"Ya Allah! Baru siap mandi? Nanti lambat la anak dara oi!" Maktih menolak tubuhku supaya lebih pantas.
Memang kecoh la harini. Aku nak kahwin! Hahaha! Saudara mara semua pulang. Dalam tiga empat orang sahaja tak balik, kerja pula. Luar rumah memang dah kecoh. Aku? Lambat pula bangun tadi. Tidur lewat siapkan dulang hantaran dan pelamin. Cuti pun dapat lambat sikit. Banyak kerja.
Kalah la hari raya kalau bab ada yang nak kahwin. Tarikh aku tentu sendiri. Hari lahir sendiri! Okay apa sambut ulang tahun perkahwinan sekali hari lahir sendiri?
"Bawang tak cukup!" Abah menjerit!
"Tu sana banyak lagi!"
Aku hanya tersenyum dan tertawa melihat keletah mereka. Seronok pula bersatu sebegini.
Aku berjalan masuk ke kamar. Cantik bak istana kamarku dihias. Busana pengantin dicapai dari dalam almari. Disarung ke tubuh dengan senyum megahnya. Rambut dikeringkan.
Aku menjengulkan kepala di muka pintu setelah usai menyarung baju.
"Nor! Shawl Acik mana?" Terpejam mataku melontarkan suara. Maklumlah, rumah dah macam apa entah. Pasar tani pun kalah.
"Dekat almari bilik Mak Tih. Kau dah makeup ke?"
"Belum. Nanti aku makeup sendiri. Kalau orang lain makeup, nampak macam hantu nanti." Selamba.
Aku dulu memang tak suka makeup. Kalau nak bercuti ke mana, aku just tempek krim siang dan bedak kompak. Nak tambah pun liptint aje. Sekarang pun just update sikit je. Aku suka yang simple. Tak suka melebih.
*****
Aku duduk di ruang tamu rumah. Keluhan berat dilepaskan. Penat pula rasanya berjalan keliling rumah. Dah petang macam ni pun masih ada tetamu. Aku dah tak larat nak bersalaman. Tubuhku disandarkan di dinding rumah."Amboi pengantin! Penat sangat nampak? Suami pun lupa ke?" Pak Tih menegurku.
"Mana ada lupa. Dia ada dekat luar. Acik masuk dulu." Sengih.
"Dah la. Pergi la rehat dekat bilik. Nanti pengantin tidur sini, apa pula orang kata."
Pak Tih kalau bercakap dengan sedara mara muka dia tak pernah nak senyum. Selamba je. Walaupun dia buat lawak, macam tu la muka dia.
Aku akur sahaja. Ada betul juga. Macam tak sopan rehat dekat luar ni.
Aku duduk di atas katil. Tubuhku disandarkan di kepala katil. Mataku dipejamkan.
Aku tak sangka, akhirnya aku dan Afiq bersatu jua. Kini dia suami aku yang sah. Aku bersyukur padamu Ya Allah. Kau satukan aku dan dia walaupun banyak rintangan.
Lamunanku terhenti saat seseorang memasuki kamar. Tak la terkejut mana. Afiq je. Kan? Kan? Je kan?
"Kenapa tak ketuk pintu dulu." Aku membetulkan posisi tubuh.
"Dah ketuk dah tadi. Tapi, sayang yang tak buka." Main tekan-tekan pula. Afiq menayang sengih lebarnya.
"Banyak la sayang kau. Eh! Nak buat apa ni?" Aku berpeluk tubuh saat Afiq membuka ikatan kain sampinnya.
"Abang panas la. Nak ke tengok suami awak ni mati di hari perkahwinan kerana kepanasan? Nak jadi janda?" Afiq mengacah.
"Jangan la. Aku ingat kau nak buat apa tadi." Aku tersengih.
"Eh! Kita dah kahwin. Panggil la Abang! Abang panggil sayang, sayang." Afiq menggeletikkan tubuhnya.
Aku tersenyum sebelum tertawa berdekah-dekah. Sakit perut dibuatnya.
"Gelak pula sayang kita ni. Cium kang!" Afiq secara mengejut melabuhkan punggung di sisiku.
"Hey! Tak nak aku rasa ciuman kau tu. Bibir karipap! Suruh panggil sayang abang tu boleh." Sengih.
"Tak apalah. Tapi, cuba cakap guna sayang abang tu." Afiq memejamkan mata.
"Abang..." Aku bermain jari di atas dada Afiq.
"Ya sayang.."
"Jom kita keluar. Sayang rasa malu la bila kita berduaan begini." Sempat aku memalingkan wajah dan membuat riak ingin termuntah sebelum kembali tersenyum.
"Malu kenapa?" Riak Afiq masih sama.
"Malu sebab.. sebab kau tu gatal! Nanti tak pasal-pasal jadi benda lain pulak. Dah la! Aku keluar dulu." Aku menampar dada Afiq sebelum berlalu pergi.
"Ala!" Afiq menghentak kaki.
Belum sempat melabuhkan punggung, sudah ada yang menegur.
"Muncung bibir! Merajuk ke?" Kaknor menyigung tanganku.
"Mana ada. Duduk dalam bilik tu panas." Aku mencipta alasan.
Kaknor bersama angkatan tenteranya tertawa.
"Panas sebab Afiq goda la tu."
Lantas tanganku menampar peha Kaknor.
"Kau ni merepek la. Mana ada la. Bilik tu memang panas. Aku keluar la." Lagi nafi dan nafi.
"Hoi! Kau goda dia ke?" Soal Kaknor sebaik ternampak kelibat Afiq keluar dari kamar.
Afiq tertawa sambil berjalan mendekati diriku. Punggungnya dilabuhkan di sisiku. Bahuku diraut dibawa dekat ke tubuhnya. Aku kaku! Beku!
"Dia goda aku ada la."
Lantas aku mencebik. Jelingan tajam dilemparkan.
"Kepala hangguk kau!" Aku meleraikan pelukannya.
"Sweetnya kauorang. Aku pula rasa nak kahwin." Amira menggeletik
"Ni lagi sorang kepala hangguk." Aku menjeling lagi.
"Mana baik marah suami macam tu. Marah apa ni?" Abah bercekak pinggang di belakangku.
"Afiq goda acik." Selamba sahaja Kaknor berbicara.
"Mana ada la. Membongak je kerja kau. Ish! Selamat suami aku dekat sebelah. Kalau tak, kau aku lanyak." Aku mengenggam penumbuk.
"Tak ada apalah abah. Saja gurau."
"Ha gurau! Gurau dengan aku sekali kau kenakan. Apo lah!" Aku menjeling lagi sebelum bersandar di lengan Afiq sambil mengunyah kerepek.
"Apa cakap aku kau macam tu?" Abah mendengus.
Aku terhenti kunyahan. Pandagan dibawa ke arah Abah.
"Geli la abah nak panggil dia abang. Dia ni gatal la." Rungutku.
"Suami hang! Panggilan kena lembut. Mana boleh kasar."
"Ya la." Akur!
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...