Ruang tamua yang besar itu hanya sunyi. Tiada kata sebaik sahaja ayah nya masuk ke rumah dengan wajah yang tegang. Teresak-esak ibu adib menangis diruang tamu, mak disebelah ibu menggosok lembut belakang badannya. Ayahnya pula bercekak pinggang memandang ketempat lain, sejurus sahaja dikhabarkan bahawa anaknya kahwin lagi, terus balik ke malaysia. Ain hanya mendiam diri sejak entah lah labu, hadi yang jatuh kasihan akan kakak nya merenung tajam ke mata adib. Adib memegang erat tangan isteri keduanya, farzana.
Ya, farzana jugak ada bagi menjawap kesegala jawapan yang bakal di tanya oleh mertua nya.
" kamu tahu apa salah kamu berdua? "
Diam.
" Jawap ! "
Terhinjut semua bahu mendengar terjahan seorang ayah kepada anak teruna nya. Eei ngeri!
" Tak ada salah ayah , lelaki boleh kahwin empat , ni baru dua " jawap nya dengan selamba sambil mata melirik ke arah ain yang tersedu-sedan menangis tiada bunyi.
" Memang tak salah , yang salah sekarang ni kamu membelakangi kami semua , keluarga kamu , sanggup kamu adham ? Ayah tak sangka .. " semakin sayu nada ayah. Tidak menyangka anaknya akan menduakan isterinya yang pertama itu.
" So what lah ayah , adham tak cinta kan ain , kahwin boleh dipaksa tapi cinta tak boleh dipaksa yah , tolong faham lah "
" Eh nak saja aku sumbat cawan kaca ni dalam mulut kau ! " Bidas hadi , geram hati nya apabila kakak nya dipermainkan.
Tiba-tiba sahaja hadi berdiri tegak , jari telunjuk ditunjuk tepat diwajah farzana. Farzana cuak.
" Kau ... Kau tak pernah berubah ea perempuan ? Dari dulu sehingga sekarang tak habis-habis kikis duit orang lepas tu blah ! "
Farzana yang tidak mahu orang tahu tentang nya terus berpura-pura hendak menangis dan goncang tubuh suaminya
" Bie .. kenapa dia tuduh sayang macam tu ? Sayang takut lah .. "
Adib tergagam melihat airmata farzana hampir jatuh , terus dia berdiri dan melayangkan satu tumbukan tepat di wajah hadi. Semua terkejut.
Termasuk author. Ahaks
" Kau jangan tuduh-tuduh isteri aku macam-macam kalau taknak kena sebijik lagi "
Malah hadi hanya tersenyum sinis , ingat dia takut? Dia bercakap benar bukan bohong buat apa nak takut?
" Aku tak takut lah bro , aku cakap benda betul lah wei "
Baru sahaja adib hendak melayangkan satu lagi penumbuk , tapi terhenti apabila mendengar suara ain.
" SUDAH LAH !! "
perlahan-lahan adib menjatuhkan tangan nya dan meraup wajah nya kasar , sebelah tangan dicekak dipinggang.
" Kalau kamu dah berani buat benda macam tu , ayah nak cabar kamu sesuatu " ayahnya menyinis.
Adib hanya menjongketkan kening kirinya.
" Lafaz kan ayat cerai kepada ain "
Ayah nya pasti bahawa adib tidak sanggup melakukan nya , masa dia berani ?
Ibu dan mak terkedu. Kalau adib melafazkan nya jugak macam mana ?
Adib kelu lidah, tapi dia beranikan diri jugak. Pantang dicabar!
" Aku ceraikan .. "
Ain terus terdiri tegak, benarkan apa yang baru sahaja dia hendak dengar ini ? Ya allah , jangan ..
" Aku.. cer..ceraikan dikau .. a..aa..aa.. ish! "
Hanya menyebut ain wardiha malik shah pun sudah susah, kenapa ni?
" Aku ceraikan kau ai..aa..a. Argh ! "
Diri terus dibawa laju nak keatas , entah kenapa lidah nya terkelu sendiri.
Ayahnya menyinis. Tepat jangkaannya!
Ain terjatuh duduk , syukur kerana dia masih punya peluang untuk hidup sebagai isteri adib adham.
- -
Sudah malam , tapi adib masih statik duduk diatas katil termenung akan nasib yang menimpanya.
Walaupun sudah malam , digagahi diri untuk masuk ke bilik air , mandi.
Usai mandi dan mengenakan baju tidur biru gelap, diri diloloskan keluar dari bilik , semak lah !
Bunyi lagaan sudu dan garfu sudah membuatkan adib berdebar , ain kah itu ?
Bila dilhat , hanya ayah dan ibunya yang berada di meja makan , mana semua orang ?
" Ibu ayah mana ain ? "
" Kenapa cari ? " Soalan dibalas dengan soalan.
" Adham tanya jawap sahaja lah ibu " adham mengeluh kecil.
" Dia dah tak ada "
Adham tergamam , tak ada ?
" Dia pergi mana ? "
" Entah " ringkas.
Dilihat wajah kosong ayahnya itu. Pasti mereka berdua tahu dimana cuma didiamkan.
Argh, kau nak tahu buat apa adib? Kau tak sayang dia kan? Kau sayang farzana kan ?
Err.

YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...