"Hang dengan Afiq lagu mana?"
"Macam ni la ibu. Alhamdulillah. Dia baik."
"Baguih la. Ni ibu nak pi masak sat. Nanti telefon lagi."
"Okay. Assalamualaikum."
Aku merebahkan tubuh ke atas sofa. Hanya menunggu masa untuk Afiq turun sarapan bersama. Awal pagi lagi sudah beria-ria suruh aku sediakan sarapan.
"Abang, jom makan sekali. Sayang dah masak." Aku tersenyum lebar.
"Abang makan dekat luar. Ada hal sikit."
"Tapi.."
"Bye!"
Afiq terus berlalu keluar dari rumah. Tanpa kata maaf. Tanpa mengkhabarkan atas tujuan apa.
"Kau dah berubah. Ya... Drastik!" Air mataku mula bergenang.
Ya, hatiku keras. Namun, bagi hal remeh sebegini, aku lemah. Tambahan pula, suami sendiri memperlakukan kita sebegitu. Luluh rasanya.
"Afiq..."
*****
Afiq melangkah masuk ke dalam sebuah kafe. Keluhan berat dilepaskan. Rasa kesal pula perlakukan Mawar seperti itu. Bukan apa, niat mahu memberi pengajaran. Mahu biar Mawar rasakan apa yang dia rasa. Namun, dia pula yang rasa bersalah. Bagai dihempap beban. Entah bagaimana mahu menghadap Mawar pabila pulang nanti. Masih mahu pertahankan ego? Atau maaf?"Order sir?" Seorang pelayan lelaki menghulurkan menu kepada Afiq.
"Latte and special toast." Afiq mengukir senyum.
"Wait a minute sir."
Sekali lagi Afiq mengeluh. Pandangannya dibawa ke luar kafe. Orang yang ditunggu tak kunjung tiba.
"Afiq?"
"Yes! Awak siapa?"
"Ough! Saya la yang nak jumpa awak. Saya duduk belakang sana tadi. Boleh duduk?" Soal gadis itu sopan.
"Ya. So, awaklah orang yang seallu call saya tu? Yang tak ada suara tu? Untuk apa ya awak buat semua ni? Awak sepatutnya bersyukur saya tak report awak dekat polis." Jelas Afiq tegas.
"Boleh saya order dulu?" Tangannya diangkat bagi mencari perhatian para pelayan.
"Yes Ms?"
"Berry pancake and a cup of tea." Senyum.
"Wait a minute Ms."
Afiq merenung wajah gadis itu. Entah apa gadis itu mimpi sehingga mempelawanya berjumpa di sini. Hal mustahak katanya.
"Tell me why?"
"Ough! Kenalkan, saya Syafiqah. Nur Syafiqah binti Zaiful Bahari. Ingat saya?" Gadis itu menghulurkan tangan.
"Sorry! Saya dah kahwin." Selamba sahaja Afiq menolak.
"Ough! Sorry."
"Jaga maruah awak sebagai seorang perempuan islam. Lagipun, awak bertudung. Jangan murah sangat." Sinis bicaranya. Mampu menggores hati. Lagipun, dia tak ada mood sekarang.
"Maaf la kalau menyusahkan awak untuk jumpa saya." Gadis itu tertunduk malu.
"Enjoy your breakfast." Pelayan itu menghurkan makanan mereka.
"Thanks."
Afiq membisukan diri. Sarapannya dinikmati.
"Sorry ganggu masa awak."
"Yes! Memang awak menyusahkan saya. Ganggu masa saya. Tak! Saya tak faham sebenarnya. Apa motif awak nak jumpa saya? Untuk apa cari saya?" Afiq mendengus geram.
Gadis itu adalah bekas kekasih zaman sekolah menengahnya dahulu. Dia sudah melupakan gadis itu. Kini hadir tak tahu punca. Sedar gadis itu semakin cantik. Terlihat seperti seorang yang berjaya. Tapi, untuk apa mencari Afiq?
"Saya rindu awak. Saya nak awak. Please Afiq." Tangan Afiq digenggam erat.
Lantas Afiq merentap genggaman itu. Tajam anak matanya merenung mata Syafiqah.
"Hey! Hey! Kau ingat aku ni murah sangat ke? Aku dah kahwin. Tak semena-mena aku nak kahwin dengan kau. Kau jangan jadi murah sebab lelaki la. Taubat la!" Nada suaranya agak kasar namun masih rendah.
"Tapi aku sayang kau! Kau tak bahagia pun dengan Mawar kan? Aku ada Afiq. Aku boleh bahagiakan kau. Aku boleh bagi apa yang kau tak dapat dengan Mawar. Kau boleh dapat dengan aku. Ceraikan Mawar. Kita bina hidup baru. Please Afiq." Rayu Syafiqah.
"Kau memang tak ada maruah!" Lantas Afiq keluar dari kafe itu. Sempat Syafiqah menyelitkan duit di bawah cawan sebelum keluar mengejar Afiq.
"Afiq! Kau akan bahagia dengan aku. Mawar tu tak guna. Dia jahat."
"Pergi mampus la kau punya fitnah tu. Dia isteri aku. Sejahat mana pun dia, dia isteri aku. Aku boleh bimbing dia. Walaupun, dia susah ada masa dengan aku. Sibuk dengan kerja. Aku tak kisah. Asalkan, dia sayang aku. Dia tak curang dengan aku."
Afiq terus masuk ke dalam perut kereta. Kereta dipandu laju membelah jalan. Stereng kereta dihentak berkali-kali.
"Argh!! Tak guna! Semua nak menyusahkan aku. Semua nak sakitkan hati aku."
*****
Afiq melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu dihempas kuat. Dengusannya tak henti. Aku terkesima. Terangkat bahuku mendengar hentakan pintu kamar."Apa masalah ni? Sepatutnya aku yang hempas pintu. Ini, dia pulak. Something wrong somewhere." Fikiranku ligat berfikir.
"Tengok atau biar? Eh! Mana boleh. Aku isteri dia."
Lantas aku berlari mendaki anak tangga. Aku menarik nafas sebelum mengetuk pintu.
"Afiq... Abang okay?" Aku meletakkan cuping telinga di pintu.
"Abang... Kenapa ni? Ada masalah ke?"
"Sayang masuk ae?" Aku memulas tombol pintu. Aku melabuhkan punggung di sisi Afiq yang duduk menongkat dahi di biarai katil.
"Kenapa ni?" Aku bersandar di muka pintu.
Afiq terus mencampak bantal. Segala barang di atas meja solek semua ditolak. Kerusi dilempar.
"Afiq! Apa masalah awak ni?!" Nada suaraku naik seoktaf.
"Argh!" Kini kerusi pula disepak. Entah apa yang merasuk Afiq tika ini. Aku pula yang seram sejuk. Tubuhku dirapatkan dengan dinding.
"Abang! Relax! Boleh bincang kan? Kenapa ni?" Aku cuba menenangkan Afiq. Tubuhnya didekati.
"Argh! Tak guna!" Lantas aku mendekati tubuh Afiq. Rahangnya dicengkam.
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...