"Abang nak makan tak?" Soalku sebaik sahaja keluar dari kamar sambik mengikat rambut.
"Makan apa? Sayang nak pergi mana?" Berkerut wajah Afiq.
Dari lepas subuh sehingga sekarang, Afiq masih di depan televisyen menonton kartun kegemarannya. Entah apa seronok cerita tu. Aku? Bukan tak minat. Cuma kurang. Sejak masuk sekolah menengah, aku dah jarang tengok kartun. Drama layan la. Sampai lupa dunia.
"Sayang nak pergi dapur la. Tengok ada apa. Kalau kena masak, sayang masak la. Lagipun, mak keluar awal kan pagi tadi? Tak sempat la kot masak."
Mak dan ayah tiada di rumah. Hanya aku dan Afiq berdua. Mereka terpaksa ke Kuantan kerana ayah mahu melawat rakannya yang sakit. Aku okay sahaja. Kalau tak boleh masak dan buat kerja rumah, logik juga aku nak gelabah. Syukur, aku dilahirkan sebagai seorang yang minat memasak. Cuma... Kemas rumah tu kureng sikit. Kalau orang tak suruh, rajin la juga.
"Tak nak pergi rumah ibu ke? Kot dah ada makanan? Tak payah membazir masak. Takut tak habis. Kita berdua aja." Cadang Afiq.
"Boleh juga. Sayang pakai tudung sekejap."
*****
Aku masih sibuk di dapur menyiapkan sarapan. Tak tahu pula Mak Lang nak datang. Aku fikirkan, datang boleh la terus makan. Ini? Masak pula. Selamat minat, kalau tidak, entah la."Acik kerja apa?" Soalan yang acap kali Mak Lang tanya. Dah tua kan.
"Acik kerja jurutera dekat Dirga Holding. Kenapa? Mak Lang nak kerja sana juga ke?" Aku membuat riak wajah selamba.
"Haish! Mak Lang dah tua. Suruh kerja sana pula." Mak Lang tertawa.
"Saja je. Ingat tanya banyak kali sebab nak kerja situ. Mira tak balik sekali ke? Selalunya dia yang rajin ikut." Aku melilau mecari kelibat saudara kesayanganku itu.
"Petang sikit dia sampai. Dia kata nak kutip barang dia dekat tempat kerja lama." Aku pula yang pening kepala tengok Mak Lang ke hulu ke hilir.
"Kenapa nak kutip barang? Tempat kerja dia kena tutup ke?" Aku mengerutkan wajah.
"Tak adalah. Dia minta berhenti kerja. Dia kata, tempat kerja lama tu, ada orang dengki dengan dia. Lepastu, bodek bos dia cakap jangan bagi gaji lebih. Dia kata Mira curi tulang. Marah la budak tu. Dalam diam tu, dia cari kerja lain. Dapat elok sikit. Gaji pun elok." Jelas Mak Lang.
Simpati juga rasanya. Tak faham mengapa orang perlu dengki sehingga sebegitu. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Mungkin kau lemah dalam kerjaya A tapi hebat dalam kerjaya B. Mungkin dia hebat dalam kerjaya A tapi lemah dalam kerjaya B. Sama-sama bantu. Entah mengapa perlu sehingga begitu. Zaman sekarang, banyak juga fikiran cetek. Tak fikir akibat. Pentingkan diri. Majikan pun entah apa-apa.
Aku rasa, lama sudah Amira bekerja di syarikat itu. Hampir dua tahun. Entah la! Tak faham dengan dunia ni.
"Bagus la tu."
"Acik macam mana dengan laki acik? Dia baik?" Soalan cepu emas ke apa ni?
Aku termenung seketika. Sempat aku menggamit memori bahagia aku dan Afiq.
"Baik sangat. Marah tu pernah la. Sebab acik ni buat salah. Pegangan agama cukup. Senang kata, tak pernah lagi la buat acik sakit hati." Aku mengukir senyum sebelum kembali mencuci sayur-mayur.
"Baguih la. Hang tu keras kepala. Untung ada orang nak." Ibu mencelah.
"Apa la ibu ni. Semua kepala orang keras. Tak feeling ah macam ni." Aku membuat gaya seperti orang india yang sedang marah dengan lidah terkeluar.
*****
"Sama aje kan rasa dia macam dulu?" Soalku.Teringin pula nak rasa laksa Mak Long. Lama juga tak makan. Tambahan, Afiq yang mengajak. Enjoy habis la.
"Eh! Afiq? Kau balik sini bila?" Seseorang menyapa.
Lantas aku menoleh. Syafiqah? She again? And again? Aku bosan tengok dia. Tambahan, aku benci dia. Memang benci tahap gaban la. Ada hati nak rampas suami orang. Memang suami orang je ke yang nampak elok? Aku tahu la aku ni pandai jaga suami. Tapi, ada orang lagi pandai jaga suami. Duda ada. Teruna lagi belambak. Pilih aje.
"Kitaorang pun tak tahu. Buka mata je, tengok dah sampai kampung. Menarik bukan?" Aku mencelah. Afiq menahan tawanya.
Tak akan sekali-kali aku benarkan Afiq bertutur lembut dengan dia. Biar aku balaskan lagi bagus. Biar dia tahu, madu tu tak semestinya manis. Masin ada. Masam ada. Pedas lagi banyak. Majoriti, yang perampas ni akan dapat rasa madu pedas limited adition aje. Kalau belah aku, cap Mawar berduri. Rasa tajam sikit. Pedas sikit. Aha!
"Awak nak tambah apa lagi tak? Saya belanja." Pelawa Syafiqah. Bicaraku hanya dibiarkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Afiq aje?"
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...