BAB 23

63 4 0
                                    

Aku terjaga dari lena saat terdengar alunan azan berkumandang dari masjid terdekat. Mataku dipisat sebelum senyum diukir.

Syukur masih dapat bernafas. Syukur masih berpeluang mengumpul pahala sebagai bekal di hari kelak.

Aku bangun untuk menyusuri ke kamar mandi. Namun, sesuatu memghalangku. Sesuatu beban erat melingkar di pinggangku.

"Kau peluk mat?...." Membuntang mataku sebelum satu jeritan dilepaskan.

Afiq terjaga. Matanya dipisat. Tubuhnya terduduk longlai di hadapanku.

"Kenapa ni?" Lemah suaranya.

"Kau tanya kenapa? Kau peluk aku pahal? Ish! Apakah?!" Tubuhku menggeletik.

Bukan tak rela, tapi tak sedia. Minta la izin. Tapi.. kena ke minta izin? Kena la kan? Kan? Kan?

"Halah! Kecoh macam rumah terbakar. Peluk je pun. Bukan haram pun. Halah! Halah!" Afiq menjelingku. Dari dalam bilik sampai dia masuk bilik air.

"Halah! Halah!" Afiq menjelingku lagi saat keluar dari kamar mandi.

"Eh kau! Sambung pulak?" Aku mencebirkan bibir.

"Paktih! Acik dulu!" Aku membentak saat Paktih menjelingku sambil masuk ke kamar mandi.

"Pergi la sambung jeling menjeling tu." Sekali lagi aku mencebikkan bibir.

*****
"Hey! Ketepiaq! Sibuk duduk dengan suami orang!" Aku menghalau adikku yang duduk di sisi Afiq.

"Wuu... Marah orang duduk dengan suami dia.." Syahirah menggedik-gedikkan jarinya di hadapan wajahku.

"Biarlah. Orang ada suami. Kau hado?" Aku menjongketkan kening berkali-kali.

Aku merenung wajah Afiq setajam yang mungkin. Lama aku di sisinya namun dia langsing tidak menegurku. Lain macam mamat ni.

"Woi! Baru kahwin semalam. Kau merajuk dah ke? Marah? Bentak?" Aku merapatkan mataku dengan wajah Afiq.

"Mana adalah. Tengah balas chat orang ni." Afiq mencuit hidungku.

"Chat siapa?" Aku bersiap sedia meletakkan tangan di rusuk Afiq.

"Chat kawan la sayang oi. Diaorang ucap tahniah apa semua. Tak akan nak bluetick je. Sekejap aje....... Done!" Lantas telefon pintarnya ditutup.

Apabila denganku, Afiq jarang dengan telefon pintarnya. Jika aku berbicara atau mahukan perhatiannya, dia akan tumpukan pandangannya ke arahku. I'm so lucky.

"Fiq..."

"Ya?" Afiq menatap wajahku.

"Jom pergi jalan-jalan petang nanti? Bosan la duduk rumah. Boleh tak?" Sengih.

"No problem. Tapi... Sayang bawa motor. Okay?"

"No hal. Aku ni racer terkenal dekat PP ni. Aku tak balik aje kecoh grup whatsapp aku. Rider semua ajak lepak." Aku memayang lagak setinggi gunung yang sebenarnya hanya setinggi semut. Mungkin.

*****
"Nak pi mana ni?" Ibu menyoalku saat terlihat aku dan Afiq keluar dari kamar.

"Nak pergi ronda kampung. Kenapa? Ibu nak ikut?"

"Tak ada kerja la. Jangan balik lewat." Pesan ibu sebelum kembali menjalankan tugas.

Aku dan Afiq berjalan ke luar rumah. Enjin motosikal dihidupkan.

"Ready?"

"Yes!"

Motosikal dipandu perlahan sahaja membelah jalan kampung yang sentiasa dipenuhi dengan anak muda yang sibuk bersiar-siar. Beza zaman kini dan dahulu. Sangat beza.

Merata jalan aku masuk. Gelak dan tawa sentiasa menemani. Afiq tidak habis dengan bicara manisnya. Kalau aku cair, jatuh motor kang. Sama-sama nahas. Tak mahu la jadi pengantin baru cedera. Nampak ganas sangat.

"Nak pergi rumah mak tak?" Aku meninggikan sedikit nada suara supaya Afiq mendengar suaraku.

"Boleh juga."

Aku mematikan enjin motosikal di hadapan rumah mertuaku. Langkah diatur masuk ke dalam rumah dengan iringan salam.

"Mak tak masak harini. Lauk kenduri semalam pun ada lagi. Kalau nak makan, ambil la dekat dapur." Pelawa Mak.

"Alah Mak. Mawar ni dia dah makan banyak. Habis semua makanan dia makan. Adik nak makan pun tak sempat." Lagak Afiq menyindirku. Bukan banyak pun. Dua pinggan aje. Rindu lauk kenduri.

"Eh! Mawar! Yow! Bila sampai?" Sajidah yang baru sahaja keluar dari kamarnya terus menegurku. Tegur aku ni macam abang-abang pula.

"Baru aje. Bila start kerja?"

"Esok. Tapi shift petang. Gerak pagi esok la."

"Tak penat ke?"

"Aku malas nak balik awal. Nanti mereput keseorangan. Kawan aku pun tak lekat dekat rumah. Nak je aku letak gam gajah. Biar lama sikit dekat rumah. Ni, tak sampai sepuluh minit dah keluar. Baik aku tinggal sorang." Luah Sajidah.

Aku dan Afiq menderaikan tawa kecil. Sajidah, kalau bab borak, macam sembang dekat mamak. Sembang kari. Melambung habis.

*****
Aku terjaga dari lena saat terasa sesuatu bergegar di bawah bantalku. Telefon pintar itu dicapai sebelum dibuka. Kerut juga wajahku menahan silau.

"Siapa call malam-malam buta ni?" Aku menjawab panggilan itu.

"Siapa ni? Hello?"

"Hello?"

Lantas aku matikan panggilan. Orang panggil tak mahu jawab. Entah siapa yang menelefon Afiq di malam buta sebegini. Orang sedang nyenyak tidur kau boleh pula salah dail nombor.

"Kenapa?" Afiq memandang wajahku.

"Ada orang call kau. Entah siapa. Tanya tak jawab."

"Abaikan aje. Selalu dah. Abang pun tak tahu siapa."

Aku menguap. Akur sahaja. Aku dan Afiq kembali menyambung lena.

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now