BAB 32

303 4 2
                                    

"Afiq aje?" Aku menjongketkan kening berkali-kali.

"Kau ingat sikit aku ni siapa. Aku ni isteri dia. Kalau kau nak kahwin dengan dia pun, kau kena menghadap muka aku juga. Bahagia? Lepas kau jadi janda kepada Afiq, atau lepas kau lupakan Afiq baru kau rasa bahagia la." Makin lagak aku membahan Syafiqah. Merah padam wajah gadis itu.

"Amboi! Marah ke cik adik?" Aku dan Afiq bertepuk tangan.

*****
"Sedap tak abang." aku menyuapkan laksa kepada Afiq.

"Ala! Comot dah. Selamat dekat kedai orang. Kalau tak, lama dah ngap!" Aku mengukir senyum nakal.

Syafiqah yang semeja denganku hanya menjeling. Disebabkan meja yang penuh, aku mempelawa dia duduk bersama. Sengaja mahu menyakat. Pengajaran dalam pelbagai cara. Kalau dengna aku, kasar sedikit.

"Eh! Sayang lupa ada Syafiqah. Kesian pula tengok dia sorang macam tu. Tumpang simpati la kita ya abang?" Aku memeluk erat lengan Afiq.

Kau jangan harap, kalau aku kahwin dengan Afiq, kau akan ada lagi di sisi dia. Aku akan pastikan, Adiq buang kau Mawar. Aku akan pastikan, Adiq benci kau. Sangat! Bisik hati kecil Syafiqah.

"Kau tak nak tambah ke? Aku belanja. Tapi... Kau bayar!" Sekali lagi aku dan Afiq bertepuk tangan.

Kasihan tu memang la kasihan. Tapi sampai bila? Sampai jath terduduk sebab kepala kena pijak? Perampas, jangan pernah dibagi muka. Walupun muka dia lagi cantik dari kau, tetap jangan bagi.

"Kak! Nak bayar." Panggil Afiq.

"Makan apa ni?" Soal akak itu

"Semuanya tiga belas ringgit kak. Saya siap kira orang depan ni sekali. Kalau ada baki, simpan la kak. Halal! Terima kasih " ucapku sebelum berlalu pergi meninggalkan Syafiqah yang merenungku tajam.

"Jangan tenung lama sangat. Nanti tergoda." sempat aku mengenyitkan mata ke arah Syafiqah. Makin marah la minah tu.

*****
"Kenapa ni? Dari tadi muncung?" Afiq menegurku sebaij sahaja melabuhkan punggung di sisiku. Secawan air kosong dihulur.

"Nak marah kenapa ni? Abang ada buat salah ke? Kalau nak kata pasal Syafiqah, abang tak layan dia pun." Afiq berpura.

"Abang jangan ingat sayang tak nampak abang ansyik tenung Syafiqah tu masa dia tengah makan? Abang ni jenis apa ya? Isteri duduk sebelah pun sempat lencong biji mata dekat orang lain lagi." Aku mendengus geram. Air kosong diteguk bagi meredakan api amarah yang kian membara.

"What? Mana ada la. Abang tak tenung dia pun." Afiq menggeleng. Lagi dan lagi cuba menafikan.

"Tipu!"

Aku membentak. Aku tenung sahaja Afiq semasa di kedai Mak Long tadi. Tajam anak matanya merenung wajah Syafiqah yang asyik menikmati makanannya. Isteri mana tak cemburu. Isteri kontrak terhad tu pun boleh cemburu. Inikan aku yang kontrak sampai mati.

"Ya! Fine! Abang tenung dia."

"Kan betul! Mengaku dari tadi kan senang?" Aku menjeling tajam. Mataku hanya tertumpu kepada kanak-kanak yang sibuk bermain bola sepak di padang berhadapan rumahku.

"Cuba dengar sampai habis." Afiq mendengus.

"Abang tenung dia sebab dia tenung sayang macam nak terkam. Abang tak suka dia tenung sayang macam tu. Macam sayang ni jahat sangat. Padahal, sayang layan dia elok apa? Abang tak suka bila dia pandang serong sayang. Please la faham! Tak ada masa la nak curang. Sayang sorang pun dah cukup la. Abang dah bahagia. Tak payah beban la." Afiq menyilangkan kaki sebelum pandangannya dialihkan. Merajuk la tu.

"Marah ke?" Aku memeluk erat lengan Afiq.

"Acik! Jom pergi padang. Tadi beria ajak." Amira menyapaku. Nak bermanja pun susah.

"Pergi la dulu. Nanti aku dengan Afiq datang." Pesanku tenang.

Lantas Afiq bangun sebelum berdiri di sisi Amira. Terkejut juga sepupuku itu. Dah macam pelesit kelakuannya.

"Siapa nak duduk sini? Orang nak pergi padang. Duduk la sini sorang. Jom Mira!" Ajak Adiq dengan suara yang agak manja.

Aku mencebirkan bibir. Dahiku ditepuk berkali-kali.

"Wae? Oppa! Jinjja?" Aku membentak lagi dan lagi.

"Jom la acik." Wajah Amira seakan cuak.

"Tak payah la Mira. Dia tengah imbas kembali memori dia. Nak cari salah aku la tu. Kita tinggalkan dia. Ayuh!" Afiq mengajak Amira dengan girangnya.

"Afiq Aimanudin bin Muhammad Zaidi! Go padang, no sleep together. Deal?" Aku mengugut tanpa berfikir panjang.

"Deal! Boleh tidur luar tengok kartun. Tata!" Afiq melambaikan tangan ke arahku.

Lantas aku bangun mengejar Afiq sebelum meraut lengannya. Aku tahu ugutanku akan memakan diriku sendiri. Aku tak boleh tidur kalau tiada Afiq di sisi. Dialah bantal peluk aku. Kalau aku kerja di luar kawasan pun, belum tentu aku tidur nyenyak. Tak tenang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBANDWhere stories live. Discover now