"Selamat Hari Raya!"
Aku memeluk erat tubuh Aliya.
Akhirnya! Hari yang ditunggu kunjung tiba. Rumah Aliya, rumah terakhir di dalam senarai rumah yang aku mahu beraya. Sengaja mahu terakhir, biar lama sikit berborak. Rakan yang lain turut serta.
"Rindunya kau! Lama tak jumpa! Busy ke?" Aku dan Aliya serentak melabuhkan punggung.
"Busy la juga. Tiga hari puasa pertama ada aku balik sini. Tapi tak keluar mana pun. Nak jumpa kawan, belum tentu ada. Sebab hari orang bekerja kan." Senyum.
"Aku pun tak ada masa tu. Kau kata kerja engineer. Senang pulak cuti?"
"Mana ada. Aku bodek boss aku. Dapat la tiga hari." Sengih.
Perbualan demi perbualan. Topik demi topik. Tawa dan senda gurau. Hanya aku dan dia merasa.
"Eh! Nanti jemput la datang rumah." Aku menyarung kasut.
"InsyaAllah. Tapi tak janji. Sebab rasanya nak balik kampung pula nanti."
"Tak apalah. Kalau ada masa free, datang la. Aku sedia menunggu." Aku mencuit pipi Aliya.
"Okay. Bye!"
"Bye!"
*****
Aku hanya terlantar dia ruang tamu rumah bersama saudara mara. Kawan aku? Seorang pun tak datang. Batang hidung lagi tak jelas. Padahal, dah beraya semua rumah. Duit raya pun dapat. Mari la rumah aku kan."Assalamualaikum!"
Aku menoleh ke luar rumah. Suaranya seakan segerombolan manusia.
"Acik! Kawan mai ni. Jemput masuk!"
Pantas aku berlari keluar rumah. Senyum lebar terukir. Datang juga. Tapi, pahal ramai gila ni.
"Wey! Jemput la masuk. Aku ingat tak nak datang dah tadi."
"Kitaorang lambat sikit. Pergi kumpul orang."
Berderai tawa kami serentak. Separuh ruang tamu dipenuhi oleh mereka sahaja sehingga ada saudara maraku yang terpaksa berganjak ke dapur. Maaflah.
Perbagai topik perbualan. Seakan saat beraya tadi masih tiada penghujung. Dalam masa yang sama, ada juga rakan sekerja yang datang berkunjung. Seronok pula rumah kena serbu macam ni.
Saat masing-masing menghilaikan tawa, kedengaran bunyi kereta di luar rumah. Macam banyak.
"Assalamualaikum!"
"Kejap ya!"
Lantas aku bangun menuju ke beranda rumah. Mahu tak membuntang mata. Aku lupa yang harini keluarga Afiq nak datang. Sudahlah rakan masih ramai di dalam. Punah aku!
"Hai! Makin ramai. Assalamualaikum." Abah bersalaman dengan kaum lelaki.
Saat aku melihat wajah Sajidah dan Afiq, terketar juga lutut. Selamat la keluarga kecil je bawa, kalau ramai, roboh rumah arwah nenek aku ni. Tapi... Kenapa? Tak akan kau nak jumpa hari ni?
"Ada hajat apa datang ni?" Aku masih membisu.
"Hajatnya besar juga." Tertawa mereka berdua.
"Kalau macam tu, masuk dalam dulu la. Dalam ramai sikit. Kawan anak mai. Jemput masuk! Acik! Suruh kawan hang beranjak sikit." Pesan abah.
Aku menyalam tangan emak Afiq dan Sajidah.
"Jangan terkejut sangat Mawar!" Sajidah mentertawakanku sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
"Afiq!"
"Apa?" Afiq tersengih melihat gelagatku.
"Kau gila ke datang hati ni? Family aku ramai wey! Kawan aku ramai dalam wey!"
YOU ARE READING
CRUSH SERIES; MY JUNIOR HUSBAND
General FictionBermula dari pertemuan di sekolah rendah dan berkenalan di sekolah menengah membuatkan bermulanya rasa yang baru bagi Mawar. Rasa yang pernah juga dirasai pada jejaka lain namun lebih kuat pada si junior. Bermulanya bibit cinta yang terbina melalui...