Sudah empat bulan sesi sekolah 2019 berlangsung. Hubungan aku dan Afiq juga semakin baik. Sebagai adik dan akak angkat secara rahsia. Aina dan Syahirah sahaja yang mengetahui tentang aku menyukai Afiq.
Sedang yang lain sibuk menikmati makanan, aku sibuk memerhati kawasan belakang dewan. Mencari kelibat Afiq. Kalau Afiq pandang aku, aku hanya menundukkan wajah. Entah mengapa aku tak mampu memandang wajahnya. Malu terasa.
Aina menyigungku. Mungkin perasan tindakan ku.
"Apo?"
"Nanti jatuh kau punya roti tu. Makan la."
Aku hanya menayang sengih kerang busuk. Pandanganku sekali sekala di bawa ke balakang dewan. Afiq memang berkawan dengan perempuan. Itu tak menjadi masalah. Tetapi mesranya dia. Kalau ku boleh mesra macam tu setiap hari kan best. Ini nak bersua pun jarang. Lagi-lagi lepas dah selesai pertandingan wajadiri bulan lepas.
*****
Aku melangkah masuk ke dalam rumah nenekku. Syahirah yang sibuk menonton televisyen menjadi sasaranku."Acik.."
"Apa?"
"Masa sir suruh buat ayat dalam bahasa inggeris kan. Afiq cakap 'I want to marry with Mawar'" Pandanganku terus beralih.
"Mana kau tahu? Kau bukan sekelas dengan dia."
"Athirah cerita.",
Aku tersenyum. Berbunga dah hati ni. Sweetnya dia. Hahaha..
"Semua orang dah tahu pasal kau dengan Afiq."
Terbeliak anak mataku.
"Satu sekolah?"
"Tak la. Tingkatan satu dengan tingkatan dua je."
"Tingkatan satu? Siapa?" Kerut dahiku.
"Syafiqah tu la. Dia siap hantar surat dekat Afiq lagi. Dia cakap 'saya tahu awak bercinta dengan Mawar. Saya harap awak bahagia'" Syahirah mengajuk.
Aku tertawa. Aku kenal Syafiqah. Bekas kekasih Afiq. Afiq tak suka dia pun. Dia yang beria.
"Patut la dia selalu tengok aku. Ambil la Afiq tu. Aku suka dia je. Bukan bercinta. Orang tu tak nak dia, dia yang terhegeh-hegeh." Tawaku masih bersisa.
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...