Dring! Dring!
Telefon pintarku berbunyi. Nama Akmal tertera.
"Apa lagi la masalah nak datang ni. Aku penat tau tak?" Rungutku. Namun panggilan tetap dijawab.
"Ya.."
"Masalah apa pulak ni?"
"Aku nak kena pergi la ni?"
"Sekarang ke? Aku banyak kerja la dekat office. Yan tak boleh settle ke? Bukan aku sorang je engineer." Rungutku.
"Ye la. Aku on the way." Panggilan dimatikan.
Mana tak orang ansyik tegur muka aku ketat. Hari-hari problem. Engineer bukan aku sorang. Tapi yang selesaikan aku sorang. Majoriti engineer dekat Malaysia ni adalah lelaki. Aku ni perempuan. Hal kecil pun tak boleh selesaikan.
Ada juga orang cakap, aku susah nak dapat jodoh kalau ansyik muka serius macam ni. Nak buat macam mana. Kerja sibuk. Jodoh tak terfikir dah.
Aku mencapai tas tangan dan telefon pintar. Topi keselamatan dibawa bersama. Telefon pintar disumbat di dalam seluar jeans. Pantas aku mengatur langkah. Sempat aku berhenti di pantri.
"Kak.."
"Ya Mawar. Muka ketat je ni. Ada masalah lagi ke?" Tegur Kak Hasnah yang bekerja sebagai cleaner dekat syarikat ni.
"Budak ni la. Semua saya nak kena settlekan. Penat saya macam ni kak. Kalau lutut pinggang boleh bercakap, dah lama diaorang merungut penat kak."
"Tanggungjawab. Ni, singgah sini nak air ke?"
"Tak adalah kak. Nak minta tolong akak jap ni." Aku mengukir senyum buat Kak Hasnah.
"Tolong apa?"
"Kalau tak menyusahkan, nak minta tolong akak buang sampah yang saya dah letak luar bilik tu. Sorry la kak. Saya rushing. Kalau tak boleh tak apalah. Nanti saya buang sendiri."
"Tugas akak Mawar. Nanti akak buangkan. Pergi la buat kerja tu."
"Terima kasih kak!" Senyum.
Aku memang tak benarkan sesiapa masuk bilik aku tanpa kebenaran aku. Orang terpercaya ke, tidak dibenarkan. Privasi aku. Aku tak suka orang ganggu ruang kerja aku. Nanti aku lupa semua benda. And, darah tinggi aku akan naik. Malas nak cuti.
*****
Aku keluar dari perut kereta menuju ke tapak projek. Topi keselamatan sudah lama tersarung di kepala sejak keluar dari kereta. Aku mendekati Rayyan dan Akmal dengan mata yang mengecil kerana menahan panahan terik mentari."Masalah apa pulak ni?"
"Kau ni serius sangat la. Senyum la sikit. Tak manis la." Tegur Rayyan.
"Please be serious? Aku banyak lagi kerja. Semua nak aku uruskan. Kau sebagai rakan engineer, kena faham aku juga sepatutnya. Bukan biar semua aku fikir." Rungutku.
"Okay sorry."
"Cepatlah."
Akmal membuka plan bangunan. Satu per satu dia terangkan. Masalah itu ini. Penambahbaikan pun ada. Tak adalah aku ni nak marah sangat kalau semua masalah.
"Kalau macam tu, kita kena jumpa dengan suplier jugak la. Nanti aturkan masa, pastu deal balik dengan aku."
"Okay. Thank you sebab sudi datang panas terik ni. Merosakkan kulit kau pulak." Ucap Akmal.
"No hal la. Kerja aku. Aku gerak dulu la. Tak lunch lagi ni." Jam tangan diteliti.
"Okay! Sebagai tanda maaf, aku belanja kauorang makan. Aku kenal tempat sedap. Jom la." Rayu Rayyan.
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...