Usai sahaja mengambil gambar, keluarga Afiq terus sahaja pulang. Aku masuk ke dalam rumah. Berkumpul bersama rakanku kembali.
"Wey! Nak tunang tak bagi tahu. Sampai hati." Jeling Farah.
"Bukan tak bagi tahu. Tak rancang pun harini nak tunang. Just ayah aku nak jumpa. Tak tahu pula sampai bertunang bagai. Ayah aku setuju, aku pun setuju la. Nak kena bebel?" Aku meneguk air.
Banyak sangat berborak dengan Afiq sebentar tadi. Segala amarah aku hamburkan padanya. Afiq hanya tersenyum melihat karenahku.
"Bukan haritu kau kata kau tak berpunya lagi ke? Macam mana boleh bertunang awal pulak dengan budak lembut tu." Aliya mencebik.
"Mana ada lembut la. Dia dah lain. Aku memang tak berpunya. Dia ajak aku kahwn pun, aku tak buat apa-apa keputusan lagi. Tahu-tahu dah kena tunang. Okay la kan?" Sengih.
"Sampai hati kau Mawar. Aku ni, dah lama tunggu kau. Tak ada pula kau terima." Rayyan mengacah tangisnya.
"Banyak la kau punya tunggu lama. Kalau aku tak berubah macam ni, kau pun tak nak la. Afiq tu, dari dulu dia suka aku. Sampai sekarang! Kau? Semua nak lawa gila. Padahal, putus ganti baru juga." Sinis perlianku.
Rayyan menumbuk dadanya dengan wajah tersenyum.
"Sakitnya Mawar!" Pekik Rayyan.
"Kalau tak betul, tak terasa kan?"
Semakin lama, semakin lagak perbualan. Tidak habis-habis mereka membayangkan masa depan aku dan Afiq. Ada yang kata nanti dapat anak khunsa. Ada kata nanti gelap masa hadapan. Tapi aku tak kesah apa orang kata, kalau jodoh, tak ke mana la.
"Bye! Terima kasih tau datang!"
"Sama-sama kasih." Serentak.
Aku tertawa melayan karenah mereka. Langkahku maju diatur masuk ke dalam rumah. Saat tiba di dapur, bukan main lagi gosipnya.
"Acik! Sini kejap!" Panggil salah seorang sepupuku, Amira.
Aku duduk di sisinya. Semua mata merenungku. Macam aku baru lepas bunuh orang.
"Nak tunang tak bagi tahu pun? Tak penting ke kami ni?" Pak Tih ku mula membebel.
"Mana ada la. Tak tahu pun yang dia nak ajak tunang terus. Acik suruh dia datang sebab abah nak jumpa. Lagipun, Acik tak tahu pun dia nak datang hari ni. Tu yang gelabah bagai." Selamba aku bercerita.
"Tu ke crush kau yang kau suka sekolah menengah dulu?" Amira tersengih.
"Wuih! Crush! Patut la." Bergema tawa di dapur.
"Ye la. Aku terjumpa dia balik. Tak tahu pula yang dia tunggu kita." Senyum.
"Umur berapa? Kerja apa?"
"Dia kerja cikgu sekolah menengah. Umurnya dua puluh tiga!" Aku mengunyah kerepek.
Sunyi suasana dapur yang tadi haru biru kini dihampar sepi. Aku yang sibuk mengunyah, terhenti juga aksi melihat reaksi mereka.
"Serious la? Muda dua tahun. Hang crush budak muda ka?" Maktih tertawa.
"Ye la. Dia sebaya kaknor. Dulu sama-sama silat. Bila dia selalu kacau tu, ter.... Suka la. Dia pun suka acik. Lepastu, dia ajak kita kahwin pula masa jumpa haritu. Acik tak buat keputusan lagi. Tapi, acik suruh bincang dengan keluarga masing-masing. Tu yang datang harini tu." Terangku.
"Lama dah la bercinta?" Selamba sahaja riak wajah Paktih saat menyoalkan persoalan itu.
"Tak bercinta la. Kawan biasa je. Acik kata dekat dia, kalau nak, sama-sama usaha. So, sama-sama la usaha. Lagipun, memang cari dia dari dulu. Tahu-tahu jumpa dekat office acik."
"Dah check latar belakang? Maktih bukan apa, kawan pun belum tentu kita kenal habis."
"Dah lama check. InsyaAllah tak ada masalah. Abah pun kenal. Rumah pun dekat jalan kilang je." Sengih.
Seronok pula bila ada yang prihatin. Saudara maraku semuanya sporting. Kalau bab nak kahwin, lagi mereka suka. Berebut nanti cadang tarikh.
"Orang sini ke? Ingat jauh."
"Memang la orang sini. Tapi, selalu dia beraya dekat Kedah. Jenuh hadap jem." Aku mengeluh.
"Dah fikir raya." Maktih menjeling.
*****
"Hoi! Si darah manis! Tengok apa tu?"Asyura menyergah masuk ke kamar. Sebenarnya, nak kata kamar siapa pun tak tahu. Sekejap, orang ini duduk, sekejap orang ini duduk. So, kamar aku aje la.
"Tengok ig je. Asal? Ada masak lagi ke?" Aku menyoal. Jika ada, boleh hulurkan bantuan kan?
"Tak adalah." Asyura mencapai telefon pintarnya.
Suasana sunyi seketika saat masing-masing ralit dengan gadget.
"Syura!"
"Benda jerit?" Kerut wajahnya.
"Kau bila nak kahwin? Dulu bukan main banyak boyfriend lagi. Satu Malaysia kau kenal. Sekarang, di mana semua jejaka itu?" Aku menjongketkan kening berkali-kali.
Asyura memang begitu. Dahulu, semua lelaki dia bercinta. Aku pun tak tahu mana dia dapat nombor. Cakap aje negeri mana, semua ada. Indonesia pun ada. Sekarang? Kahwin pun belum. Di mana jejaka dahulu?
"Jodoh tak sampai lagi la. Aku dah tukar nombor, tukar telefon. Semua tu dah lupa dah. Tapi, on the way la." Tersengih pula.
"Alah! Dah ada calon, tapi malu. Dah 27 tahun, okay la tu umur. On la." Aku mencuit Asyura.
"Esok lusa la fikir. Enjoy dulu."
Aku mencebik. Tumpuanku kembali kepada telefon pintar. Aku membuka akaun instagramku. Sambil melayan rasa bosan, sambil scroll. Jariku terhenti saat terlihat satu pos dari akaun Afiq.
afiqzaidi._
(Foto tunang)
Caption;
Crush sekolah menengah, sekarang dah jadi tunang aku. Tak sangka akan jumpa balik. Dah lama cari, Alhamdulillah ada jodoh bersatu juga.
.
Siapa kata jadi crush cinta tak terbalas? Bak kata tunang aku, kalau sama-sama nak, sama-sama usaha. Buat apa kejar orang yang bukan jodoh kita, kalau yang bakal dibawa ke Jannah sudah di depan mata? Salam eid!Aku tersenyum membaca caption Afiq. Syukur, dia hargai aku. Tak sangka, dia betul-betul nak aku. Harap, kekal begini. Aku tak mahu, andai aku salah dia hanya bisu. Andai dia salah, aku hanya tahu merajuk dan mencari salah siapa. Mana datang bahagia kalau ego menjadi yang ketiga?
"Tersenyum kenapa darah manis oi?" Mak Lang pula menyergahku.
Aku tersengih malu. Tak perasan pula orang masuk. Asyura pun bisu aja.
"Tak ada apalah." Sengih.
Mak Lang melabuhkan punggung di birai katil.
"Bila nak kahwin?" Start dah bertanya. Nak cadang tarikh la tu.
"Tak tahu lagi. Nanti balik sana, baru bincang semula. Sebab tunang pun mengejut. Tak bincang la tarikh. Nanti, ayah dia nak jumpa abah balik, nak bincang tarikh. Tapi, InsyaAllah hujung tahun ke, tahun depan ke." Terangku jelas.
"Amboi! Cepatnya!" Asyura menyampuk!
"Mana adalah. Tunang kan tak ada hantaran apa, baju apa. So, ada la bajet sikit. Dia pun dah kata, duit dah ada. Duit simpanan acik pun ada. Kalau nak buat kenduri tu, InsyaAllah lepas."
"Ha! Bagus la tu. Kamu tu Asyura. Acik dah kahwin, kamu belum lagi." Mak Lang menjeling.
Aku hanya tersenyum. Asyura, kalau bab ini cepat sikit sentap. Pengalaman banyak, tapi tak nak kahwin lagi. Apo la!
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...