"Menung apa cik bunga oi?" Syakira menongkatkan tubuh di mejaku.
Lamunanku terhenti. Tekanan demi tekanan datang menyapa. Kerja. Hidup. Afiq. Kahwin! Semua buat aku tertekan.
"Any problem?" Aku membetulkan posisi menghadap meja kerja. Ruang kerja yang bersepah dikemaskan.
"Ini Encik Zahrin bagi untuk kau settlekan." Beberapa timbunan file dihulurkan.
"Mana Yat?"
"Aku masuk bilik dia tadi. Tu yang dia bagi kot. Tapi, asal kau uruskan bab macam ni? Aku rasa ni bidang ni bukan bidang kau." Jelas Kira.
"Memang cari hal la." Ujarku perlahan sambil menggertap bibir.
Sejak aku menolak lamarannya di hari lepas, ada sahaja perkara yang dia lakukan supaya aku sakit hati. Entah apa yang dia tak puas hati. Ramai lagi perempuan lebih cantik dari aku.
"Kau ada buat hal ke dengan dia? Tak silap aku, selama ni dia okay je dengan kau." Sangkal Syakira.
"Nothing! Thanks untuk file ni. Any problem?"
"No more. Jangan stress sangat la. Kau hati kering la. Apa dia buat, kau pun boleh buat. Take care." Pesan Syakira sebelum berlalu pergi dari kamar kerjaku.
Air mataku yang sudah lama kutahan, mula mengalir perlahan. Terketar tanganku menahan amarah. Tak pernah lagi aku menangis disebabkan tekanan hidup macam ni. Senang kata, aku tak pernah lagi menangis start aku belajar dekat uni, sampai la harini. Hari aku mengalirkan air mata untuk kesekian kalinya.
Air mataku diseka.
"Kuat Mawar. Dia bukan lawan kau."
*****
Aku melangkah masuk ke dalam lif diikuti dengan Rayyan dan Akmal yang baru selesai makan di kafe bawah. Namun, bukan makan bersama. Aku lebih banyak bersendiri daripada bersama orang lain sejak kebelakangan ini."Mawar.."
Aku hanya membisukan diri.
"Kau ada masalah, share la dengan kitaorang. Kitaorang ni bukan tunggul. Kitaorang ni kawan kau sejak kau start kerja dekat sini. Kau bukan macam ni. Ya, kau memang serius, tapi bukan pendiam macam ni. Share la." Luah Akmal.
"Mal, Yan, aku tahu aku ni bukan kawan yang terbaik. Muka ketat. Maaf la kalau buat kauorang semua rasa aku ni membuatkan fikiran kauorang semak. Maaf sangat." Terus aku berlalu keluar dari lif setelah pintu terbuka.
"Yan.."
"Pahal Mawar tu?"
"Aku dengar cerita Encik Zahrin buli dia."
"Buli?" Kerut wajah Akmal.
*****
Aku menarik nafas dalam sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat Encik Zahrin. Entah kenapa nak jumpa aku pula. Dah la bagi kerja bertimbun, lepastu nak jumpa."Duduk."
Aku menuruti. Selamba sahaja riak wajahku memandang Encik Zahrin.
"Ada apa Encik Zahrin nak jumpa saya?"
"Aku nak kau, selesaikan projek baru ni. Sendiri." Sebuah file dihulur kepadaku.
"Saya engineer Encik Zahrin. Saya bukan arkitek. Macam mana saya nak dapat plan bangunan kalau arkitek tak kerjasama dengan saya?"
"Itu bukan masalah saya. Yang pasti awak selesaikan projek ni." Makin lagak gayanya.
"Kalau projek ni tak start, bukan masalah saya. Sebab bukan kerja saya nak buat plan. Encik Zahrin kena ingat, bidang saya, kejuruteraan. Bukan marketing. Bukan arkitek. Bukan macam pekerja lain." Api amarah di dalam dadaku kian membara.
"Awak jangan nak kurang ajar dengan saya. Awak pekerja bawahan saya. Saya boleh suruh apa saya nak awak buat."
"Apa yang Encik Zahrin tak puas hati dengan saya? Tak akan sebab saya tolak lamaran Encik Zahrin, Encik Zahrin nak seksa saya macam ni? Ini kes penderaan pekerja Encik Zahrin. Saya tak ada kena mengena dengan bidang markerting. Tiba-tiba dapat file yang kena selesaikan masalah tu. Encik Zahrin ingat saya ni apa? Robot?" Suaraku mula naik seoktaf.
"Awak jangan nak melampau."
Aku menggeleng.
"Saya atau Encik Zahrin yang dah melampau? Saya banyak lagi la masalah. Bukan saya nak layan dendam Encik Zahrin. Hal peribadi, tak perlu bawa masuk dalam pejabat. Tak akan CEO pun tak boleh nak ikut polisi syarikat? Banyak lagi perempuan cantik dari saya, baik dari saya dekat luar sana. Kenapa nak saya juga? PA Encik Zahrin. Yat tu pun cantik dan baik dari saya. Apa yang tak cukup? Encik Zahrin patut bersyukur tau saya tak report hal ni dekat Dato."
"Saya tak ada masa nak kurang ajar Encik Zahrin. Tapi, Encik Zahrin yang buat saya macam ni. Saya dah tak kesah la sekarang. Encik nak pecat saya ke. Teruskan saya sebagai pekerja ke. Saya dah tak kisah. Sebab saya dah tak tahan dengan perangai Encik Zahrin yang pentingkan diri. Saya banyak lagi orang nak sara. Encik Zahrin tak apalah tauke. Saya makan gaji."
"Mawar! Awak jangan sampai.."
"Apa? Pecat? Kalau Encik rasa projek yang bermasalah tu nak terus bermasalah, dipersilakan. Maaf Encik Zahrin, saya tak tahan. Harini saya half day. Maafkan saya. Assalamualaikum."
Pantas aku mengatur langkah keluar dari kamar itu sebelum amarahku makin membuak. Yang lain sibuk mencuri dengar dari luar kamar.
"Buat la kerja. Kalau tak nak rasa kena macam aku, kerja. Tak payah sibuk hal orang." Pesanku kepada mereka yang sibuk memerhatikan tindak tandukku.
*****
Berkali-kali Afiq membuat panggilan kepadaku. Namun, satu pun tidak kujawab. Aku hanya duduk berpeluk tubuh di atas katil. Entah! Aku tak faham dengan diri aku. Tertekan sangat.Tok! Tok!
"Mawar.. jom turun makan. Dari petang tadi kau tak makan."
Aku hanya membisukan diri.
"Mawar? Kau kenapa ni?"
Selepas beberapa minit Fatihah membisu, pintu kamarku terbuka. Hanya hanya membiarkan Fatihah menghampiriku. Riaknya sudah menggelabah.
"Kenapa ni Mawar? Kau tak pernah macam ni la." Fatihah membawaku ke dalam pelukannya.
"Aku tak kuat Teah. Semua datang serentak. Afiq tak habis tanya pasal kahwin. Bos aku ansyik buli aku sejak aku reject lamaran dia. Kerja aku bertimbun. Kerja yang bukan bidang aku pun, dia paksa buat. Aku tak tahu apa masalah dia. Aku stress Teah. Kenapa?" Aku mengalirkan air mata yang tiada henti.
"Hey! Kau bukan macam ni la. Kau kan hati kering. Kau tak pernah la nangis macam ni. Mana Mawar yang aku kenal? Kenapa nak sedih macam ni? Bos kau tu, kau boleh lawan la. Jangan la macam ni." Belakangku diusap.
"Aku penat Teah. Kenapa aku dapat macam ni? Aku tertekan Teah."
"Dah la. Tak payah la macam ni. Malam ni aku teman kau tidur okay? Esok tak payah kerja. Aku bawa kau pergi hospital."
"Tak nak." Aku menggeleng.
"Kau jangan nak buat drama Syamila 2.0 ae?" Fatihah menjeling.
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
Aktuelle LiteraturBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...