BAB 29

113 4 0
                                    

"Sayang! Jom keluar?"

"Ada hal! Sorry."

"Sayang! Balik kampung?"

"Busy sikit. Nanti la. Bye!"

"Sayang! Breakfast?"

"Nak pergi site. Sorry."

"Jumpa client!"

"Jumpa kawan!"

Afiq mengajuk bicara Mawar selama ini pada hari cuti. Geramnya pada Mawar masih bersisa. Entah mengapa, Mawar memperlakukannya begitu. Mana sayang yang diucap. Mana cinta yang dia percayai selama ini? Mawar sungguh pentingkan diri sendiri.

Dan! Hari ini dia masih lagi sepeti biasa. Seorang di rumah. Bosan yang dirasa bukan kepala. Jika keluar pun, mahu ke mana. Dia juga mahu rasa sibuk sebegitu. Tak perlu endah hal orang lain.

"Hey! Baik kau duduk luar rumah je la. Tak payah balik kalau rasa nak sibuk dengan hal kau aje. Hal aku ni? Suami kau ni?!" Afiq mendengus geram. Segala.bantal sofa dibaling.

"Kau tak payah berlaki pun tak ape. Sama aje. Bukan ada masa untuk aku. Pergi la enjoy. Bodoh! Tak guna!"

Afiq mula menyelerakkan rumah. Hatinya tak tenang. Fikirannya bercelaru. Rambutnya serabai. Hidupnya seperti tak terurus. Mawar dari pagi keluar sehingga tengah hari masih tak pulang? Afiq nak mencari? Kuala Lumpur ini besar. Jika hanya sekecil tapak kaki, tak mengapa juga.

"Assalamualaikum." Lantas Afiq menoleh ke pintu utama. Mawar dengan riak terkejut memandangnya sambil bercekak pinggang.

*****
Aku bercekak pinggang saat melangkah masuk ke dalam rumah. Entah apa masalah Afiq sehingga rumah bersepah sebegini. Bantal di sana sini. Karpet tunggang langgang. Boleh dikatakan, dah macam tongkang pecah.

"Baru jumpa jalan balik ke? Baru nak hantar location tadi." Afiq tertawa sinis.

"Salam saya tak jawab. Tak faham sekarang ni. Apa masalah abang ni? Habis satu rumah bersepah. Abang ingat rumah ni ada orang gaji ke nak kemaskan? Siapa nak kemas semua ni sekarang?" Aku menggeleng kepala.

Jika begini, boleh kena tekanan jiwa aku dibuatnya. Di mana kewarasan Afiq?

"Tak payah buat tanya la. Selama ni abang juga yang kemasnya. Awal kahwin boleh la. Sekarang ni, abang yang buat semua. Awak? Keluar jumpa kawan. Melantak. Kampung pun dah lama tak jejak. Abah ibu. Mak ayah. Semua awak abaikan. Isteri jenis apa awak ni? Kebajikan saya pun awak tak jaga." Kasar hamburan Afiq. Hatiku semakin panas.

Ya, benar sudah lama aku tak pulang ke kampung. Kerja menghalang semuanya. Cuti pun sukar. Entah la kenapa dengan aku ni. Tapi, apa motif Afiq buat semua ni? Protes?

"So sekarang ni abang nak memberontak la? Nak protes? Selama ni tak ikhlas la kemas rumah masak tiap hari tu? Mawar tak faham dengan abang ni. Nak apa sebenarnya?" Berkerut dahiku. Sungguh aku keliru saat ini.

"Attention! Your attention. Tak nak lebih pun. Tak nak mahal pun. Just! Nak attention. Satu hari pun jadilah. Hari sayang cuti aje. Tapi, abang tak dapat. Sayabg sibuk dengan kawan. Kerja. Client. Apa semua tu lebih penting dari keluarga? Sayang tak fikir ke tangggungjawab sayang?" Semakin sayu nada suaranya.

Api amarah buat Afiq kini terpadam pabila mendengar bicaranya. Namun, menyala kembali buat diri sendiri. Ada benar apa Afiq cakap. Aku terlalu pentingkan hal sendiri. Afiq? Aku abaikan. Keluarga juga. Hah! Entah apa yang merasuk aku.

"Maaf! Sayang sedar." Aku menundukkan wajah.

"Maaf? Cuba kira berapa kali perkataan maaf sayang sebut? Kira juga berapa kali maaf tu berkesan? Tak terkira kan? Selama ni pun, abang yang beria je sayang awak. Abang ni, tak pernah lagi tau sentuh sayang. Sekali pun tak pernah selama empat bulan ni."

Afiq mendekati diriku. Wajahku tepat di dadanya. Aku dengar degup jantung kencang itu. Marah benar Afiq kepadaku.

Aku masih takut untuk membenarku tubuhku disetubuhi. Walaupun suami sendiri. Namun, aku masih takut dan ragu. Aku sedar kekhilafanku. Namun, aku masih tak sedia. Berdosanya aku!

"Sayang minta maaf. Saya salah. Abaikan abang. Sorry la." Rayuku dengan esakan tangisan.

Lantas Afiq menarik kepalaku perlahan sebelum dilabuhkan di dadanya. Tubuhku dipeluk erat. Esakan tangisanku semakin kuat saat terdengar esakan dari Afiq. Sungguh aku rasa bersalah membuat air mata suamiku menitis. Lelaki tak akan menitiskan air mata kecuali dia merasakan sesuatu itu amat menyakitkan hatinya. Air mata lelaki setia, sangat mahal. Hanya aku tak pandai hargai.

"Jangan sebab dunia, sayang hilang semuanya. Abang sayang awak. Jangan hampakan. Abang takut terpaksa kehilangan sayang. Ingat keluarga. Kerja tak akan pernah habis. Kalau lain kali sayang buat lagi, abang tak tahu nak kata apa dah. Kalau abang diam, pandai-pandailah sayang." Pesan Afiq sebelum mengucup ubun kepalaku.

*****
"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam."

Aku menyalam tangan mak dan ayah. Selepas pertilangkahan itu, aku terus memohon cuti untuk pulang ke kampung. Boleh sahaj aku dapat cuti. Dengan mudah. Bukan kerana membodek, tapi Encik Zahrin sudah lama menyuruhku bercuti sehari dua. Bilangnya, kerja tak pernah habis. Tetapi, aku menolak. Kataku, aku mahu mencari rezeki lebih. Tapi aku tak sedar, rezeki lebih itu tak hadir tanpa doa dan restu ibu bapaku.

"Lama tak balik. Haritu pun, Afiq balik seorang sahaja. Katanya, Mawar ditugaskan ke China. Kasihan Afiq balik sendiri." Mak mengusap bahuku.

"Maaf la mak. Mawar ni lalai. Sibuk sampai lupa kerja. Janji, lepasni tak buat dah." Aku membuat riak wajah comel di hadapan mak.

"Mengada bini kamu ni adik. Manja sangat ni. Tak pergi rumah ibu ke?" Ibu mengiringiku ke ruang tamu.

"Malam nanti InsyaAllah. Balik ni pun tak bagi tahu ibu. Nak rehat sekejap. Abang pun penat bawa kereta gilir-gilir tadi." Aku mengukir senyum pahit. Sekadar memyenangkan hati mak.

"Ye la. Pergi la rehat. Mandi dulu. Nak makan nanti, pergi aje dapur. Mak dah masak. Lauk tak seberapa. Berdua aje."

"Ye la. Mawar masuk dulu. Nanti Mawar keluar tolong mak apa yang patut."

Aku terus berlalu masuk ke dalam kamar. Pintu kamar ditutup rapi. Afiq sudah terbaring longlai di atas katil.

"Abang tak nak mandi dulu ke? Rimas pula nanti. Nak dekat maghrib dah ni. Elok la pergi mandi tu." Aku mengusap kepala Afiq.

"Tolong la mandikan." Rayu Afiq dengan suara manjanya. Nak termuntah pula aku dibuatnya.

"Hey! Mandi sendiri la." Aku meleraikan tawa.

"Mandi dengan suami, dapat pahala tau. Tak nak ke pahala free?"

"Nak maghrib dah ni. Tak sempat pula nanti. Esok lusa ya sayang." Sempat aku mencuit hidung Afiq sebelum berlalu ke kamar mandi dengan segala peralatan.

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now