.

"Awak tak perlu tahu. Dia bukan isteri awak." Aku mencuit hidung Afiq sebelum berlalu keluar menuju ke dapur.

*****
Dring! Dring!

Afiq menjawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali itu.

"Hello.."

"Hello.. hello?"

Langsung tiada balasan.

"Jangan la main macam ni. Hello?"

Afiq terus mematikan panggilan. Kerut dahinya memikirkan siapa si bisu di hujung talian. Bekali-kali dia mendapt panggilan sebegitu. Namun, sehingga kini masih tak tahu siapa yang mendail nombornya. Apa tujuan sebenar?

Tok! Tok! Tok!

*****
Aku mengetuk pintu kamar sebelum masuk. Kang, nampak sesuatu yang mengerikan.. er.. tak kuasa aku. Bukan apa la, tapi, malu la. Dia tu pernah jadi adik angkat aku, lepastu suami aku. Kau rasa? Simpang malaikat 44 la. Heh!

Tahu itu tanggungjawab. Mahu tak mahu. Malu tak malu. Kena juga. Tak mahu aku jadi isteri dehaka.

Aku menutup lampu kamar. Hanya cahaya lampu jalan yang menembusi kaca tingkap yang menyinari kamar itu.

"Buat apa tu?" Aku merebahkan tubuh di sisi Afiq yang sudah terbaring bermain game. Makan aje tahu, masuk bilik cepat sangat. Telefon pintar turut dikeluarkan.

"Tunggu isteri abang la. Kalau membawang tu, tak ingat suami dah dalam bilik menunggu kedatangan si putri." Sayu nadanya.

"Alah! Jangan la merajuk. Bukan membawang sangat pun. Orang kemas dapur, sambil borak la. Abang tu yang tak reti nak teman saya dekat dapur." Aku menjeling.

Afiq meletakkan telefon pintarnya di tepi bantal. Tubuhnya dipusing menghadapku yang turut ter...baring menghadapnya.

"Merajuk? Marah?"

"Tak!" Mataku makin rapat pada kaca telefon.

Rasa tak sanggup nak bertentang mata. Tak kuat. Dahulu pun, nak membalas pandangan Afiq pun aku malu. Sekarang lagi la. Dah kahwin pula tu. Dia punya Awkward tidur sekatil tu, mendebarkan. Kalau boleh, aku nak tidur bawah, tapi, Afiq nanti macam mana? Nanti ingat aku benci dia pula.

"Habistu? Benci?" Semakin lagak bicara Afiq.

"Tak la. Semua tak. Tidur la. Saya nak main fon jap."

"Sayang.."

"Yes!"

"Ingat tak dulu, abang ada cakap masa silat, kalau malam pertama abang ke..."

Aku lantas menguap. Telefon dimatikan segera.

"Mengantuk la pula. Tidur la. Esok nak bangun awal kan?" Aku  segera memejamkan mata.

"Tak habis cakap lagi."

"Nanti la. Kenduri belah abang belum kan? Tak payah la." Aku tersengih.

"Belah abang mana ada kenduri. Buat dekat rumah saya aje. Tak ingat?" Afiq semakin mendekati tubuhku.

Ya Allah! Macam mana boleh lupa ni?

"Tidur la. Saya penat. Please!" Rayuku.

"Okay! Dah! Tidur?" Afiq menarikkan selimut untukku.

Aku memandang tingkahnya. Kecewa ke? Tapi, elok sahaja layan aku. Siap selimut lagi. Tak nak peluk ke?

"Abang tak.."

"Abang okay la. Kang peluk kang, sayang jerit, salah faham nanti."

"Tapi.."

"Tidur la. Sleep well Mawar Datul Akila. Ingat! Afiq Aimanudin sentiasa di sisi. Night! Assalamualaikum." Afiq mengemaskan balutan selimut sebelum tidur menghadapku.

"Waalaikumussalam."

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now