AYAH membulat mata , punggung dinaikkan sebelum dirinya juga turut berdiri. Terkejut dengan apa yang baru sahaja didengar nya ini.
" Apa ?! "
Farzana sudah dipenuhi peluh didahi , kenapa lah ayah mertua nya itu susah sangat nak dibawa berbincang? Itu ini nak marah..
" What ? Adham cakap benda betul "
" Betul apa nya ? Dengan ain dulu tak pernah pulak kamu buat sebegini ! " Ayah masih tidak puas hati dengan kenyataan yang baru didengar nya ini.
Adib merengus kasar , asyik-asyik ain , ain asyik-asyik!
" Kenapa lah ayah dengan ibu tak suka dengan farzana ? Terima dia setulus hati tak boleh ke ha ? " bengang adib dengan semua orang, apa kurang nya farzana isteri nya itu ?
" Ibu tak akan terima farzana . Menantu ibu cuma ain , ain seorang ! Kamu dah membelakangi kami semasa menikahi farzana bukan ? Memang tak akan berkat perkahwinan kamu ! "
Terhinjut sedikit bahu adib mendengar jeritan ibu .
" Adham tak faham lah dengan korang semua ni ! Adham nak pergi honeymoon saja , tu pun nak dipanjangkan cerita ke hah ? Sekurang-kurang nya adham bagi tahu ibu ayah yang adham nak pergi "
" Dah dah lah tu bie .. " farzana cuba untuk menenangkan suami yang nampak semakin marah.
" Dengan ain dulu tak pernah pulak kamu terfikir nak pergi honeymoon " perli ayah dengan senyuman sinis, satu pakej!
Tahap kesabaran adib sudah menipis , apa yang baik nya ain tu ?!
Tiba-tiba sahaja adib berdiri dan tersenyum sinis. Ayah dan ibu berpandang sebelum berhenti melihat wajah sinis anak nya itu
" Ain ain ain AIN ! semak lah , dengar sini semua .. "
Syaza yang baru sahaja hendak habis turun tangga juga turut terhenti , abang nya nak kata apa ?
" Aku ceraikan ain wardiha dengan - "
Farzana tersenyum sinis , ini lah waktu yang ditunggu-tunggu.
Papp !
" IBUU ! "
" IBUU ! "
- -
KE hulur ke hilir ayah didepan pintu wad VVIP milik isterinya. Lampu hijau menyala bererti isterinya belum habis di rawat.
Adib termenung sendiri , mengenangkan apa yang dia sudah buat terhadap ibu nya sendiri . Farzana disebelah hanya mampu menggosok tubuh belakang suaminya.
Ain , hadi dan mak juga turut berada disana segera apabila ditelefon oleh syaza memberitahu bahawa ibu nya masuk hospital.
Dua pasangan itu hanya dipandang dengan pandangan sayu. Kalau lah dia yang berada disebelah adib sekarang ni , menenangkan lelaki itu.
Klerk !
Pintu bilik rawatan dibuka oleh seorang doktor perempuan. Bergegas sahaja kami semua menyerbu doktor tersebut
" Macam mana dengan isteri saya ? "
" Macam mana dengan ibu saya ? "
Serentak sahaja ayah dan adib bertanya kepada doktor perempuan itu.
" Bawa bertenang ya encik . Isteri atau ibu kamu sihat sahaja cuma dia perlukan masa , mengikut rawatan kami tadi , isteri atau ibu kamu mengalamai serangan jantung , mungkin disebabkan terlalu marah atau sebaliknya " panjang lebar doktor itu menerangkannya
" Boleh kami masuk doktor ? "
" Boleh , tapi jangan terlalu ramai "
" Baik lah , terima kasih doktor "
Doktor itu mengganguk sebelum berlalu dari situ , ayah dan adham serentak masuk kedalam wad tersebut .
Manakala ain , hanya menunggu masa sahaja masuk , tidak mahu berebut masuk , apalah sangat dirinya ini.

YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...