BAB 10

81 3 0
                                    

Tok! Tok!

"Masuk!"

"Cik Mawar.."

"Ya Yat.." lembut sahaja suaraku. Walaupun sebenarnya rasa nak marah bila orang ganggu kita masa tengah banyak kerja.

"Sorry la ganggu. Tapi Encik Zahrin nak jumpa Cik Mawar dekat bilik dia sekarang."

"Dia nak apa?" Soalku dengan wajah berkerut.

"Saya pun tak tahu cik. Saya harap cik pergi la sekarang. Mood dia tak baik tu." Pesan Hayati.

"Fikir mood dia je. Tak nampak ke saya banyak kerja? Ya lah! Five munites!"

Aku mencapai buku catatanku bersama. Risau kalau Encik Zahrin nak pesan apa-apa.

Aku melangkah masuk ke dalam kamar Encik Zahrin selepas mendapat kebenaran dan melabuhkan punggung.

"Ada apa encik nak jumpa saya?"

Encik Zahrin bangun dan duduk di kerusi yang terletak di sisiku. Kerusiku dipusingkan. Tajam matanya merenung mataku. Wajahku masih beriak selamba. Jangan tunjuk kau takut Mawar. Ada silat kan?

"Encik Zahrin tolong serius boleh tak? Saya ada banyak lagi kerja." Senyum cuba diukir.

"Saya tahu awak single. Orang macam awak mana sempat nak cari boyfriend. Kan?" Sangkal Encik Zahrin.

"Ya. Maafkan saya tipu encik. Tapi masa tu saya sibuk. Jadi, apa masalahnya Encik Zahrin?"

"Will you marry me?" Selamba.

Memang la terkejut. Namun, aku cuba beriak selamba. Jual mahal. Dan keringkan hati.

"Tu je?" Soalku dengan kerutan di dahi.

"Ha?" Encik Zahrin menggarukan kepala.

"Itu sahaja ke Encik Zahrin nak tanya saya?"

"Ha? Er.. tu je la. Awak setuju tak?"

"First, saya tak puas membujang lagi. Second, saya sibuk. Third, saya anggap Encik Zahrin hanya sebagai majikan saya." Aku mengukir senyum sebelum bangun.

"Saya bukan nak kurang ajar dengan Encik Zahrin. Tapi, jujur Encik Zahrin, saya terlalu sibuk hari ini. Jadual saya terlalu padat sendat ketat. Saya minta diri dulu kalau tak ada apa-apa?" Sekali lagi aku mengukir senyum sebelum menuju pintu kamar.

"Mawar.."

Langkahku terhenti.

"So, awak setuju tak?"

"Encik Zahrin pun dah tahu jawapannya." Nampak tak drama queen tu? Hahaha...

Aku keluar dengan keluhan. Harap la tak kena pecat.

Aku dah tahu dah dia suka aku. Akmal dengan Rayyan bagi tahu. Sebab? Sebab Encik Zahrin suka tanya pasal aku dekat diaorang. Bukan diaorang je, orang lain juga. Aku tak nak la. Sumpah! Mati hidup semula aku tak nak dengan dia.

Bukan type aku la. Tak nak la kahwin dengan majikan sendiri. Dia dah la sombong meninggi, boleh murung aku kalau kahwin dengan dia. Ini bukan drama maghrib. Tak mahu la. Ex pun dah belambak zaman sekolah. Usahlah ditambah zaman dewasa ni.

*****
Dring!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Sesi pembelajaran ditangguhkan seketika.

"Okay! Sampai sini sahaja kelas kita harini. Terima kasih." Ucap Afiq sebelum melabuhkan punggung di mejanya.

"Terima kasih sir." Serentak!

"Sir Afiq!"

"Ya..."

"Ni kerja saya haritu. Sorry lambat hantar. Haritu saya balik kampung, mak saya sakit. Harini baru saya datang." Terangnya penuh rasa bersalah.

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now