BAB 15

64 10 0
                                    

"Assalamualaikum makcik. Ni, ada kuih sikit." Perlahan-lahan bungkusan itu bertukar tangan.

"Waalaikumussalam. Kuih apa ni? Terima kasih la.Buat susah je." Ujar Makcik Marisa.

"Tauhu bergedil versi Mawar. Tak ada susah la makcik. Saja buat lebih. Ada lagi sikit dalam rumah tu. Kalau makcik nak, bagi je tahu. Nanti saya hantar. Tak pun, minta je dekat kawan saya tu." Aku mengukir senyum.

Tengok Makcik Marisa ni, teringat dekat ibu pula. Bila entah nak balik ni.

"Tak apalah. Kawan kamu tak kerja ke? Selalu lepas subuh makcik tengok dia dah keluar."

"Dia cuti dua hari makcik. Demam katanya. Tidur je la. Bukan senang nak dapat cuti dia tu." Ujarku selamba.

"Tak apalah. Kerja sangat tu yang demam tu. Selamat la tinggal dengan kamu. Tak ada la sorang-sorang. Bahaya."

"Ye la makcik. Ni, Ham tak balik ke? Sunyi je." Aku menjengulkan kepala ke dalam rumah Makcik Marisa.

"Biasalah Mawar. Kadang-kadang seminggu tak balik. Kerja katanya. Makcik yekan aje la." Sayu pula suara Makcik Marisa.

"Kerja apa makcik kalau seminggu tak balik macam tu? Tak akan kerja luar kawasan. Dia tak rasa kesian ke makcik sorang-sorang macam ni?" Aku pula yang emo lebih.

"Tak apalah Mawar. Makcik dah biasa. Ni, kamu tak pergi kerja ke?"

"Nak pergi la ni. Borak dengan makcik jadi panjang pula. Saya pergi dulu la. Nanti lambat pula. Makan tau." Pesanku sebelum masuk ke dalam perut kereta.

*****
Aku bergegas mencapai topi keselamatan dan telefon pintar sebelum keluar dari kamar dengan penuh lagak. Jam di tangan dikerling.

"Sebelas lapan belas. InsyaAllah sempat."

Langkahku dilajukan masuk ke dalam lif dan menuju ke kereta mini cooper kesayanganku. Enjin dihidupkan selepas meletakkan peralatan di tempat duduk sebelah. Kereta dipandu laju membelah trafik yang lengang si waktu begini.

*****
"Mawar!" Pekik Rayyan dari jauh.

Aku makin menambahkan kelajuan langkah. Topi keselamatan pantas disarung. Telefon pintar disumbat masuk ke dalam poket. Cermin mata hitam menyempurnakan kelengkapan masuk ke tapak projek.

"Mana?"

"Sana!" Rayyan mengiringiku.

"Mal okay?"

"Mal dah hantar pergi hospital. Aku tak pergi tengok lagi.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Aku rasa safety dah ketat. Tak pesan ke dekat diaorang? Mal tak pakai topi keselamatan ke?" Wajahku mulai menunjukkan riak bengang dan marah.

Hal seperti ini tak pernah terjadi dalam mana-mana projek. Tak kisahlah kecil atau besar, memang tak pernah. Setakat ketuk paku terketuk jari tu ada la. Tapi ini bukan hal kecil. Batu jatuh atas kepala dan badan orang? Ini kes lain macam la. Pekerja dekat sini tak berani buat macam ni. Boleh kena halau tau.

"Dah pesan. Every day pesan. Mal masa tu nak pakai dah topi. Lepastu ada macam orang baling batu belakang dia. Masa dia toleh tu, dia tak pakai topi. Lepastu tiba-tiba batu bata jatuh atas badan dan kepala dia masa nak betulkan tali kasut dia. Bila pandang atas, tak ada orang. Depan mata aku wey. Aku panik, aku tak sempat call ambulans aku call kau dulu. Dia jatuh macam tu je." Bersungguh Rayyan cerita. Kalau aku pun, aku panik.

Aku dan Rayyan tiba di kawasan kejadian. Ada juga kesan darah di situ. Batu bata pun ada. Aku meniliti seluruh kawasan itu. Atas bawah kiri kanan aku pandang.

"Aku rasa ni bukan pekerja kita. Aku rasa orang lain."

Aku mula mengesyak sesuatu. Bukan nak jadi penyiasat, tapi, aku rasa, aku nak siasat. Encik Zahrin dan dato tiada. Mereka masih belum pulang dari tugas luar kawasan. Memang susah kalau nak suruh diaorang balik.

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now