Aku keluar dari kereta proton milikku. takyah beli kereta mahal-mahal pun lah huhu, tu pun pakai duit sendiri beli kereta proton tu
aku menutup bonet kereta selepas mengeluarkan beg pakaian. Aku berjalan sehingga berada betul-betul dihadapan pintu rumah
Tok ! Tok !
" Assalamualaikum !! "
belum lama dari tu , pintu dibuka , kelihatan wajah seseorang yang ku benci tapi rindu
" Akak ! Baru reti nak balik ? " Perli nya sambil tangan disilang di dada
" diam ah kau " aku menolak sedikit bahunya dan menuju ke arah mak didapur
Ada satu idea jahat muncul di kepala ku,
senyap-senyap aku berjalan mendekati dibelakang mak yang sedang menggaul makanan berada di dalam kuali itu
1..
2..
3..
"Boo!"
" Mak kau itik terabang ! "
Mak tertoleh kebelakang sambil sendok masih selamat di tangan , tiba-tiba..
Crack!
" Mak ! " Aku menjerit kesakitan apabila mak mengetuk kepala ku dengan sendok itu
aku menggosok-gosok lalu ku hidu bau tanganku yang bekas menggosok kepala itu
" Euw ! Bau petai "
" Ha kau lah kejut mak, kan dah dapat sebijik ! "
" alaaaa sorry lah mak .. " aku senghaja membuat muka
" Tak payah nak buat muka ! Dah pergi sana mandi " mak menutup hidungnya dan menghalauku pergi dari situ
Aku mencebik sebelum beredar keluar dari dapur dan melangkah menuju ke atas untuk mandi
***
Selesai mandi dan solat zohor , aku pun turun menuju ke meja makan untuk makan tengah hari
" Ha ain , duduk sini "
Aku melabuh punggung di kerusi yang berada di hadapan mak dan sebelah hadi
Kami menjamu selera dengan begitu nikmat hingga tak terkata , ceh !
" Ain , kedai macam mana ? Ok ? "
" Ummmph ok " aku membalas dengan kunyahan didalam mulut
" Mak , lepas ni hadi nak keluar boleh ? "
" Tak boleh ! " Aku menjawap
" Ek eleh , kau diam ah "
" Aku kata tak boleh tu tak boleh lah hesy budak ni "
" Dah dah bising ah kamu ni , ha hadi pergi lah "
Aku membuntang mata dengan luas , boleh ?
Sebelum hadi membawa pinggannya ke sinki , sempat ia menjelir lidah , kurang asam !
" Mak , kalau hadi keluar , mak sorang-sorang eh ? "
Mak menggeleng , " tak da lah , kadang-kadang mak keluar ke rumah cik ti "
" Lepas ni mak pergi sana ke ?? " Soal ku teruja. Sebab anak cik ti adalah sepupu paling rapat segila dengan aku HEHE
" haah -- "
" NAK IKUT !! "
" hm yelah "
Aku sudah bersorak gembira didalam hati, yey jumpa mirah !

YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...